Rabu, 18 September 2013

MARI BELAJAR BUAT PELET ARNAB SENDIRI

                              CARA MEMBUAT PELET ARNAB & TERNAKAN LAIN


Sempena meraikan kenaikan harga minyak sebanyak duposen yg di umumkan oleh kerajaan tidak berapa lama dulu, kami sebagai rakyat yang perihatin dan berfikiran positif sentiasa mencari alternatif bagi mengimbangi kesan kenaikan tersebut. Kami mulakan dengan membuat pelet makanan arnab kami sendiri dulu.....Sapa2 nak cuba sila lah cuba..kalau x nak..boleh beli dengan kami je.... Harga mampu milik Hanya RM 0.90 sen sekilo....beli banyak kami bg diskaun lagi duposen...hahaha

Untuk membuat makanan alternatif untuk arnab kesayangan tidaklah terlalu sukar.  Jika ada kemahuan disitu ada jalannya. Makanan alternatif ini dibuat sebagai pengganti rumput atau makanan hijau yang sukar untuk di perolehi. Selain itu pelet arnab ini dibuat untuk memenuhi  keperluan makanan arnab dengan cara sederhana, mudah disimpan, tahan lama dan tentu saja jimat.
Berikut bahan, alat, dan cara membuatanya:
Bahan-bahan:
1.      Hampas Soya  (boleh di ganti dengan  tepung soya)
2.      Bekatul (dedak Halus – rice bran), kacang soya
3.      Tepung Jagung
4.      Mineral dan garam iodin
5.      Arang aktif
6.      Rumput kering (alfalfa, timothy,napier,rumput gajah dll jika ada)
7.     Air bersih
8.     Bahan lain yang sudah terbukti selamat untuk arnab.
9.     Boleh juga di campur dengan vitamin dan lain2 jika perlu


Peralatan yang diperlukan :

1.      Basin plastik (untuk mencampur adunan pelet)
2.      Senduk untuk mengaul
3.      Periuk kukus
4.      Dapur
5.      Penggiling ikan/daging
6.      Plastik bening
7.      Oven (jika ada, kalau cuaca panas gunakan sinar matahari untuk menjemur)


Cara Membuatnya:
1.      Campur adunan pelet berupa hampas soya yang masih hangat sebanyak 35% dengan tepung jagung 10% . Kacang soya 19%, Bekatul atau dedak halus 30% Tepung Jagung mineral + garam  iodin 5% Arang  aktif  1%  
2.     Adunan di campur rata dengan pelarut air hingga sebati  menjadi adunan pada basin plastic.
3.     Setelah sebati, kukus adunan pada dapur dengan suhu yang tinggi selama 30 minit. Warna adunan akan berubah menjadi lebih gelap.
4.     Semasa panas, cetak adunan pada alat penggilingan daging sehingga akan membentuk adunan memanjang. 

5.     keringkan adunan dengan oven, jika tidak ada boleh di jemur hingga benar-benar kering.



Perbezaan Kandungan Pelet Mengikut Kategori Arnab :

               A.  Pelet Tanpa Rumput

Hampas Soya 50%
Bekatul (rice bran) 40%
Tepung jagung giling 9%
Mineral ( garam iodin ) 0.5%
Arang aktif (arang tempurung kelapa) 0.5%

         B.  Pelet Dengan Rumput

Hampas Kelapa 9%
Bekatul (rice bran)50%
Tepung jagung giling 10%
Hampas Soya 20%
Rumput kering 10%
Premix 0.5%
Arang aktif (arang tempurung kelapa ) 0.5%

1. Arnab yg sedang membesar

Jagung Giling 62.5%
Hampas Soya 15%
Dedak Halus 20%
Tepung Tulang 1%
Garam 1.5%

2. Penggemukan (Arnab Pedaging)

Jagung Giling 42%
Hampas Soya 25%
Dedak Halus 30%
Tepung Tulang 1.5%
Garam 1.5%

3. Induk Produktif


Jagung Giling 52%
Hampas Soya 12.5%
Dedak Halus 22.5%
Tepung Tulang 1.5%
Garam 1.5%

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

Proses Membuat Silaj Napier & Jagung

Proses Membuat Silaj Napier & Jagung



PENGENALAN


Silaj (rumput peram) ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong.

Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.

Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku ketika pemeraman itu ialah karbohaidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.

Asid-asid ini akan merendahkan pH yan menebabkan proses biokimia dalam bahan-bahan yang diperam terhenti. Dengan ini bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu pemakanan tidaklah begitu terjejas. bahan-bahan aditif seperti bijiran, asid formik, formaldehyde, asid propionik, garam biasa, amonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses pemeraman.

Tanaman jagong telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungai kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid prussik dalam sekoi boleh meracunkan ternakan, terutama sekali jika skoi dipotong terlalu muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makan.

Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemeraman dan selalunya adalah lebeh rendah dari tanaman asal. Mutu dipengaruhi oleh kaedah pemeraman silaj, pemeraman yang menggalakan haba yang keterlaluan, tidak memadatkan bahan dengan betul, kandungan air yang terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. Terlalu banyak kandungan air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.

SILAJ RUMPUT NAPIER

Bahan-bahan

1. Rumput napier 160 batang - 80kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 800 gram
3. Garam - 800 gram
4. Urea – 400 gram
5. Air – 3.2 kg
6. Additif - EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – cth:-100ml laktos, 900ml air).

Kadar peratusan

1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

Cara- cara

1. Cincang/mesin rumput napier.
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari

SILAJ JAGUNG

Bahan-bahan

1. Pokok jagung 420 batang – 70kg ( 1 tong drum)
2. Molasses - 700 gram
3. Garam - 700 gram
4. Urea – 350 gram
5. Air – 2.8 kg
6. Additif – EM atau Laktos atau EIMO ~ 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air).

Kadar peratusan

1. Molasses – 1%
2. Garam – 1%
3. Urea – 0.5%
4. Air – 4%
5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.

Cara- cara

1. Cincang/mesin rumput napier
2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.
3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/additif.
4. Tutup rapat (kedap udara).
5. Peram 21 hari

Sekian.

Umrah 2014 12H/10M

Umrah 2014 12H/10M 
(bersama Sutera Harbour Umrah)

    Assalamualaikum Bakal Jemaah, 

Berikut adalah kata kata pengenalan kami, ikhlas buat bakal jemaah Umrah 2014

Persiapan sebelum berangkat mengerjakan umrah sampai di Madinah. Doanya ialah:

 “Ya Allah Jadikanlah Udara Madinah Ini Penawar Bagiku” 

1. Mendalami ilmu pengetahuan mengenai Umrah
 “Umrah maksudnya mengunjungi Baitullah dalam keadaan beribadat dengan mengerjakan Tawaf, Saie dan Tahallul” Digalakkan juga memahami RUKUN dan WAJIB UMRAH, termasuk juga dengan DAM yang  akan dikenakan sekiranya melanggari pantang larang ketika di dalam IHRAM.

2. Mendalami bab TAHARAH seperti bersuci daripada hadas besar dan kecil supaya kite diterima Allah s.w.t.

3.  Sebelum berangkat ke tanah suci, bakal Jemaah hendaklah BERTAUBAT atas dosa-dosa yang telah  dilakukan serta memperbanyakan solat taubat dan biasakan dengan Qiamulail, Solat Berjemaah dan Solat Kifarah Bauli.

4. Jaga kesihatan, makan dan minum, banyakan berjalan kaki dan membuat senaman ringan setiap hari.

5.  Mempelajari cara solat di dalam kenderaan, solat jenazah dan juga sujud Sajjadah(Solat Subuh Jumaat) ini bagi mereka yang jarang mengamalkannya. Jemaah wanita juga boleh solat Jumaat di Mekah dan Di Madinah.

6.  Tiada doa Qunut di dalam solat subuh di Mekah dan madinah.

7.  Selesaikan hutang piutang, beritahu ibubapa, keluarga, jiran dan pohon maaf salah silap.

8.  Jaga tiga perkara iaiatu Mulut, Telinga dan Mata selalu ingat amalan kerana Allah. Bukan melakukan kerana riak, ujub dan sombong, jujur dalam perbuatan dan kata-kata.

 9. Bawa ubat yang lazim digunakan.

10. Tinggalkan dokumen penting seperti kad pengenalan, lessen memandu, kad-kad kredit yang tidak boleh  digunakan di Mekah dan Madinah dan sebagainya, jangan pakai barang kemas terlalu banyak.

11. Bawa pakaian secukupnya, jangan terlalu banyak memadai dengan hanya dua helai telekong, tiga pasang  baju (seluar atau baju) penyangkut baju, peralatan mandi, selipar dan yang perlu sahaja.

12. Bawa buku-buku doa untuk rujukan di tanah suci seperti Surah Yassin dan doa solat-solat sunat.

13. Bil telefon bimbit “Roaming” agak mahal (Tukar kepada Tambah Nilai (Top-Up) apabila tiba di Madinah  atau Mekah) waspada membawa telefon semasa berada di Masjid ditakuti akan dirampas pegawai-pegawai masjid jika sedang mengunakanya.   
Diantara perkara-perkara sunat ialah:

• Mandi Sunat Jumaat, lakukan solat sunat wuduk setiap kali lepas ambil wuduk, amalkan berzikir sepanjang
  perjalanan dari hotel ke masjid dan juga sepanjang masa ketika berada di tanah suci.

• Mulakan dengan langkah kanan ketika masuk ke Masjid, keluar kaki kiri dan baca doa masuk dan keluar masjid,
  dirikan solat Sunat Tahayatul Masjid.

• Sekiranya waktu masih terluang gunakan masa untuk Qadaq solat dan solat sunat disamping
  memperbanyakanlah membaca Al-Quran.
• Digalakkan juga mewakaf Al-Quran bagi pihak ibubapa dan diri sendiri dan keluarga di Masjid Nabawi.

• Berikhtikaf di Masjid, menziarahi makam Nabi Muhamad S.A.W dan berdoa di Raudhah (ikut kemampuan dan
  ruang masa).

• Pergi ziarah dalaman dan luaran seperti di anjurkan oleh pihak kami.

• Disunatkan memperbanyakkan selawat dan membaca Surah Muhammad untuk memudahkan pergi ke Raudhah
  dan buatlah solat taubat dan hajat.

• Jauhi daripada sifat Mazmumah seperti berbohong, bertengkar, berkelahi, mengumpat dan semua Jemaah
  hendaklah saling membantu jika bermasaalah atau rujuk kepada wakil kami atau Mutawif.

• Amalkan doa tahan wuduk dengan membaca surah Al-Fil dan Al-Masad
  (Al Lahab) ayat 1 sahaja dengan menutup mulut atau dibaca pada air dan meminumnya.

• Ziarah Wadaq kepada Rasullullah dan banyakkan berdoa.

• Bersiap-siap berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah Wajib (sunat memotong kuku, mencabut
  bulu ari-ari, ketiak dan sebagainya).

• Mandi Sunat IhramSolat Sunat Ihram - Niat Ihram di Bir Ali ( Masjid Zulhulaifah ) bertalbiah banyak-banyak
  semasa perjalanan ke Mekah mengambil masa selama 8 jam. (Solat Jamaq dan Qasar ) jaga pantang larang
  sewaktu dalam ihram terdapat 13 pantang larang-seperti dalam buku Umrah)

• 100, 000 ganjaran pahala bagi semua amalan yang dilakukan semasa di Mekah, oleh itu tumpukan masa
  sepenuhnya untuk beribadat.
• Sampai di Mekah berdoa - “Ya Allah Jadikanlah Udara Madinah Ini Penawar Bagiku” disamping doa-doa lain.
• Buatlah amalan-amalan wajib dan sunat seperti yang dilakukan ketika di Madinah, niatkan semua amalan kerana
  Allah sahaja.

• Disunatkan masuk Masjidil Haram melalui pintu Babussalam(bergantung masa/ketika) dan berdoa masuk serta
  keluar masjid.

• Tiada solat sunat Tahyatul Masjid di Masjidil Haram oleh itu sekiranya keadaan mengizinkan bolehlah terus tawaf
  sunat atau solat mutlak.

• Disunatkan juga memperbanyakan tawaf sunat (niatkan pahala sedekah kepada ibubapa, diri sendiri, keluarga, dan
  sesiapa jua) atau tawaf nazar (semua tawaf sunat tiada saie).

• Memperbanyakan Qiamullail, bersedekah dan ikhtikaf di Masjid.

• Banyakkan berdoa untuk memudahkan setiap amalan dan solat taubat, solat hajat di samping membaca Surah Al
  Fath
 (kemenangan) selain dari membaca AL Quran.

• Boleh berpuasa sunat sekiranya mampu (Isnin & Khamis)

• Pastikan DAM telah dibayar sekiranya telah melanggar pantang larang sebelum berangkat pulang ke tanah air. Akhir
  sekali di doakan semoga mendapat Umrah yang Mabrurllah, Insyaaalah.

AMALAN YANG LEBIH UTAMA SEMASA DI MAKKAH

AMALAN YANG LEBIH UTAMA SEMASA DI MAKKAH
Assalamualaikum wbt.
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpahan kasih sayangNya kita diberi keluasan rezeki sehingga membolehkan kita menunaikan Umrah di tanah suci dan menziarahi Makam Nabi di Madinah. Ketika menjadi Tetamu Allah semestinya perasaan untuk tekun melakukan amal ibadah melebihi dari kebiasaan. Kekadang rasa pelik, semasa di tanah air kita amat malas untuk melakukan amalan-amalan sunat, hanya yang wajib sahaja dilakukan. Itu pun ada kalanya dengan rasa berat hati bagi mereka yang lemah imannya. Berbeza semasa berada di tanah suci. Asal masuk sahaja ke Masjid tidak kira di Makkah atau Madinah kita terus melakukan Solat Sunat.
Semangat berkobar-kobar untuk menambahkan amalan sememangnya satu sikap yang terpuji. Dan amat lebih baik lagi kita kekal “istiqomah” dalam ibadah atau bahasa mudahnya “konsisten”. Jangan hanya di tanah suci sahaja, balik ke tanah air kita kembali kepada asal. Sebagai Tetamu Allah sewajarnya kita mendalami ilmu agama dengan tekun supaya kita arif mengenai hukum hakam dalam agama.
Ibadah mana yang perlu diutamakan atau diberi “prioriti” berbanding dengan ibadah yang lain. Jangan sampai amalan kita menjadi sia-sia lantaran jahil mengenai sesuatu hukum. Asal selesai sahaja solat fardhu berjemaah terus dilakukan solat sunat. Sedangkan ada masanya haram untuk kita melakukan solat sunat tanpa sebab yang membolehkan. “Hentam sahaja, asal solat” kerana mengharapkan pahala yang banyak. Masih ada di kalangan jemaah yang melakukan solat sunat selepas solat Asar di Masjid Nabawi.
Semasa di Makkah, ramai di kalangan jemaah yang membanyakkan amalan Umrah Sunat. Malah ada yang menganggap Umrah Sunat yang dilakukan sebanyak 7 kali menyamai pahala Haji. Walhal tidak ada nas al-Quran, hadis mahupun ijmak Ulamak yang menyatakan sedemikian. Pernah seorang jemaah mengumumkan di Dewan Makan, “malam ini saya jamu semua jemaah dengan Jamuan Makan kerana telah selesai menyempurnakan Umrah Sunat sebanyak 7 kali”. Begitu yakin jemaah ini dengan sangkaannya. Walhal dibimbangi ibadah yang dilakukan jika di war-warkan akan menyebabkan sipelaku menjadi riak. Amalan yang ditunjukkan dengan mengharapkan pujian orang, sia-sia sahajalah jawabnya. Kasihan.
Tawaf
Sebenarnya amalan yang paling afdhal semasa di Tanah Haram ialah memperbanyakkan Tawaf Sunat dan bukannya memperbanyakkan Umrah Sunat. Mengapa kita bertawaf ? Sila rujuk kepada entry terdahulu di bawah tajuk  Sejarah Makkah dan Sejarah Tawaf.
Dan mengapa amalan Tawaf ini lebih baik berbanding dengan amalan-amalan lain di Tanah Haram ?
Saya teringat ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dato Hj Kamal Mohamad, mantan Konsul Haji di Jeddah dan juga Pengurus Haji Swasta beberapa waktu dahulu. Katanya Tawaf itu Sunatullah. Semua makhluk Allah yang melata di bumi hatta di langit sekalipun bertawaf sebagai menunjukkan ketaatan mereka patuh kepada Allah. Bintang-bintang di langit, planet-planet yang berada di angkasa lepas semuanya berpusing ikut lawan jam mengelilingi matahari mengikut paksinya. Malah zarah sekecil atom turut sama berpusing mengikut aturan Allah. Jika semua makhluk Allah bertawaf sebagai menunjukkan kepatuhan mereka beribadah kepada Allah, maka sebagai manusia yang dikurniakan Allah dengan banyak kelebihan sewajarnyalah memperbanyakkan Tawaf sebagai tanda kita taat dan patuh kepada Allah yang Esa.
Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.
Anas bin Malik pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda ” 2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya. Dua jenis tawaf itu adalah tawaf setelah solat Subuh yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan tawaf setelah solat Asar yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.” Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya. Malah saya ada mendengar seorang Ustaz berceramah, pada waktu inilah berlakunya pertukaran shif Malaikat yang mencatit amalan kebaikan.
Ibnu Umar pula menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa melakukan Tawaf di Baitullah, maka Allah Azza Wa Jalla akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya serta diangkat satu darjat untuknya.” AllahuAkbar. Berapa banyak langkah yang kita lakukan semasa kita sedang bertawaf ? Sebanyak itulah kebaikan pahala yang kita dapat dan sebanyak itulah juga dosa kita terampun.
Sebagai renungan, cuba kita perhatikan jemaah yang sedang bertawaf di sekeliling Kaabah. Ramai yang berpakaian biasa bertawaf Sunat atau berpakaian Ihram Umrah ? 
Petikan dari Hj Iqbal Safwan - Pengasas Ajwa Travel