Hari nie kita belajar cara2 nak buat EM...
banyak kebaikan EM nie..lebih2 lagi kepada petani dan penternak mcm aku nie...so belajar2 la buat sendiri....
Bahan-bahannye...
cheewahhh mcm nak buat kuih plak...hihihih
Cara
cara membuat sendiri EM1, EM2, EM3 & EM4
EM adalah gabungan beneficial micro-organisms yang telah di
majukan oleh Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan.
Micro-organisms ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia
dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing)
nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping
melindungi nya daripada ancaman penyakit.
Micro-organisms tersebut terdiri
daripada primary yeast, pro-biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid
bacteria. EM boleh di beli tetapi agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur)
sendiri dengan perbelanjaan yang murah.
Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis EM(EM1, EM2,
EM3 & EM4). Ia sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini
aka ditunjukan cara cara membuat sendiri EM.
EM1 mengandungi :-
1. Primary
lactic acid bacteria(lactic acid produced in metabolism).
2. Yeast.
3. Photosynthetic
bacteria.
Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.
EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat
lebih daripada 10 jenis yang terdiri daripada 80 spesis. Micro-organisms ini
ujud sebagai satu konsortium. Microbes yang ujud dalam EM2 adalah
photosynthetic bacteria,fungi,yeasts atau molds dan sebagainya. EM2 dikultur
dalam cecair dengan ph7 dan disampan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms
dalam cecair dianggarkan 1 billion cells/gram cecair.
EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah
micro-organisms.EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5.
Populasi micro-organisms dalam cecair adalah 1 billion cells/gram cecair.
EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisms yang
mengasilkan lebih lactic acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan
kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisms adalah sama saperti diatas. 1
billion cells/gram cecair.
Perbezaan diantar EM1, EM2, EM3 & EM4 kandungan
micro-organisms dalamnya. Jenis yang terbanyak diguna di Asia bagi memajukan
pertanian dan perikanan adalah EM4.
Bahan bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :-
·
Sayuran yang dibuang, kekacang.
·
Kulit buahan saperti papaya, pisang, rambutan dsbnya.
·
Dedak padi.
·
Gula merah.
·
Air basuhan beras.
Cara cara
·
Masukan sayuran, kulit buahan dan dedak kedalam satu
bekas(tong). Gaul supaya bercampur dan tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia
mereput selama seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria jenis aerobic akan
hidup dan memakan sisa sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk. Akibat
ditutup rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati.
Peranan seterusnya akan dimaikan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa
oxygen.
·
Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair
kekuningan yang di dapati itu adalah EM1.
·
Cecair EM1 dicapur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang
lain dan ditutp rapat sekali lagi.Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan
cecairnya. Itu adalah EM2.
·
Cecair EM2 dicapur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula
merah.
Nisbah campuran adalah saperti berikut :
1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air
·
Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3
·
EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa dan
hasilnya adalah EM4
SSelamat Beramal
MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan