MENGAPA KEMENANGAN LAMBAT TIBA...(MUHASABAH)
August 15, 2013 at 4:43pm
Seorang
utusan Sayyidina Umar bin Khattab telah datang melaporkan berita
gembira di atas kemenangan tentera Islam dalam sebuah peperangan di
zaman itu.
Sayyidina Umar bertanya: "Bilakah bermulanya peperangan tersebut?" Tentera Islam menjawab: "Sebelum waktu Dhuha."
Sayyidina Umar bertanya lagi: "Bilakah pula kalian meraih kemenangan?" Tentera Islam memberitahu: "Sebelum Maghrib."
Tiba² Sayyidina Umar menangis sehingga basah janggutnya. Mereka kehairanan lantas bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, kami membawa berita gembira buatmu; berita kemenangan namun mengapa Tuan menangis?"
Sayyidina Umar pun berkata: "Demi Allah, sesungguhnya kebatilan tidak akan dapat bertahan apabila berhadapan dengan kebenaran di sepanjang zaman kecuali (ia akan mampu menentang kebenaran) disebabkan dosa yang dilakukan oleh kalian atau dosa yang dilakukan oleh aku."
Beliau menyambung bicaranya "Kita adalah umat yang tidak akan menang disebabkan kerana bilangan (yang ramai) & peralatan perang yang lengkap. Akan tetapi kita adalah umat yang akan menang dengan sedikitnya dosa yang kita lakukan & banyaknya dosa yang musuh lakukan. Jika saja dosa yang kita lakukan setimpal dosa yang mereka lakukan, merekalah yang akan memperoleh kemenangan disebabkan bilangan mereka yang ramai dan peralatan yang canggih.."
يا تواب تب علينا وارحمنا وانظر إلينا :'(
Wahai Tuhan Penerima taubat, terimalah taubat kami, rahmatilah kami dan lihatlah kami (dengan pandangan RahmatMu)..
Semoga kita bukan menjadi asbab penganiayaan dan kezaliman ke atas umat ini terus berleluasa di muka bumi... :'(
CREDIT: Mohd Zahani Mat