Isnin, 9 Februari 2009

Jannatul Ma'waa

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda

Tatakala ALlah s.w.t selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang paling indah,dan menciptakan pula baginya enam ratus pasang sayap, yang setiap pasang sayap panjang antara timur dan barat, maka Jibril memperhatikan dirinya, seraya berkata : ‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih indah bentuknya daripadaku?’

ALlah s.w.t menjawab : ‘ Tidak.’

Maka Jibril berdiri seraya bersolat dua rakaat, kerana syukur kepada ALlah s.w.t dan tiap-tiap rakaat lamanya dua ribu tahun.

Setelah selesai solat ALlah s.w.t berfirman : ‘Hai Jibril,kamu telah menyembah kepadaku dengan ibadah yang sungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadahmu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan selalu berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat dengan hanya sejenak sahaja, mereka dalam keadaan lupa dan kekurangan, fikirannya pun melayang-layang tidak menentu dan dosa merekapun besar. Maka demi kemuliaanku dan ketinggianku, sungguh solat mereka itu lebih aku sukai daripada solatmu, kerana mereka mengerjakan solat dengan perintahku sedangkan engkau mengerjakan solat tanpa perintahku.’

Kata Jibril, ‘ Ya Tuhanku, apakah yang engkau anugerahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka ?’

ALlah berfirman : ‘Mereka kuberikan ganjaran Syurga Ma’waa, sebagai tempat tinggal.’

Maka Jibril meminta izin kepada ALlah untuk melihat Syurga Ma’waa itu dan Allahpun mengizinkannya.

Kemudian berangkatlah Jibril dengan mengembangkan seluruh sayapnya. Setiap dia merentangkan dua sayapnya dapat menempuh jarak seperjalanan tiga ribu tahun dan tatakala dirapatkan dapat menempuh jarak yang sama pula.

Maka diapun telah terbang secara demikian selama tiga ratus tahun lamanya sehingga letih dan lemahlah dia, yang akhirnya turun untuk berteduh dibawah bayangan sebuah pohon dan bersujud kepada ALlah s.w.t seraya berkata (didalam sujudnya) ‘Ya Tuahnku, adakah saya sudah menempuh jarak setengahnya, sepertiganya atau seperempatnya?

ALlah menjawab : ‘Hai Jibril, walaupun engkau terbang tiga ratus ribu tahun, dan seandainya aku beri kepadamu kekuatan seperti kekuatanmu yang telah ada, dan aku berikan pula sayap sebanyak sayap yang telah engkau miliki, lalu engkau terbang seperti yang telah engkau lakukan nescaya engkau tidak akan sampai kepadanya sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umatnya Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan. ( Al-Hadith )

(Dipetik dari kitab Durratun Nasihin ms 119-122)

P/s : semoga ALlah s.w.t sentiasa memberi kita semua taufik dan hidayah untuk mentaatiNya..Amin.

hamba yang hina
-CheAn-

PAPRIK by ChefAN

PAPRIK SEMPOI


BAHAN A

Bawang putih 5ulas(diketuk sampai penyek..heheheh)
Kacang panjang 5batang(potong ngam2 6cm jgn lebih)
Kobis bunga 200gms(potong ikut suka)
Lada hijau/merah 3tangkai(potong cantik2)
Bawang besar 1biji(dihiris)
Isi ayam 250gms(dipotong kecil:rebus dulu air dia jgn buang)


BAHAN B

Sos cili 5sudu
Cili boh 5sudu
Sos tiram 3sudu
Kicap pekat 1sudu
Garam ¼ sudu
Gula ¾ sudu


PENYEDIAAN :

Tumiskan bawang putih,sehingga kuning,masukkan bahan B (sos cili dan cili boh) biarkan mendidih,masukkan sos tiram,kicap pekat,garam,gula…biarkan seketika….
Masukkan air rebusan ayam sedikit…..kacau masukkan kesemua bahan A…kacau dengan api yg perlahan….jika terlalu pekat..tambahkan lagi air rebusan…sehingga agak berkuah…..kacau rata2….rasa sikit dulu..kalao sedap leh terus hidang..kalo ada rase kurang masin ke..kurang manis ke….pandai2 la adjust yea..hik..hik..hik….

~azhan~

ENAM SIFAT (6 POINTS)

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani…..
Ada beberapa sifat para2 sahabat yg kalau kita dapat amalkan dalam kehidupan kita,maka akan mudahlah bagi kita untuk mengamalkan keseluruhan agama…
1) Yakin dengan maksud dua kalimah syahadah (kalimah toyyibah)
2) Solat yg khusu’ dan khudu’
3) Ilmu dan zikir
4) Ikram muslimin
5) Ikhlas niat
6) Dakwah dan tabligh (pengorbanan utk agama)

1) Yakin dengan maksud dua kalimah syahadah
Dua kalimah ini ialah a) bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah b) bersaksi bahawa nabi Muhammad itu sebenar2nya pesuruh Allah…….
Maksud Lailahailallah ialah kita hendak lah yakin bahawa hanya Allah sahaja yang maha berkuasa,makhluk dan segala ciptaannya sedikitpun tidak mempunyai kuasa apa-apa…..sakit,sihat,susah,senang,suka,duka,kaya,miskin,lapang,sempit dan sebagainya adalah dari Allah..makhluk sedikitpun tidak boleh memberi manafaat atau mudharat melainkan dengan izin Allah…
Cara untuk mendapatkannya adalah dengan melihat kebesaran Allah,dengar cerita2 mengenai kebesaran dan kehebatan Allah dan kita kena cakap hari-hari,lagi dan lagi tentang kebesaran dan kehebatan Allah….disamping kita berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t masukkan rase hakikat kehebatan dan kebesaran Allah dalam hati kita….
Kelebihan : satu orang yg dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika diakhir kalamnye(saat2 kematiannya) maka wajib syurga baginya.

Maksud Muhamad rasul Allah ialah kita hendaklah yakin bahawa hanya dengan kehidupan suci murni baginda Nabi s.a.w yang membawa kejayaan didunia dan akhirat….cara hidup org Yahudi,Nasrani dan Majusi,walaupun nampak hebat..tetapi disisi Allah sedikitpun tidak mempunyai nilai..kita hendaklah cuba sedaya mungkin utk mengamalkan segala apa yg telah ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w seperti berpakaian,makan minum,tidur dan segala bentuk amalan samada sirah,surah atau sarirah nabi s.a.w
Cara untuk mendapatkannya ialah kita kena amalkan segala sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian kita disamping mengamalkan doa2 harian…..dan berdoalah dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t bagi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan sunnah2 baginda nabi s.a.w dan mengikuti setiap ajarannya.
Kelebihan : dalam satu hadis nabi bersabda “barangsiapa yg menghidupkan sunnahku,dizaman kerosakkan ummat,maka baginyalah 100 ganjaran(pahala) mati syahid.
Didalam hadis yg lain nabi bersabda “barangsiapa yg menghidupkan sunnahku,sesungguhnya dia kasih kepadaku,dan barangsiapa yg kasih kepadaku,dia akan bersama-samaku(disyurga)…”

2) Solat yang khusu’ dan khudu’
Maksud solat yang khusu’ dan khudu’ ialah bagaimana supaya solat yang kita lakukan setiap hari itu dapat menarik rahmat Allah,menghindar dari kemurkaannya,penyelesaian kepada segala masalah dan dapat mencegah diri dari fasya’(dosa2 kecil) dan mungkar(dosa2 besar)..sebagaimana firman Allah s.w.t:
“…sesungguhnya solat itu dapat mencegah
(diri dari melakukan) fasya’ dan mungkar…”
Firman Allah lagi :
“…dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan solat….”
Cara untuk mendapatkannya ialah kita perlulah bersolat diawal waktu,secara berjemaah ditempat dimana azan diazankan (masjid/surau) bagi lelaki dan bagi wanita pula,hendaklah solat diawal waktu dirumah atau dikamar dimana satu tempat dikhususkan utk bersolat….perlulah diamat-amati akan kesucian diri,pakaian dan tempat solat supaya bebas dari najis dan kotoran……dan berdoalah dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t letakkan hakikat sifat khusu’ dan khudu’ dalam diri kita.
Kelebihan : dalam satu hadis nabi bersabda “…apabila seseorang berwudu’ dirumahnya dengan sempurna,lalu berjalan kemasjid dengan niat semata-mata utk solat berjemaah,maka setiap langkahnya akan menghapuskan satu dosa,menambahkan satu pahala dan meningkatkan satu darjat disyurga….”
Didalam hadis yg lain nabi bersabda “…apabila seseorang berwudu’ dengan sempurna,lalu bersolat,ruku’ dan sujudnya dilakukan dengan sempurna maka solat tadi akan naik kelangit dengan keadaan bercahaya sambil berdoa ‘semoga Allah memelihara kamu sebagaimana kamu telah memelihara aku’ tetapi sebaliknya jika sesorang itu wudu’nya tidak sempurna lalu bersolat dimana ruku’dan sujudnya juga dilakukan dengan tidak sempurna,maka solat tadi akan naik dengan keadaan wajah yg hitam gelap sambil berdoa ‘semoga Allah membinasakan kamu sebagaimana kamu telah membinasakan aku’ lalu Allah akan melontarkan solat itu kemuka orang yg melakukannye sebagaimana kain buruk dilontarkan…”


3) Ilmu dan zikir
Maksud ilmu ialah bagaimana kita perlu melakukan sesuatu amalan itu mengikut keutamaan..contohnya ialah kerja adalah satu ibadat,sembahyang juga suatu ibadat…tetapi bagi org yg berilmu dan faham agama..apabila tiba waktu solat,maka dia akan tinggalkan segala urusan2 dunia dia dan menunaikan perintah Allah yg lebih utama iaitu solat….
Ilmu itu terbahagi kepada dua pertama ilmu fadhail (kelebihan2 amal) keduanya ilmu masail(hukum hakam).
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah mendatangi dan belajar dengan alim ulama yang mursyid(mengamalkan apa yg diajarkannya)…dan kita hendaklah berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t letakkan hakikat ilmu dalam diri kita
Kelebihannya : dalam satu hadis nabi bersabda “…satu orang yg berilmu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid(ahli ibadah)…”
Maksud zikir ialah bagaimana kita hendak ingat kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan…
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah melihat,mendengar,bercakap dan berfikir tentang kehebatan dan kebesaran Allah…dan sekurang2nya kita amalkan lah zikir 300 pagi dan 300 petang (selepas subuh dan asar) iaitu subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahhuakbar,selawat dan istighfar…dan kita hendaklah berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t masukkan hakikat zikir dalam diri kita.
Kelebihannya :dalam satu hadis nabi bersabda “…jika seseorang daripada kamu tidak mampu beribadat dengan bersungguh-sungguh pada malam hari,bakhil(dekut) untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah dan takut untuk berjihad menentang musuh2 maka hendaklah dia perbanyakkan zikrullah..”

4) Ikram muslimin
Maksud ikram muslimin ialah,bagaimana kita hendak menunaikan hak saudara kita tanpa menuntut balasan (mengutamakan org lain lebih dari diri sendiri).
Cara untuk mendapatkanya ialah dengan kita memuliakan alim ulama,hormat kepada orang tua2 dan kasih kepada kanak2 disamping kita berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t. letakkan hakikat ikram muslimin dalam diri kita.
Kelebihannya : “…seseorang yang menunaikan hak (hajat) saudaranya tanpa menuntut haknya(balasan) maka diakhirat nanti Allah s.w.t akan jauhkan dia dari neraka jahanam sejauh 3 parit,dan jarak antara parit ke parit yg lain adalah sejauh langit dan bumi….”
“..tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia kasih kepada saudara-saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri…”

5) Ikhlas niat
Maksud
ikhlas niat ialah bagaimana kita hendak melakukan satu2 perintah Allah dan meninggalkan laranganNya semata-mata kerana Allah. Allah s.w.t hanya akan menerima amalan-amalan yg ikhlas kepadaNya semata-mata,tanpa disertakan dengan yg lain2….contohnya..satu org yg berpuasa tetapi dengan niat untuk kurus…maka amalan sedemikian tidak diterima oleh Allah….dia hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja bagi amlannya itu…
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah periksa setiap amalan yang kita lakukan itu pada setiap permulaan,dipertengahan dan akhirnya..adakah ianya semata2 kerana Allah atau sebaliknya…jika bukan kerana Allah maka cepat2 lah kita beristighfar dan memperbaharui niat kita itu……
Kelebihannya : satu amalan yg walaupun kecil,tetapi jika dilakukan dengan ikhlas….maka Allah akan menggandakan diakhirat nanti mengikut kadar keikhlasannya

6) Dakwah dan tabligh (pengorbanan utk agama)
Maksud
dakwah dan tabligh ialah bagaimana kita kita nak beramal dengan ilmu yg kita ada disamping kita menyampaikan atau kita mengajarkan pula kepada org lain. Kita juga kenalah sanggup mengorbankan sedikit kepentingan diri kita,masa dan harta semata2 untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu yg ada pada kita.
Cara untuk mendapatkannya ialah dengan melakukan sedikit pengorbanan,dimana ulama bagi tahu,sekurang2nya 10% dari harta dan masa kita digunakan untuk agama iaitu 2jam setengah setiap hari…3 hari setiap bulan…40 hari setiap tahun…atau sekurang2nya 4 bulan seumur hidup disamping kita menggalakkan juga rakan2 kita,saudara mara kita dan ahli keluarga kita untuk melakukan pengorbanan yg sama…kita juga perlu berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t pilih kita untuk melakukan kerja2 agama
Kelebihannya : sepatah perkataan yg kita ucapkan untuk mengajak manusia kepada Allah,ganjarannya seolah2 sama seperti kita melakukan setahun ibadat sunat (puasa,solat,sedekah,umrah,zikir,baca quran dll)


***......semoga dari apa yg kita dengar nini dapatlah diambil iktibar, diamalkan serta sampaikan kepada sahabat2 kita yg lain.....***

SATE SEMPOI by ChefAN

BAHAN A (ayam boneless 2kg/daging btg pinang 2kg dipotong sebesar ibu jari)
Kunyit 5sudu
Ketumbar 7sudu (ketumbar dikisar halus 7sudu)
Gula 3/4kg
Garam 1/2sudu
Minyak sapi 2sudu

BAHAN B (kesemua bahan dikisar halus…bahagi kepada 3 bhg: 1 utk kuah,2utk sate)
Bawang putih 3labu CILI BOH 500GMS
Bawang kecil 15biji KCG TANAH TUMBUK 15 SUDU
Halia 2buku @ 4ibu jari ASAM KEPING 2KEPING
Buah keras 8 biji GARAM,GULE,SERAI
Batang serai 2btg (6cm)

***Ayam boneless tu potong la sebesar ibu jari…gaul dan peram dengan bahan B….pas sejam tu boleh la cucuk ngan buluh sate..pas tu bakaq la….biasa dalam 2kg tu boleh dapat dalam 100 cucuk….***

GAULKAN KESEMUA BAHAN2 A SEHINGGA RATA DENGAN 1 BHG BAHAN B, PERAP)
KALAU NAK GUNE AYAM BIASE BOLEH GAK…POTONG LA IKUT SUKE…POTONG 8 KE..12 KE…PAS TU GAUL NGAN BAHAN2 A DAN 1 BHG BAHAN2 B..PAS TU BALUT NGAN ALUMINIUM FOIL…..BAKAR TERUS….MCM BUAT BBQ ….. BAKA LA DLM SEJAM KE…JGN RENTUNG SUDAHUTK KUAH : 2 BHG BAHAN2 B DITUMIS DENGAN MINYAK….PAS TU MASUK CILI BOH,PAS TU MASUK AIR..AGAK2 LA…JGN MASUK SAMPAI SATU TIMBA..HEHEHEHE…..PAS TU MASUK KCG

Mee Bandung Muo...hihihihi

RESEPI MEE BANDUNG by ChefAN


Bawang putih 3 ulas diketuk dan ditumis
Udang geragau 3sudu ditumis
Sos cili 4 sudu
Sos tiram 2 sudu
Cili boh 3 sudu
Sambal belacan 1 sudu(optional)
Air rebusan 2 senduk/dua cawan
Garam + gule
Udang,sotong,ayam,daging,sawi,carrot,telur 1 biji

Mee kuning/kuey teow/mee hoon (ikut suke hang la…)





*hidangan utk sorang jek nie….kalo nak makan ramai2 pandai2 la adjust…..*

My Phone #

Something of interest to you. Try this out !!!
Really amazing ! (heheeh..dah x de keje sebenonya...ahaksss)

1) key-in the first 3 digits of your handphone number (not the 01x number) into the calculator
2) multiply by 80
3) add 1
4) multiply by 250
5) plus last four digits of phone number
6) plus last four digits of phone number again
7) minus 250
8) divide by 2 at last
Is it your handphone number ?
AMAZING EEEEH!!!!!

~azzkhan~

SPAGHETTI SEMPOI

SPAGHETTI by ChefAN

250 gms daging ayam kisar
1 tin sardine (dihancurkan sedikit)
10 tangkai cili hidup diketuk
3 biji bawang besar dipotong bulat2
4 biji tomato di potong halus
6 sudu besar sos tomato/3 sudu besar tomato puree
limau nipis

cara penyediaan

masak sardine dengan sedikit air bersama cili, tomato dan sos tomato…
bila mendidih masukkan ayam kisar..biar mendidih….
selepas 5 minit masukkan hirisan bawang..biar mendidih seketika..
sedia utk di hidang…

(kalau nak kuah pekat..kurangkan air..lebihkan sos tomato)

perahkan limau nipis diatas spghti sebelum makan…yummieeee….

Selamat mencuba…

Menyingkap Tabir Kesalah fahaman Terhadap Jemaah Tabligh

segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara Seluruh Alam,Selawat dan Salam semoga tetap dilimpahkan kepada sebaik-baik nabi dan rasul Muhammad SAW dan seluruh pengikutnya sampai hari pembalasan.

selanjutnya jika anda belum pernah melihat sesaorang.atau kelompok/jemaah dari dekat, dengan bersahabat atau dengan melibatkan diri, anda tidak dapat menghukuminya dengan pandangan yang benar.Sebab sudah jelas apa sahaja yang anda dengar dari orang2 itu belum tentu benar dan tepat. Maka dari itu Allah memerintahkan kita :

"apabila seseorang fasiq datang membawa berita kepadamu, maka selidikilah...."

Rasulullah bersabda :

" cukuplah seseorang dikatakan pembohong, bila ia memberitakan segala yang ia dengar."

Amma ba'du...

LAPORAN TENTANG IJTIMA JEMA'AH TABLIGH DIPAKISTAN
(oleh syeikh Saleh bin Aly-Asy-Syuwaiman)

Bismillahirrahmaanirrahim

Yang mulia orang tua kami Syaikh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz, Ketua Umum Lembaga Riset Ilmiyah Fatwa,Dakwah dan Bimbingan Islam. Semoga Allah mnjaganya dari segala keburukkan dan memberikan taufiq dalam langkah-langkahnya.Amin....

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

liburan saya mulai pada tanggal 1/3/1407 H dan saya telah melakukan perjalanan ke Pakistan pada tanggal 3/3/1407 H bersama dengan rombongan ulama dan mahasiswa dari dari berbagai universiti, antara lain Universiti Islam,Uni. Imam Muhammad Bin Saud, Uni. Raja Saud dll. Kami benar2 telah menyaksikan keajaiban. Begitu kami sampai kebandar Lahore, kamidisambut oleh sekelompok pemuda soleh, yang memancar cahaya ilmu dan iman dari janggut2 dan wajah2 mereka.Kami berjalan menuju ke masjid bandar dan melaksanakan solah sunat. Kemudian kami duduk berkumpul dengan rombongan2 dari berbagai2 negeri dan negara. Maka salah seorang dari mereka menyampaikan kalimat2 yang sangat2 mengesankan hati.

kemudian datang mobil untuk mengangkut kami ketempat perhimpunan di Raiwind. Perhimpunan yang indah, yang menyebabkan kekhusyukan hati, berlinangan airmata kerana gembira dan rasa takut kepada Allah. Perhimpunan yang menyerupai perhimpunan penduduk syurga. Tidak ada kata2 teriakan, tidak ada perasaan lelah, tidak ada perkataan sia2,tiada kekacauan dan tiada pembohongan.

Sangat bersih! tiada bau busuk dan tiada kekotoran.Diatur dengan sangat tertib, dengan tanpa polantas, tanpa polis keamanan,tanpa kereta2 polis dan tanpa penjaga. Padahal perhimpunan itu mencakupi satu juta orang lebih.

Kehidupan alami dan fitrah yang dilingkupi oleh zikrullah, ilmu, ceramah2 umum, pelajaran taklim dan halqah zikir (kumpulan mengingati Allah) siang dan malam. Demi Allah, ini adalah perhimpunan yang menghidupkan hati, menyinarkan dan meningkatkan iman.

Alangkah elok dan indahnya, kerana ia memberikan kepada kita gambaran tentang kehidupan para sahabat, tabi'in dan tabi'ittabi'in r.a. Perjuangan, ilmu dan zikir kata2 yang baik, pebuatan2 yang baik, gerakkan2 islami yang indah, wajah2 yang memancarkan cahaya iman dan ilmu.

Anda tidak akan mendengar kecuali kata2 Tauhid dan zikir,tasbih, tamid, tahlil, takbir, membaca Al-Quran, salam, menjawab salam ucapan jazakallahu khairan dst.

Anda tidak memandang kecuali yang menyenangkan anda dan menyenangkan hati anda, berupa kegiatan menghidupkan sunnah Rasulallah dengan segar, untuk anda nikmati setiap saat. Sungguh ini merupakan perhimpunan islami yang agung,indah dan manis.

Secara global ia merupakan praktik penerapan Al-Quran dan Al-sunnah. Betapa sunnah menimbulkan kehidupan yang baik dan membahagiakan. Dan betapa saya sangat mendambakan perhimpunan ini dilaksanakan dinegeri Arab Saudi. Sebab negeri ini sangat layak untuk setiap kebaikan, dan selalu menandingini negeri2 lain dalam setiap kebaikkan semenjak masa kejayaan Raja Abdul Aziz, semoga Allah mengampuninya dan menyucikan rohnya di jannatun na'im dan mengumpulkan kita semua di Syura Firdaus.

Peribadi2 jema'ah ini berasal dari seluruh pelosok dunia. Mereka memiliki satu bentuk, satu tabi'at, satu kata dan satu tujuan. seakan mereka turunan dari satu orang, atau seakan Allah swt menciptakan satu hati dan membahagi-bahagikan kepada mereka.

Mereka tidak mempunyai ambisi dan cita2, selain ingin berpegang teguh dengan tujuan2 agama dan mengadakan perbaikkan terhadap pemuda dengan pemuda muslim dan membimbing non-muslim kejalan Allah yang terpuji. Bagaimanakah oang2 yang bingung berani menyerang orang2 soleh ini..?

Syaikh Abdul Majid A-Zindany mengatakan tentang mereka..." Mereka adalah penduduk-penduduk langit yang berjalan diatas bumi..."
Hati(jenis) apakah yang berani lancang memaki mereka dan menuduh mereka dengan hal2 yang tidak ada pada diri mereka?

Saya memperkirakan tujuan jemaah ini sama denga tujuan pemerinah Arab Saudi yaitu membuat perbaikan terhadap manusia di seluruh dunia, menyebarkan perasaan aman dan keamanan diseluruh pelosok negeri.Dari sudut manakah mereka dapat diserang?

Dan manakala ceramah2 selesai sesudah isya', engkau mengarahkan pandanganmu kekanan dan kekiri, engkau akan melihat kumplan2(halqah) ilmiyah yang dapat engkau ikuti mana sahaja yang engkau suka. Dihalqah mana saja engkau duduk pasti engkau mendapat pelajaran.

Apabila keadaan sudah sepi dan mata sudah tidur, engkau pasti melihat mereka tegak seperti tiang2. Mereka salat sebelum tidur. Pada akhir malam engkau pasti mendengar suara mereka seperti suara sarang lebah kerana menangis, merintih dan merengek2 kepada Allah agar mengampuni dosa2 mereka dan dosa2 kaum muslimin, menyelamatkan mereka dan saudara2 sesama muslim dari neraka, dan memberikan hidayah kepada seluruh manusia sehingga mampu menghidupkan Sunnah Rasulullah saw.

Ringkasnya, sesungguhnya perhimpunan ini sangat patut dihadiri oleh para ulama dan penuntut ilmu, bahkan setiap muslim yang takut akan Allah dan mengharapkan kebahagian dikampung akhirat.Semoga Allah memberikan balasan baik kepada para perlaksananya, meneguhkan mereka, menolong mereka dan menjadikan usaha mereka bermanafaat untuk kaum muslimin. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar Dan Maha Mengabulkan Doa.

Adapun yang menanganinya adalah para hafidz Al-Quran. Penumbuk gandum menumbuk gandum dengan bismillah, takbir, tahlil dan tahmid. Pembakar roti bekerja dengan bismillah, takbir tahlil dan tahmid.Kami telah mendengar dan menyaksikan mereka tanpa mereka sedari.Maha suci Allah yang telah membukakan pandangan mereka, memberikan taufiq kepada mereka untuk selalu berzikir kepadaNya dan menunjukan kepada mereka jalan yang benar, yang dicita2kan oleh setiap muslimin.

Dan pada hakikatnya syeikh yang mulia- sesiapa sahaja yang menyertai mereka pasti menjadi da'i ilallah melalui latihan dan lamanya persahabatan.Alangkah baiknya jika saya mengenali mereka ini semenjak saya masih di mahasiswa di Uni. dahulu...pasti hari ini saya sudah menjadi 'allamah' dalam dakwah dan seluruh ilmu.

Inilah, demi Allah, apa yang saya pertaruhkan KepadaNya. Dan Ia Yang Maha Berkuasa pasti akan meminta pertanggungjawaban saya tentang hal ini pada hari dimana tidak berguna harta mahupun keturunan, dan tidak seorangpun dapat menolong orang lain.

Alangkah baiknya seandainya para da'i dibawah lembaga syeikh yang penuh berkah ini bertasipitasi dalam perhimpunan ini dan keluar bersama jema'ah untuk belajar keikhlasan, sistem dakwah, akhlak para sahabat, tabi'in dan tabi'ittabi'in. Semoga Allah meredhai mereka seluruhnya.

sebagai penutup saya berdoa kepada Allah agar menunjukan yang haq itu adalah haq dan memberikan kita kekuatan untuk mengikutinya. Semoga Ia ilhamkan kepada kita kebaikkan urusan kita, memberikan kepada kita keikhlasan dan ketepatan, melindungi kita dari keburukan2 diri, hawa nafsu dan syaitan, menolong agamaNya,meninggikan kalimahNya, memuliakan pemerintahan kita dengan Islam dan memuliakan Islam denga pemerintahan kita.Sesungguhnya Dia adalah Pemilik dan Penguasa segala urusan.

Salawat dan salam semoga tetap di limpahkan kepada Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat2nya.