Selasa, 6 Oktober 2015

Nota Jiwang #13 : Cinta itu Mengasyikan

Cinta Tidak Buta


Love at first sight.... love at first ride... love at first sex ( huhuu )  merupakan himpunan ayat2 yang biasa digunakan bagi menunjukkan minat yang muncul pada kali pertama gitu....

Tapi tidak bagi aku...aku kene tengok berkali-kali, pejam celik, pejam celik, belek-belek...pegang-pegang, raba-raba...rasa-rasa.... baru timbulnya cinta...itu pun kalau timbul la...huhuuu....kadang-kadang dah timbul, tapi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa menenggelamkan semula rasa cinta yang mula bersemi itu............. ( buweekkk..muntah ijoo )

Contohnya terbaik seperti gambarajah dibawah :



Gambar Bukan Sekadar Hiasan

#12 : Kes Kecurian Kereta Meningkat - Penghargaan Buat MPPP.

Kes Kecurian Kereta Meningkat


Kebelakangan ini, kes kecurian kereta semakin menjadi-jadi terutamanya dikawasan bandar dan ia bukan lagi berlaku dikawasan yang sunyi, malahan lebih kerap berlaku dikawasan yang sibuk dan di siang hari.

Di kesempatan ini aku ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak MPPP kerana begitu prihatin dalam menjaga keselamatan kenderaan pelancong luar seperti aku. Aku merasa lebih selamat kerana  kenderaan aku telah dijaga dengan baik dengan bayaran yang cukup minima. 

Bayangkan la kalau kenderaan korang yang tidak dijaga oleh PBT ini hilang atau dicuri....., kan ke lagi susah dan menyusahkan....apa la sangat RM50 tu jika nak dibandingakna dengan servis yang diterima...Secara tidak langsung, aku juga turut tersenarai sebagai penyumbang ( bukan derma ) kepada kerajaan negeri demi memajukan dan mentranformasi negeri Pulau Pinang ini menjadi seperti Miami yang ' summer ' sepanjang tahun...huhuuu


Gambar Sekadar Hiasan


Kisah #11 : Sukarnya Hidup Sang Auditor - Realiti




Dulu ( sila refer date pada gambar dibawah ) aku cukup menyampah bila sang Auditor baik yang internal mahupun yang external datang opis....menyampah bukan sebab aku ada salah atau ada buat salah ( i m nothing to hide okey ) tapi sebab nak kene layan kerenah depa ni...nak kene entertain bawak g makan lah...bawak g karok la...main golf bagai...diaorang ingat asal title mcm aku ni mesti main golf ke ? frankly speaking ( acheewahhh ) aku lebih suka bawak diaorang ni ziarah kubur dari ziarah golf club. Biar depa ingat mati sikit.


Tetapi disebalik kemenyampahan aku kat auditor-auditor ni terselit juga perasan cemburu....hahahahahahahhaa.... ( maaf, sampai kat sini aku tak tahan nak gelak...hahaha ) maklumla, semua disponsor.......nasib baik la guna duit company, dan company tu pulak bukan aku yang punya...huhuuu

Lain kali kalau nak hantar auditor tu, hantar la yang sedap mata memandang dan boleh dijadikan future maid....ini hantar semua belalai...mana aku tak hangin...chaiittt.




Gambar Sekadar Ilustrasi Penulis

Cerita #10 : Orang kita memang pelik

Orang Kita Memang Pelik


- Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, 
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah - 

Foohhhh dahsyat kata-kata motivasi kali ni...terasa macam Abang Chubby Azizan Osman pulak....

Iyalah sesekali kita perlu memotivasikan diri sendiri jugak. Kebanyakkan orang kita ( orang kita yang kat Uganda sana ) apabila ada orang biasa-biasa bagi motivasi atau kata-kata nasihat, biasanya orang tersebut akan diperlekeh lekeh sehingga ke tahap nak di sekeh....tetapi bila ada orang-orang luar biasa memperlekehkan kita..ehh..ehh...tetiba pulak kita jadi bangga dan bersemangat....siap boleh update status kat FB lagi..huhuuu

Moral of the story : Jadilah orang yang luar biasa - bukan orang yang pelik.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak bebelkan di entry ni...tapi aku takut ianya menjadi terlalu panjang dan akan menjemukan aku sendiri....kalau dah semua dicurahkan kat sini, nanti takde pulak entry baru...iya tak..? ( adakah aku seorang yang pelik ? )

Kisah Gembira #9 : Menyumbangkan 4 Album Kompilasi Hit Terbaik Orang Lama

Hanya ini yang dapat ku'sumbang' kan.....terima je lah yea...




Setiap seorang dari kita perlu menerima hakikat bahawa kekurangan yang ada pada kita merupakan kelebihan kepada yang lain... - faham tak apa yang aku cuba sampaikan ? contohnya begini :- Orang baik hanya akan kelihatan baik bila ada orang yang jahat dikalangan mereka....atau dengan bahasa mudahnya " orang jahat akan nampak baik bila ada orang yang lebih jahat darinya "....errmmm...ke masih tak faham lagi....?

Contoh lain adalah seperti gambar di bawah..... Steven Tyler jadi popular disebabkan ada orang seperti spesis dibawah cuba menyumbangkan lagu " Dream On "... yeahh...keep on dreamin' dude......mimpi itu memang indah..huhuu

Suami kepada isteri aku selalu berpesan " Kalau suara sedap, gi buat album, kalau suara tak sedap, layan karaoke je dah la...."




Gambar Bukan Sekadar Hiasan



#8 : Kisah Misteri Menyayat Hati

Kisah Misteri Menyayat Hati ( agak melampau betul tajuk begini )

Semenjak 5 nam belas tahun kebelakang ini, aku seperti diserang penyakit misteri....tapi nak kata misteri sangat tu tak jugak la.....ceritanya begini....

Ehhemm... Setiap kali aku sibuk dengan kerja-kerja baik di pejabat, ladang atau kedai aku akan selalu teringat-ingat untuk bercuti makan angin bersama keluarga....tak kisah la kemanapun..yang pentingnya jangan dekat-dekat....paling koman pun 4-5 jam perjalanan...baru la adventure..iya tak? Bukan ke pepatah ada mengatakan " pleasure comes from the journey"

Tapi yang agak misterinya, bila bercuti je, tak pulak teringat nak kerja..huhuuu...

Itu je la nak bagi tau ke misterian yang aku sering alami.....harap-harap ia kekal begini...ahaksss...



Gambar Sekadar Hiasan