Jumaat, 10 Mei 2013

Cara Membuat EM ( Effective Micro-organisme )

Salam 1Malaysia

Hari nie kita belajar cara2 nak buat EM...
banyak kebaikan EM nie..lebih2 lagi kepada petani dan penternak mcm aku nie...so belajar2 la buat sendiri....

Bahan-bahannye...
cheewahhh mcm nak buat kuih plak...hihihih



Cara cara membuat sendiri EM1, EM2, EM3 & EM4 



EM adalah gabungan beneficial micro-organisms yang telah di majukan oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan. Micro-organisms ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada ancaman penyakit. 

Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.

Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis EM(EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini aka ditunjukan cara cara membuat sendiri EM.
EM1 mengandungi :-

1.    Primary lactic acid bacteria(lactic acid produced in metabolism).
2.    Yeast.
3.    Photosynthetic bacteria.

Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.
EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80 spesis. Micro-organisms ini ujud sebagai satu konsortium. Microbes yang ujud dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria,fungi,yeasts atau molds dan sebagainya. EM2 dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disampan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair dianggarkan 1 billion cells/gram cecair.

EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisms.EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair adalah 1 billion cells/gram cecair.

EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisms yang mengasilkan lebih lactic acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisms adalah sama saperti diatas. 1 billion cells/gram cecair.

Perbezaan diantar EM1, EM2, EM3 & EM4 kandungan micro-organisms dalamnya. Jenis yang terbanyak diguna di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan adalah EM4.


Bahan bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :-

·         Sayuran yang dibuang, kekacang.
·         Kulit buahan saperti papaya, pisang, rambutan dsbnya.
·         Dedak padi.
·         Gula merah.
·         Air basuhan beras.

Cara cara
·         Masukan sayuran, kulit buahan dan dedak kedalam satu bekas(tong). Gaul supaya bercampur dan tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia mereput selama seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria jenis aerobic akan hidup dan memakan sisa sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk. Akibat ditutup rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati. Peranan seterusnya akan dimaikan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa oxygen.

·         Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati itu adalah EM1.
·         Cecair EM1 dicapur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang lain dan ditutp rapat sekali lagi.Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.
·         Cecair EM2 dicapur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula merah.

Nisbah campuran adalah saperti berikut :

1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air
·         Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3
·         EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa dan hasilnya adalah EM4

SSelamat Beramal 

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


Penyakit Arnab : Rawatan & Pencegahan

Salam 1Malaysia

" Orang yang baik adalah orang yang banyak memberikan manafaat kepada orang lain..."

Kali ni aku nak share sikit lah bagaimana nak handle situasi jika arnab2 anda mengalami simptom2 yg aneh, pelik dan jelek... sharing is caring

KURAP :
Ini yang paling biasa berlaku pada haiwan yang berbulu. Memang x dapat nak elak...jagalah mcm manapon sangkar & persekitaran tu tetap akan kene jugak....

TANDA AWAL :
Ada perubahan bau yg agak berbeza dari biasa.
Ada mcm bijik2 pasir halus dalam bhg dalam telinga
Celah2 kuku kemerah-merahan dan berkerak
Arnab sering mengitai2 kaki dan mengusap2 hidung kerana gatal
Hidung berkerak putih
Hilang selera makan

KESAN :
Boleh mengakibatkan kematian jika lambat di rawat
Boleh berjangkit kepada manusia dan haiwan lain

SEBAB UTAMA :
Persekitaran yang panas dan lembab, berdebu
Sangkar & persekitaran yang kotor
Jangkitan dr arnab atau haiwan lain yg berpenyakit

CARA MENGATASI :
Sentiasa pastikan persekitaran sangkar dan bangsal sentiasa bersih dan tidak berbau.
Elakkan dari najis dan kencing bertakung kerana akan mengundang bakteria.
Kurangkan penggunaan kayu dalam membuat sangkar. Kayu mudah membiakkan bakteria dan hama.
Sangkar hendaklah di layur/ bakar bagi mematikan kuman dan hama yg bersarang dan membiak pada bulu2 yang tersangkut di jaring sangkar.
Pastikan arnab/haiwan luar yang di bawa masuk adalah bebas penyakit.
Jika sakit terlalu teruk, berikan rawatan dan asingkan jauh dari sangkar lain/utama

KAEDAH RAWATAN
Berikan suntikan kurap pada kadar 0.1 ml atau kurang bagi berat sehingga 5 kg.
Bagi anak2 yang masih kecil boleh gunakan ubat kurap jenis oral
Mitos mengatakan boleh sapu je dgn minyak gamat, minyak itam, minyak angin, minyak dagu minyak wangi dan sebagainya hanyalah bg tujuan menghalang pembiakan tetapi tidak mematikan hama tersebut.
Jenis ubat kurap yang biasa di gunakan ialah : DORAMACTIN & KELAMACTIN


SORE HOCK :
Ni pon biasa terjadik pada arnab...terutamanya arnab jenis Rex.....aku rasa ni mungkin disebabkan jaring sangkar yang digunakan...lagipon kaki arnab kan x de tapak mcm kucing..dah la arnab ni plak jenis suka hentak2 kaki...haaaa lagi la cepat kene sore hock...


TANDA AWAL :
Bahagian bawah tapak kaki terutamanya kaki belakang akan ada luka2 kecil dan bernanah.Jika tidak diberi rawatan awal akan merebak sehingga ke seluruh tapak kaki. Arnab akan merasa tidak selesa utk berdiri dan berjalan. Akan menyumbang kepada stress.

KESAN :
Ini bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak berjangkit...so tak yah la risau yea adik2..hihihihih

SEBAB UTAMA :
Jaring sangkar yang halus dan tajam atau berkarat. Perpeluhan dari tapak kaki ini akan menghasilkan tindak balas kimia. Arnab yang selalu menghentak-hentak kaki juga amat mudah terdedah kepada bahaya sore hock...achheeewahhh...

CARA MENGATASI :
Lapik sangkar dengan pelapik plastik. Boleh di beli di mana2 kedai pet berhampiran, atau hubungi saya di talian 012-7123559 untuk maklumat lanjut. hihihih

KAEDAH RAWATAN :
Sapu minyak boleh...spry dgn ubat luka boleh...guna minyak gamat pon boleh...



SELESEMA :
Ni kes berat nih....sian arnab tu...tgk, sampai kuning2 hingus dia...hihihi
Ni biasa berlaku bila cuaca terlalu panas...sebenarnya bukan selesema tetapi hidung berair kerana terlalu panas....ni pon boleh membawa maut jika lambat di rawat





TANDA AWAL :
Arnab mula bergetar tanpa henti...mula2 getar kat telinga je sikit...pas tu getar makin kuat..makin lama makin kuat sampai satu badan ikut bergetar....dikenali sbg "heat stroke"....tu sebenarnya dia nak release haba dlm badan...bila dh terlalu panas, dan haba tak boleh dikeluarkan lagi, mula la hidung berair....kadang2 najis juga menjadi berlendir tetapi bukan cirit.

KESAN :
Kesanya arnab jadik murung...stress...kurang makan....x aktif , mati dll....

SEBAB UTAMA :
Suhu persekitaran terlalu panas atau arnab terdedah kepada suhu yang melampau...contohnye malam sejuk gila...siang plak panas berdentung....atau arnab terdedah kepada sinaran matahari secara langsung...

CARA MENGATASI :
Kawal suhu persekitaran supaya sentiasa stabil. Letakkan sangkar arnab anda di tempat yg teduh seperti underneath pokok kelapak atau di kawasan berbumbung/bangsal.
Elakkan dari terkena terik matahari secara langsung
Elakkan dari terkena hujan

KAEDAH RAWATAN :
Sebagai langkah awal, bagi arnab2 anda daun2 hijau bg merendahkan suhu badan secara semulajadi. Kurangkan pellet.
Ulam2 seperti pegaga, kacang botol dan ulam raja juga boleh diberi
Letakkan bekas berisi air didalam sangkar bg menurunkan suhu sangkar.
Air minuman juga boleh dicampur dengan sedikit garam kasar.

STRESS @ KEMURUNGAN :
Arnab ni jenis haiwan yang manja dan suka kepada suasana yang tenteram. Terdedah kepada bunyi bising dan gangguan manusia atau makhluk asing menyebabkan depa stress ...




TANDA AWAL :
Hilang selera makan
Tidak aktif
Hilang nafsu mengawan ( kes berat nih )

KESAN :
Boleh membawa maut...

SEBAB UTAMA :
Gangguan, bunyi bising, perubahan cuaca, perubahan persekitaran, perubahan makanan dan corak pemakanan, tiada pasangan utk mengawan ( jiwa kacau ), sakit dalaman dll

CARA MENGATASI :
Pastikan persekitaran arnab anda selesa...dah tu je...hahaha

KAEDAH RAWATAN :
Bagi anti stress la apa lagi

 CIRIT BIRIT :
Ini adalah punca kematian sebahagian besar arnab. sangat cepat membunuh...pagi kene kdg2 x sampai petang dah kiok...




TANDA AWAL :
Hilang selera makan
Tidak aktif
Stress
Najis menjadi cair, berwarna gelap dan berbau busuk

KESAN :
Boleh membawa maut

SEBAB UTAMA :
Perubahan / pertukaran mendadak Makanan & Minuman
Pellet sudah berkulat atau lama/expired
Air minuman kurang bersih atau kadar klorin terlalu tinggi

CARA MENGATASI :
Elakkan dr memberi sayur2an yang berair seperti kobis dan sawi
Elakkan dr memberi sayuran yg bergetah seperti kangkung atau pucuk ubi
Elakkan dr memberi sayuran yang di beli di pasar2 kerana dikhuatiri mengandungi kadar racun serangga yang tinggi

KAEDAH RAWATAN :
Cuci bahagian punggung yg kotor dengan air bersih.
Lap sehingga kering
Berikan ubat cirit denga segera
Letakkan disangkar yang berasingan
Elakkan dr memberi pellet buat sementara waktu
Ganti makanan dengan timoty hay atau rumput2 biasa.
Daun jambu batu dan daun pisang juga boleh membantu.



Begitulah serba sedikit cara Rawatan & Pencegahan Arnab anda....selamat beramal

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

Shopping Arnab, Rabbit & Kelinci - Dah mcm penyamun, habis licin ko kebas.

Salam 1Malaysia

 "Pleasure comes from a journey, not a destination"

Ni pic lama...tapi aku baru nak poyo kan sekarang kat blog nie.... Terima kasih kepada Pak Omar dr Riverstone Rabbitry yang telah sudi menjualkan kesemua arnab-arnabnya kepada Mazzkhan Trading.

Dari kiri Azhan, Pak Omar & Zahid
Tak payah pilih-pilih.....hangkut je semua.....

 Dah macam Penyamun....habis licin ko kebass...tinggalkan taik je...
Lori pon dah mcm cerita Ali Baba dgn 40 org Penyamun...hahaha





Taman Arnab RabbitVillage d'Muar

Ok..kali ni aku nak cerita sikit pasal sejarah kelahiran RVdM nih....

Ceritanya xde la menarik sgt...tapi aku nak cerita jugak...hihihi





Tanggal 07 hb Julai 2011, bersempena b'day aku yg tah keberapa puluh tah, agenda rahsia ini bermula...Kali nie aku dah bawak geng..kalau sblom nie cuma aku berdua je dgn bini aku..kali ni berdua jugak...tp dgn member skolah rendah aku dulu....Welcome bro..!!
Amacam..? ada gaya mafia x partner aku nih... wpon muka nampak mcm Hattan tp nama dia Zahid..masa skolah dlu dia nie sprinter...stakat lari pecut 5 kilometer tu selamber je..maklomlah kat rumah dah biasa kene perambat dgn org tua dia sbb "nakal" sgt...hahaha

Sekarang pon masih jaguh pecut lagi..tapi jaguh pecut kat lebuhraya....semua kamera AES dia dah test..nmpknye semua masih berfungsi dgn baik...gambar plate pon clear...





 Setelah perjanjian dimetrai (skima nye), maka bermulalah  era baru dalam Penternakan Arnab Pedaging Secara Komersil ni....sebenarnya ni baru langkah awal je....byk lagi yg akan menyusul di tahun2 mendatang ni...bak kata pepatah omputih " sebesar rumah bermula dengan sekecil bata "...
 Semua ni atas daya usaha dan inisiatif kami sendiri...nak harapkan bantuan..? mmg x mengharap lah...kalau ada yg nak bagi, kami terima..kalau x de xpe..kami cuba mendaki sendiri.... bukan kah hidup ini satu pilihan...?
 Kapasiti kat sini x lah berapa besar, sekadar menghasilkan sekitar 400 - 700 kg daging arnab segar dan sejuk beku sebulan....produk2 lain akan menyusul bila tiba masanya nnt....
Alhamdulillah, dalam tempoh kurang 2 bulan semua ini berjaya kami siapkan...maka bermulalah episod baru Mazzkhan Trading
 Ni urusan belian yang pertama kami....

Terima kasih yang tak terhingga di ucapkan kepada Pak Omar dari Riverstone Rabbitry yang telah sudi menjualkan semua arnab2nya termasuklah sebahagian sangkar arnab nya kepada kami....
 Nampaknye arnab2 dari perak ni cepat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran RabbitVillage d'Muar yang tenang, aman dan berkebajikan ini....pertukaran makanan dari Syiling Emas kepada FFM Kambing jugak tidak memberi kesan yang ketara... Dengan sedikit sebanyak pengalaman yang ada, segala rintangan ini dapat kami atasi dengan mudah...sap sapp soiii je...hahahah...terima kasih kepada sifu-sifu yg kedekut dan tak kedekut ilmu kerana sudi mengajar kami...tanpa anda siapalah kami...acheewahh...
 Kelahiran pertama di RVdM......
 Kelahiran pertama di RVdM......
 Kelahiran pertama di RVdM......
 Kelahiran pertama di RVdM......
 Kelahiran pertama di RVdM......
 Kelahiran pertama di RVdM......
 Berkat memberi makan pellet kambing kepada arnab2 di RVdM, pembesaran mereka sgt ketara....arnab suka tuan arnab gumbira...
 Anak2 yg telah bercerai susu ( berumur antara 40 - 60 hari ) di asingkan ke sangkar transit untuk digemukkan....kat sini ni pon x lama..lebih kurang dalam 40 hari mcm tu dh boleh la nak sembelih...
 Ini New Zealand White antara induk2 pedaging yg di jadikan baka....berat antara 2.5 kg - 3 kg dh ok lah tu..kalau berat sgt nnt roboh plak sangkar...
 Ini pulak katanya Chincilla..katanyalah...sy pun x pasti..maklomla..bukan pakar...
 Ini Pedaging...ada 4 ekor je kat RVdM.....
 Ni hybrid, menggunakan teknologi hijau...jimat petrol dan mesra alam....bila pedaging di cross kan dgn pedaging dari kelompok yang sama, jadik la hybrid..kalau tak jadik pon x pe...boleh sembelih je buat lauk...hihihi
 Ok..baru la nak cerita pasal Taman Arnab RabbitVillage d'Muar.....yang kat atas yang panjang2 tu bunga je....intro kata omputih.
 Projek ni pon sekejap je...tak tau la samada tukang nie mmg terer atau dia guna khidmat Jin pakai Toncit.

 Pagi beli barang.....petang dah siap cat dah....hebat btol...hahahahahha
Haaa...ni la antara 'ribuan' pengunjung yang membanjiri Taman Arnab kami...mentang2 masuk cuma RM2 je, satu kampung ko bawak yea jang...? ok bagus...bagus...keep up the good work...heheheh





                                             MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.