Sabtu, 10 Mei 2014

BANGSAL RUNTUH

BANGSAL RUNTUH

Pagoh : Kira-kira jam 1230 tengahari dulu, satu bangsal seluas 80 x 100 kaki persegi yang sepatutnya menempatkan induk arnab2 pedaging RVdM di Ladang Maidah telah tumbang dan musnah sama sekali akibat angin kencang. Ketika kejadian hanya seorang pekerja sahaja berada di lokasi kejadian, manakala beberapa orang pekerja lain telah keluar untuk makan tengahari.

"Sebaik menerima panggilan telefon yang memaklumkan kejadian tersebut, saya terus bergegas ketempat kejadian." kata salah seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan.Beberapa jam sebelum kejadian, pekerja2 tersebut sedang giat menyusun dan memindahkan sangkar 3 tier commercial rabbit cage yang berharga RM499 setiap satu set ke bangsal tersebut. 


Belum pun sempat kerja2 tersebut di siapkan, malangnya bangsal tersebut sudah runtuh. " Kami sangat takut...kami tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi" kata salah seorang pekerja sambil menangis teresak-esak.

 " Sekeliling kawasan ini sepatutnya di ikat dengan konkrit, tetapi kontraktor yg bertanggungjawab telah gagal untuk menyiapkan kerja2 tersebut." kata seorang lagi pekerja sambil menghembus asap rokok gudang garam surianya.

 Ini adalah kejadian yg pertama seumpanaya berlaku di ladang  ini.Walaubagaimanapun pihak kami gagal menemubual pemilik dan pengurus ladang tersebut kerana dipercayai beliau sedang berada di luar negara.
Mujurlah, tiada kematian atau sebarang kecederaan berlaku. Bila di tanya oleh pemberita apakah tindakan susulan yang akan di ambil, dengan pantas mereka menjawab " kami mempunyai Plan B "

Inilah Plan B yang di maksudkan oleh pekerja2 tersebut. Arnab2 telah di pindahkan ke tempat yang lebih selamat, iaitu di bangsal kambing.

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.