Selasa, 10 Mac 2009

TouChiNg lak citer....

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak
perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati, Kami saling melambai sambil
berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, "Jangan buat
kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, betapa
kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus
datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, Kan kau temui bunga-bungaan
bertaburan",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu, Dia memetiknya sendiri,
kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu, Kamu tak pernah sedar
airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat
air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku,
bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama
yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita
berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa
hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.


Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU



"HARGAILAH KELUARGA ANDA"

Sabtu, 21 Februari 2009

Islam Liberal

Golongan Emansipasi Wanita (Pembebasan Wanita)

Ini satu lagi golongan yang kerap terkeliru (biasalah perempuan).Sama ada mereka terkeliru ataupun rela dikelirukan.Golongan ini selalunya cuba mencari-cari fakta-fakta agama berkaitan hak-hak wanita untuk dikelirukan.Jika ada fakta yang membela wanita mereka diamkan tetapi jika ada fakta yang mengongkong wanita padahal ada hikmah di sebaliknya,mereka akan cepat-cepat mengkajinya supaya dapat diseleweng secara halus.Isu agama yang paling popular untuk dikelirukan adalah poligami.Padahal poligami adalah penyelesaian kepada isu sosial manusia.Jika sudah terlampau ramai wanita dan sedikit lelaki di dalam populasi sesebuah tempat maka apakah penyelesaiannya?Golongan ini agaknya lebih rela berlesbian sesama sendiri dari dijadikan 'mangsa' poligami.Sebenarnya kaum wanita penganut Islam Liberal ini tidak faham masalah mereka sebenarnya.HUKUM AGAMA TIDAK BOLEH DIUBAH tetapi sikap manusia boleh diubah.Sesungguhnya segala hukum Islam berkenaan wanita adalah untuk memuliakannya,bukan untuk mengongkongnya.Menyelamatkannya bukan untuk memenjarakannya.Bukankah Islam menggariskan boleh berpoligami jika MAMPU dan hendaklah bersikap ADIL.Jika tidak mampu bersikap adil ataupun kurang mampu dari segi kewangan,jangan mimpilah nak berpoligami.Tetapi nampaknya mereka juga telah dikelirukan dan dicucuk-cucuk oleh orientalis Barat supaya menghentam hukum agama bukannya sikap sesetengah lelaki yang sengaja menggatal tanpa alasan yang kukuh.Seterusnya mereka meleret-leret seperti terkena jangkitan demam campak dengan menyalahkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model terbaik mengamalkan poligami yang berlebihan.Padahal mereka tidak mengkaji bilakah ayat yang menghukumkan poligami turun,tujuan nabi dan siasah nabi ketika itu dalam berpoligami.Mereka tidak cuba mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w malah memburuk-burukkan Nabi Muhammad sebagai gila seks dan pantang melihat dahi licin.Begitu hina Nabi Muhammad s.a.w di mata wanita Islam Liberal ini padahal Nabi Muhammad lah manusia yang amat menghormati wanita.Tahukah kamu wanita Islam Liberal bahawa sebelum kedatangan Islam,wanita dilayan bagai haiwan dan hanyalah berstatus sebagai hamba seks sahaja.Bayi perempuan dibunuh dan dianggap sial.Wanita berstatus kelas rendah setaraf hamba-hamba.Wanita sama ada dilayan baik atau dipijak-pijak adalah mengikut selera kaum lelaki yang mendominasi seluruh kehidupan wanita.Tetapi Nabilah yang berjuang siang dan malam membebaskan wanita dari pandangan negatif masyarakat.Nabi dilontar batu sehingga berdarah seluruh tubuhnya.Nabi terjatuh ke dalam lubang sehingga patah dua batang giginya.Nabi berdakwah,turun berperang dan berhijrah beratus batu dalam panas terik semata-mata untuk mengucapkan:"...Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia..." (Khutbah Terakhir Rasullullah)Siapa yang benar-benar ada iman di dadanya pasti sedih dan mengalir airmata mengingat betapa beratnya penghinaan terhadap Nabi Muahammad s.a.w dari sesetengah wanita yang tidak diketahui mengapa begitu bencikan Nabi yang berjuang membebaskan wanita dari perhambaan seks oleh kaum lelaki.Mengapa?Mengapa ini terjadi?...Jawablah wahai wanita Islam Liberal.Apa salah Nabi Muhammad sehingga kamu membencinya.Ayat-ayat di atas di petik dari khutbahnya yang terakhir sebelum kewafatannya.Inilah kata-kata agung dari seorang yang teramat mulia.Betapa mulianya wanita di mata Rasullullah s.a.w sehingga soal wanita menjadi perkara penting sebelum baginda pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.Baginda tidak memperkatakan jumlah unta dan kambing,pembangunan kota Mekah dan Madinah,persiapan peperangan,soal logistik mahupun bekalan makanan untuk tahun itu tetapi WANITA...setaraf dengan persoalan solat lima waktu,zakat dan haji di dalam Khutbah Terakhir baginda.Sehingga baginda menggeliat-geliat kesakitan akibat sakarat maut,baginda masih lagi memikirkan umatnya melebihi diri sendiri apabila berbisik"ummati...ummati...ummati..." dari bibirnya yang kebiruan dan wajahnya yang telah ditutup oleh anaknya Fatimah yang mulia.

Menggembirakan Allah s.w.t

Tiga perkara yang Allah s.w.t sangat2 gembira apabila melihatnya : Pertama ialah saf orang2 yang solat berjemaah, kedua ialah orang yang berdiri mengerjakan solah (tahajjud) ditengah2 malam dan yang ketiga ialah seorang yang berjihad di jalan Allah s.w.t....

Solah

"sesungguhnya manusia itu diciptakan bertabiat resah gelisah. Dan apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan solah. Yang mereka itu tetap mengerjakan solahnya."

(al-Ma'arij :19-23)

Kelebihan Solat

"Sesiapa yang solahnya tidak dapat mencegahnya dari melakukan perkara2 yang keji dan mungkar maka solahnya itu bukanlah solah namanya..."

-hadis riwayat Imam Ibnu Abi Hatim-



Hazrat 'Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Solat yg tidak dapat mencegah diri daripada perbuatan keji dan mungkar, maka solahnya itu tidak dapat mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t bahkan menjauhkannya daripada Allah s.w.t..."

Isnin, 9 Februari 2009

Jannatul Ma'waa

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda

Tatakala ALlah s.w.t selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang paling indah,dan menciptakan pula baginya enam ratus pasang sayap, yang setiap pasang sayap panjang antara timur dan barat, maka Jibril memperhatikan dirinya, seraya berkata : ‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih indah bentuknya daripadaku?’

ALlah s.w.t menjawab : ‘ Tidak.’

Maka Jibril berdiri seraya bersolat dua rakaat, kerana syukur kepada ALlah s.w.t dan tiap-tiap rakaat lamanya dua ribu tahun.

Setelah selesai solat ALlah s.w.t berfirman : ‘Hai Jibril,kamu telah menyembah kepadaku dengan ibadah yang sungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadahmu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan selalu berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat dengan hanya sejenak sahaja, mereka dalam keadaan lupa dan kekurangan, fikirannya pun melayang-layang tidak menentu dan dosa merekapun besar. Maka demi kemuliaanku dan ketinggianku, sungguh solat mereka itu lebih aku sukai daripada solatmu, kerana mereka mengerjakan solat dengan perintahku sedangkan engkau mengerjakan solat tanpa perintahku.’

Kata Jibril, ‘ Ya Tuhanku, apakah yang engkau anugerahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka ?’

ALlah berfirman : ‘Mereka kuberikan ganjaran Syurga Ma’waa, sebagai tempat tinggal.’

Maka Jibril meminta izin kepada ALlah untuk melihat Syurga Ma’waa itu dan Allahpun mengizinkannya.

Kemudian berangkatlah Jibril dengan mengembangkan seluruh sayapnya. Setiap dia merentangkan dua sayapnya dapat menempuh jarak seperjalanan tiga ribu tahun dan tatakala dirapatkan dapat menempuh jarak yang sama pula.

Maka diapun telah terbang secara demikian selama tiga ratus tahun lamanya sehingga letih dan lemahlah dia, yang akhirnya turun untuk berteduh dibawah bayangan sebuah pohon dan bersujud kepada ALlah s.w.t seraya berkata (didalam sujudnya) ‘Ya Tuahnku, adakah saya sudah menempuh jarak setengahnya, sepertiganya atau seperempatnya?

ALlah menjawab : ‘Hai Jibril, walaupun engkau terbang tiga ratus ribu tahun, dan seandainya aku beri kepadamu kekuatan seperti kekuatanmu yang telah ada, dan aku berikan pula sayap sebanyak sayap yang telah engkau miliki, lalu engkau terbang seperti yang telah engkau lakukan nescaya engkau tidak akan sampai kepadanya sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umatnya Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan. ( Al-Hadith )

(Dipetik dari kitab Durratun Nasihin ms 119-122)

P/s : semoga ALlah s.w.t sentiasa memberi kita semua taufik dan hidayah untuk mentaatiNya..Amin.

hamba yang hina
-CheAn-

PAPRIK by ChefAN

PAPRIK SEMPOI


BAHAN A

Bawang putih 5ulas(diketuk sampai penyek..heheheh)
Kacang panjang 5batang(potong ngam2 6cm jgn lebih)
Kobis bunga 200gms(potong ikut suka)
Lada hijau/merah 3tangkai(potong cantik2)
Bawang besar 1biji(dihiris)
Isi ayam 250gms(dipotong kecil:rebus dulu air dia jgn buang)


BAHAN B

Sos cili 5sudu
Cili boh 5sudu
Sos tiram 3sudu
Kicap pekat 1sudu
Garam ¼ sudu
Gula ¾ sudu


PENYEDIAAN :

Tumiskan bawang putih,sehingga kuning,masukkan bahan B (sos cili dan cili boh) biarkan mendidih,masukkan sos tiram,kicap pekat,garam,gula…biarkan seketika….
Masukkan air rebusan ayam sedikit…..kacau masukkan kesemua bahan A…kacau dengan api yg perlahan….jika terlalu pekat..tambahkan lagi air rebusan…sehingga agak berkuah…..kacau rata2….rasa sikit dulu..kalao sedap leh terus hidang..kalo ada rase kurang masin ke..kurang manis ke….pandai2 la adjust yea..hik..hik..hik….

~azhan~

ENAM SIFAT (6 POINTS)

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani…..
Ada beberapa sifat para2 sahabat yg kalau kita dapat amalkan dalam kehidupan kita,maka akan mudahlah bagi kita untuk mengamalkan keseluruhan agama…
1) Yakin dengan maksud dua kalimah syahadah (kalimah toyyibah)
2) Solat yg khusu’ dan khudu’
3) Ilmu dan zikir
4) Ikram muslimin
5) Ikhlas niat
6) Dakwah dan tabligh (pengorbanan utk agama)

1) Yakin dengan maksud dua kalimah syahadah
Dua kalimah ini ialah a) bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah b) bersaksi bahawa nabi Muhammad itu sebenar2nya pesuruh Allah…….
Maksud Lailahailallah ialah kita hendak lah yakin bahawa hanya Allah sahaja yang maha berkuasa,makhluk dan segala ciptaannya sedikitpun tidak mempunyai kuasa apa-apa…..sakit,sihat,susah,senang,suka,duka,kaya,miskin,lapang,sempit dan sebagainya adalah dari Allah..makhluk sedikitpun tidak boleh memberi manafaat atau mudharat melainkan dengan izin Allah…
Cara untuk mendapatkannya adalah dengan melihat kebesaran Allah,dengar cerita2 mengenai kebesaran dan kehebatan Allah dan kita kena cakap hari-hari,lagi dan lagi tentang kebesaran dan kehebatan Allah….disamping kita berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t masukkan rase hakikat kehebatan dan kebesaran Allah dalam hati kita….
Kelebihan : satu orang yg dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika diakhir kalamnye(saat2 kematiannya) maka wajib syurga baginya.

Maksud Muhamad rasul Allah ialah kita hendaklah yakin bahawa hanya dengan kehidupan suci murni baginda Nabi s.a.w yang membawa kejayaan didunia dan akhirat….cara hidup org Yahudi,Nasrani dan Majusi,walaupun nampak hebat..tetapi disisi Allah sedikitpun tidak mempunyai nilai..kita hendaklah cuba sedaya mungkin utk mengamalkan segala apa yg telah ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w seperti berpakaian,makan minum,tidur dan segala bentuk amalan samada sirah,surah atau sarirah nabi s.a.w
Cara untuk mendapatkannya ialah kita kena amalkan segala sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian kita disamping mengamalkan doa2 harian…..dan berdoalah dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t bagi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan sunnah2 baginda nabi s.a.w dan mengikuti setiap ajarannya.
Kelebihan : dalam satu hadis nabi bersabda “barangsiapa yg menghidupkan sunnahku,dizaman kerosakkan ummat,maka baginyalah 100 ganjaran(pahala) mati syahid.
Didalam hadis yg lain nabi bersabda “barangsiapa yg menghidupkan sunnahku,sesungguhnya dia kasih kepadaku,dan barangsiapa yg kasih kepadaku,dia akan bersama-samaku(disyurga)…”

2) Solat yang khusu’ dan khudu’
Maksud solat yang khusu’ dan khudu’ ialah bagaimana supaya solat yang kita lakukan setiap hari itu dapat menarik rahmat Allah,menghindar dari kemurkaannya,penyelesaian kepada segala masalah dan dapat mencegah diri dari fasya’(dosa2 kecil) dan mungkar(dosa2 besar)..sebagaimana firman Allah s.w.t:
“…sesungguhnya solat itu dapat mencegah
(diri dari melakukan) fasya’ dan mungkar…”
Firman Allah lagi :
“…dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan solat….”
Cara untuk mendapatkannya ialah kita perlulah bersolat diawal waktu,secara berjemaah ditempat dimana azan diazankan (masjid/surau) bagi lelaki dan bagi wanita pula,hendaklah solat diawal waktu dirumah atau dikamar dimana satu tempat dikhususkan utk bersolat….perlulah diamat-amati akan kesucian diri,pakaian dan tempat solat supaya bebas dari najis dan kotoran……dan berdoalah dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t letakkan hakikat sifat khusu’ dan khudu’ dalam diri kita.
Kelebihan : dalam satu hadis nabi bersabda “…apabila seseorang berwudu’ dirumahnya dengan sempurna,lalu berjalan kemasjid dengan niat semata-mata utk solat berjemaah,maka setiap langkahnya akan menghapuskan satu dosa,menambahkan satu pahala dan meningkatkan satu darjat disyurga….”
Didalam hadis yg lain nabi bersabda “…apabila seseorang berwudu’ dengan sempurna,lalu bersolat,ruku’ dan sujudnya dilakukan dengan sempurna maka solat tadi akan naik kelangit dengan keadaan bercahaya sambil berdoa ‘semoga Allah memelihara kamu sebagaimana kamu telah memelihara aku’ tetapi sebaliknya jika sesorang itu wudu’nya tidak sempurna lalu bersolat dimana ruku’dan sujudnya juga dilakukan dengan tidak sempurna,maka solat tadi akan naik dengan keadaan wajah yg hitam gelap sambil berdoa ‘semoga Allah membinasakan kamu sebagaimana kamu telah membinasakan aku’ lalu Allah akan melontarkan solat itu kemuka orang yg melakukannye sebagaimana kain buruk dilontarkan…”


3) Ilmu dan zikir
Maksud ilmu ialah bagaimana kita perlu melakukan sesuatu amalan itu mengikut keutamaan..contohnya ialah kerja adalah satu ibadat,sembahyang juga suatu ibadat…tetapi bagi org yg berilmu dan faham agama..apabila tiba waktu solat,maka dia akan tinggalkan segala urusan2 dunia dia dan menunaikan perintah Allah yg lebih utama iaitu solat….
Ilmu itu terbahagi kepada dua pertama ilmu fadhail (kelebihan2 amal) keduanya ilmu masail(hukum hakam).
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah mendatangi dan belajar dengan alim ulama yang mursyid(mengamalkan apa yg diajarkannya)…dan kita hendaklah berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t letakkan hakikat ilmu dalam diri kita
Kelebihannya : dalam satu hadis nabi bersabda “…satu orang yg berilmu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid(ahli ibadah)…”
Maksud zikir ialah bagaimana kita hendak ingat kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan…
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah melihat,mendengar,bercakap dan berfikir tentang kehebatan dan kebesaran Allah…dan sekurang2nya kita amalkan lah zikir 300 pagi dan 300 petang (selepas subuh dan asar) iaitu subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahhuakbar,selawat dan istighfar…dan kita hendaklah berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t masukkan hakikat zikir dalam diri kita.
Kelebihannya :dalam satu hadis nabi bersabda “…jika seseorang daripada kamu tidak mampu beribadat dengan bersungguh-sungguh pada malam hari,bakhil(dekut) untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah dan takut untuk berjihad menentang musuh2 maka hendaklah dia perbanyakkan zikrullah..”

4) Ikram muslimin
Maksud ikram muslimin ialah,bagaimana kita hendak menunaikan hak saudara kita tanpa menuntut balasan (mengutamakan org lain lebih dari diri sendiri).
Cara untuk mendapatkanya ialah dengan kita memuliakan alim ulama,hormat kepada orang tua2 dan kasih kepada kanak2 disamping kita berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t. letakkan hakikat ikram muslimin dalam diri kita.
Kelebihannya : “…seseorang yang menunaikan hak (hajat) saudaranya tanpa menuntut haknya(balasan) maka diakhirat nanti Allah s.w.t akan jauhkan dia dari neraka jahanam sejauh 3 parit,dan jarak antara parit ke parit yg lain adalah sejauh langit dan bumi….”
“..tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia kasih kepada saudara-saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri…”

5) Ikhlas niat
Maksud
ikhlas niat ialah bagaimana kita hendak melakukan satu2 perintah Allah dan meninggalkan laranganNya semata-mata kerana Allah. Allah s.w.t hanya akan menerima amalan-amalan yg ikhlas kepadaNya semata-mata,tanpa disertakan dengan yg lain2….contohnya..satu org yg berpuasa tetapi dengan niat untuk kurus…maka amalan sedemikian tidak diterima oleh Allah….dia hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja bagi amlannya itu…
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah periksa setiap amalan yang kita lakukan itu pada setiap permulaan,dipertengahan dan akhirnya..adakah ianya semata2 kerana Allah atau sebaliknya…jika bukan kerana Allah maka cepat2 lah kita beristighfar dan memperbaharui niat kita itu……
Kelebihannya : satu amalan yg walaupun kecil,tetapi jika dilakukan dengan ikhlas….maka Allah akan menggandakan diakhirat nanti mengikut kadar keikhlasannya

6) Dakwah dan tabligh (pengorbanan utk agama)
Maksud
dakwah dan tabligh ialah bagaimana kita kita nak beramal dengan ilmu yg kita ada disamping kita menyampaikan atau kita mengajarkan pula kepada org lain. Kita juga kenalah sanggup mengorbankan sedikit kepentingan diri kita,masa dan harta semata2 untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu yg ada pada kita.
Cara untuk mendapatkannya ialah dengan melakukan sedikit pengorbanan,dimana ulama bagi tahu,sekurang2nya 10% dari harta dan masa kita digunakan untuk agama iaitu 2jam setengah setiap hari…3 hari setiap bulan…40 hari setiap tahun…atau sekurang2nya 4 bulan seumur hidup disamping kita menggalakkan juga rakan2 kita,saudara mara kita dan ahli keluarga kita untuk melakukan pengorbanan yg sama…kita juga perlu berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t pilih kita untuk melakukan kerja2 agama
Kelebihannya : sepatah perkataan yg kita ucapkan untuk mengajak manusia kepada Allah,ganjarannya seolah2 sama seperti kita melakukan setahun ibadat sunat (puasa,solat,sedekah,umrah,zikir,baca quran dll)


***......semoga dari apa yg kita dengar nini dapatlah diambil iktibar, diamalkan serta sampaikan kepada sahabat2 kita yg lain.....***

SATE SEMPOI by ChefAN

BAHAN A (ayam boneless 2kg/daging btg pinang 2kg dipotong sebesar ibu jari)
Kunyit 5sudu
Ketumbar 7sudu (ketumbar dikisar halus 7sudu)
Gula 3/4kg
Garam 1/2sudu
Minyak sapi 2sudu

BAHAN B (kesemua bahan dikisar halus…bahagi kepada 3 bhg: 1 utk kuah,2utk sate)
Bawang putih 3labu CILI BOH 500GMS
Bawang kecil 15biji KCG TANAH TUMBUK 15 SUDU
Halia 2buku @ 4ibu jari ASAM KEPING 2KEPING
Buah keras 8 biji GARAM,GULE,SERAI
Batang serai 2btg (6cm)

***Ayam boneless tu potong la sebesar ibu jari…gaul dan peram dengan bahan B….pas sejam tu boleh la cucuk ngan buluh sate..pas tu bakaq la….biasa dalam 2kg tu boleh dapat dalam 100 cucuk….***

GAULKAN KESEMUA BAHAN2 A SEHINGGA RATA DENGAN 1 BHG BAHAN B, PERAP)
KALAU NAK GUNE AYAM BIASE BOLEH GAK…POTONG LA IKUT SUKE…POTONG 8 KE..12 KE…PAS TU GAUL NGAN BAHAN2 A DAN 1 BHG BAHAN2 B..PAS TU BALUT NGAN ALUMINIUM FOIL…..BAKAR TERUS….MCM BUAT BBQ ….. BAKA LA DLM SEJAM KE…JGN RENTUNG SUDAHUTK KUAH : 2 BHG BAHAN2 B DITUMIS DENGAN MINYAK….PAS TU MASUK CILI BOH,PAS TU MASUK AIR..AGAK2 LA…JGN MASUK SAMPAI SATU TIMBA..HEHEHEHE…..PAS TU MASUK KCG

Mee Bandung Muo...hihihihi

RESEPI MEE BANDUNG by ChefAN


Bawang putih 3 ulas diketuk dan ditumis
Udang geragau 3sudu ditumis
Sos cili 4 sudu
Sos tiram 2 sudu
Cili boh 3 sudu
Sambal belacan 1 sudu(optional)
Air rebusan 2 senduk/dua cawan
Garam + gule
Udang,sotong,ayam,daging,sawi,carrot,telur 1 biji

Mee kuning/kuey teow/mee hoon (ikut suke hang la…)





*hidangan utk sorang jek nie….kalo nak makan ramai2 pandai2 la adjust…..*