Selasa, 6 Oktober 2015

#12 : Kes Kecurian Kereta Meningkat - Penghargaan Buat MPPP.

Kes Kecurian Kereta Meningkat


Kebelakangan ini, kes kecurian kereta semakin menjadi-jadi terutamanya dikawasan bandar dan ia bukan lagi berlaku dikawasan yang sunyi, malahan lebih kerap berlaku dikawasan yang sibuk dan di siang hari.

Di kesempatan ini aku ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak MPPP kerana begitu prihatin dalam menjaga keselamatan kenderaan pelancong luar seperti aku. Aku merasa lebih selamat kerana  kenderaan aku telah dijaga dengan baik dengan bayaran yang cukup minima. 

Bayangkan la kalau kenderaan korang yang tidak dijaga oleh PBT ini hilang atau dicuri....., kan ke lagi susah dan menyusahkan....apa la sangat RM50 tu jika nak dibandingakna dengan servis yang diterima...Secara tidak langsung, aku juga turut tersenarai sebagai penyumbang ( bukan derma ) kepada kerajaan negeri demi memajukan dan mentranformasi negeri Pulau Pinang ini menjadi seperti Miami yang ' summer ' sepanjang tahun...huhuuu


Gambar Sekadar Hiasan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan