Isnin, 18 Mei 2015

KOPERASI PENTERNAK ARNAB NEGERI JOHOR : KOPERASI GANDINGAN USAHAWAN JOHOR BERHAD

KOPERASI GANDINGAN USAHAWAN JOHOR BERHAD

Ahhh...lupakan sahaja kenangan silam....Tinggalkan sahaja pencela-pencela itu.
Industri arnab pedaging ini perlu lebih maju dan keluar dari kelompok "bunyi bising" yang berlegar didalam bulatan.

Alhamdulillah, dengan sokongan padu dari penternak-penternak arnab pedaging Johor, akhirnya Koperasi ini berjaya di daftarkan..

Cetusan idea dari sekelompok penternak yang berfikiran dinamik dan hasil usaha ikhlas mereka untuk membangunkan industri arnab pedaging ini, maka pada 14 hb Mac 2015 telah diadakan satu mesyuarat penubuhan Koperasi Gandingan Usahawan Johor Berhad ( Gandingan )

Ini merupakan satu-satunya koperasi di Johor yang aktiviti kesemua ahlinya adalah berkaitan dengan penternakan Arnab Pedaging dan penghasilan produk berasaskan arnab.

Tanggal 17 April 2015 Koperasi Gandingan Usahawan Johor Berhad ini telah didaftarkan secara rasminya dibawak subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993.

InsyaAllah, kami tdak terhenti setakat ini sahaja dan Gandingan mempunyai perancangan yang lebih besar lagi selepas ini.



Pengkhususan kami adalah kepada penternakan Arnab Pedaging dan produk yang berasaskan daging arnab seperti :

Induk & anak arnab
Daging arnab Fresh & Frozen
Sate Arnab
Burger Arnab
Begedil Arnab
Arnab Berempah
Arnab Madu
Arnab Golek
Baja Organik
Makanan Ternakan
Ubatan
Kursus Penternakan
Khidmat nasihat dan rawatan
Pekej Ternakan & Ladang Setelit ( Contract Farming )
Mini Zoo & Taman Arnab
Bulu dan kulit arnab
Agro Tourism & homestay
Jualan Sangkar
Dan lain-lain





MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.