( Adehhhh tajuk tak bleh blahh )
Assalamu’alamikum semua….apa khabar kalian diluar sana yea…?
Heheee….Ok kali ni abang ( buweekk ) nak mengajak korang ollss ni semua
menggolek di Janda Baik..ehh..ehhh…lain macam je intro nih…ahaksss…
Iya lah, bukan apa, selama ni saya asyik buat entry pasal
kerja je, apa kata kali ni saya lari topic sikit.
JOM..…
Tanggal 12 Februari 2016 yang lepas suami kepada Isteri saya
( ehemm..ehemmm…saya la tu ) telah bergerak menuju ke destinasi percutian kami
di Janda Baik, Bentong Pahang Darul Makmur. Kali ini hanya kami berempat, saya,
isteri, anak sulung dan ibu sahaja. Rancangan awalnya bukan lah untuk bercuti,
tetapi lebih kepada Majlis Menggolek Kambing yang ditempah oleh customer saya…tak
banyak 5 ekor kambing sahaja. Maka bergeraklah kami di awal pagi Jumaat yang
dingin itu dengan 2 buah kereta. Satu MPV untuk barang2 menggolek dan satu
kereta untuk pakaian.
Agak saspen juga sebab bukan kerana lokasinya, tetapi sehari
sebelumnya, semasa proses menyediakan bahan2 perapan dan keperluan kambing golek
ini saya mengalami Slip Disc!!!.......
Arghhhhh terasa macam terkena renjatan
elektrik di pinggang….saya tak mampu berdiri apatah lagi hendak berlari.......acerrnertuh..??
tetapi.....
Alhamdulillah kesakitan mula berkurangan setelah menjalani fisio pada petangnya
diikuti dengan urutan saraf pada sebelah malamnya. Jika tidak, entry ini
mungkin akan menjadi Percutian kami di Hospital…..Phewwwwww.....
Dari Bangi, perjalanan hanya mengambil masa 45 minit sahaja melalui PLUS & MRR2 ( tol PLUS RM2.80 & Tol Karak RM6.00 )
DAY 1
Tepat jam 2.40 minit petang, kami safely arrived at the destination.
Nak cari resorts ni senang je...tak payah guna GPS pun boleh...ikut je sign board yang disediakan. Sign yang paling senang ialah RUMAH KETUA KAMPUNG. Sebelum rumah Ketua Kampung ni disebelah kanan jalan ada bus stop dan sebelah bus stop tu ada satu lorong kecil, Masuk je ikut lorong tu dan terus memandu turun bukit naik bukit.....
Mula-mula memang mcm tak percaya kerana jalannya tak serupa macam jalan nak ke resorts, tetapi memang tu lah jalannya. Percayalah...hihihihihihih ( gelak jahat )
Setelah memarking kereta dengan gaya yang tersendiri, kami memulakan misi mencari Kaunter Pendaftaran....
Umaaakkaihhhh....dia punye registration office pun dah macam chelet......seram sejuk plak rasa nak check in...tetapi apakan daya, ku tabahkan jua....acheewahhhh
Selesai check in, saya melepak2 kat sini jap sambil menikmati hembusan bayu yang bertiup lembut sambil menikmati kicauan burung dan unggas....Agak luas juga kawasan Fifty4 Ferns ni...kebanyakkan pokok-pokok yang ada disini adalah pokok asal dengan meminimakan penebangan bagi mengekalkan keindahan dan landscape semulajadinya.
Ada pelbagai pilihan bilik disini...dan harganya bermula dari serendah RM400 sahaja untuk satu malam. Bilik yang paling kecil seperti dibawah ini mempunyai 1 queen bed, 1 sofa bed, flat screen tv with astro, mini fridge, balcony, free breakfast serta dilengkapi dengan bilik air berkaca
( see thru gituuuu.....habis la korang..hahahaha....
untuk yang nak berhanimun memang sweet la sangat2.....hahahaha)
Dengan tambahan RM400 sahaja lagi anda akan dapat menikmati panaroma indah dibalkoni. Bilik pula dilengkapi dengan ruang tamu yang luas serta 1 bilik persendirian plus jakuzi.
Menunya :
3 ekor kambing golek
2 ekor kambing bermasak
15 ekor ayam golek bermadu
150 keping otak2
Coleslaw
Mashed Potatoes
Sos Kambing Golek Special d'Village
Mujur ada isteri dan anak sulung yang membantu. Saya?? Saya tolong ambil gambar sahaja...heheheheeee
Selesai majlis sekitar jam 1030 malam kami pun berkemas dan pulang ke penginapan Fifty4 Ferns.
Ohhhhhh TIDAAAKKKKKK !!!!
Pagar sudah berkunci....... Mmmatiiilanaakkkk !!!
Tengah-tengah malam buta, dalam hutan plak tu...internet yiilekkk
Tak tau la plak gate closed b4 midnight....berusaha gigih menelefon dan memesej akhirnya dapat gak masuk.....huhuuuuuuu serraammmmm
DAY 2
Saya bersama Ibu dan Pengurus Besar Fifty4 Ferns, Mr Vishnur. Ini orang sangat peramah, humble dan baik hati...Banyak yang kami bualkan dan bincangkan...ahhhhh separuh hati ku sudah berada disini.
Suasana disini cukup tenang dan mendamaikan.....Sangat sesuai untuk therapy minda....
Apa yang menariknya disini, semua kemudahan disediakan secara percuma....tiada bayaran tambahan dikenakan...
Anda boleh berbasikal menuruni lembah dan bukit, menyusuri rimba dan sungai, tasik dan kolam.
A Tree From Hell.....
Siapa kata cerita Jack dan Pohon Kacang Ajaib tu tak ujud ???
Tengok la ni...kalau berani panjat la...Jangan lupa bawak kapak tau...
Stairway to Heaven....
Apa ada di atas sana tu..? haaaa...yang ni tak boleh cerita..
Everyone has their own secret......
Kalau nak tau jugak...korang kene la datang sini....
Pemandangan Tasik & Kolam Pancing di waktu senja
Rekabentuk rumah-rumah tradisional yang sangat menarik
Giant Hammock ini merentasi sungai dengan penuh gaya. Semua ini boleh dinikmati hanya di Fifty4 Ferns secara percuma!!!
Kemudahan Surau yang luas, bersih lagi selesa. Surau Kaca.
Yang bestnye, setiap chalet disini dilengkapi dengan sistem penangkis nyamuk yang super canggih. Jadi bagi mereka yang spesis ngengada bajet kulit gebus halus nyamuk hinggap pun dah calar tu tak perlu la risau yea....
Ini buktinya....hihihihhiiiihihiii
Sungai-sungai semulajadi disini sungguh cantik....airnya pula sangat jernih dan sejuk,
menusuk hingga ke hati.
menusuk hingga ke hati.
Untuk kaki-kaki pancing...nahhh ini dia kolam pancing untuk uollss....segala macam ikan pon ada ...patin, keli, haruan,talapia, belut, buntal. Catch n Release yea abam abam....
no bakar bakar...no..no..noooo
Sungguh mendamaikan.... Ini memang sungai semulajadi...susunan batu-batunya juga semulajadi.... pokok-pokok sekitarnya juga adalah pokok asal cuma dibersihkan semak samun dan pokok-pokok yang sudah terlalu tua atau merbahaya digantikan dengan yang lain.
Katak hijau yang jinak....ada yang kata ini adalah putera raja...tapi saya malas nak ketuk kepala dia...biarlah dia kekal sebagai katak...hahahaha
Rumah asal pemilik resorts. Berangan jap ahhh
Jangan terkejut pula....ini adalah surau yang serba lengkap bersebelahan dengan swimming pool...swimming swimming jugak, solat jangan ditinggal yea....
Ini adalah rumah asal Owner Resort....berada di puncak bukit dan dihubungkan dengan jambatan yang cantik merentasi kolam dan air terjun serta tangga yang menyusuri taman-taman dengan pemandangan yang mengagumkan....
Pandangan dari Balkoni
Jalan Menuju ke Puncak
Jalan Masuk Utama
Ruang Tamu
Dapur Yang Agak Luas la jugak.....
Pandangan dari sudut yang lain....
Resorts ini memang terdapat banyak jalan dan lorong-lorong "rahsia".....jika anda tersalah masuk...hahahaha...nasib la tembus kat mana sendiri mau ingat la.....
Selain dari jalan dan lorong-lorong, terdapat juga lebih dari 10 buah jambatan samada kecil atau besar yang merentasi sungai, kolam, tasik, gaung dan lain-lain.
Bentuk muka buminya yang bercerun dan berbukit kecil tetapi curam serta banyak pendakian anak-anak tangga amat sesuai untuk mereka-mereka yang menghadapi masalah lebihan lemak dikiri kanan badan, depan dan belakang, atas dan bawah.
Jadi jangan malu dan jangan segan bangunlah seawal pagi untuk berjogging sambil menghirup udara segar yang menyihatkan. Jangan risau...setiap lorong dan jalan disini dihiasi dengan lampu2 taman yang cantik.
Kemudahan untuk beriadah.....meja ping pong ini disediakan bersebelahan kolam renang....hanya perlu membawa bat dan bola sendiri sahaja.
Ini bukan resorts.... Ini adalah rumah pekerja.....
Eerrr..encik, ada job kosong tak...? Tak dapat jadi kerani, dapat jadik manager pun takpe...
Apabila lepas hujan, harap berhati-hati yea.....
Selain menoleh kekiri dan kekanan, harus juga melihat kebawah.
Semut ini amat berbisa....
Merenung keluar jendela, bayu pagi meniup lembut...lihat bintang diangkasa, purnama menerangi gelapku...acheewahhhh.....tengok tu Ibu sy sedang hayal menikmati panaroma bukit dan tasik serta deruan air terjun dan kocakkan air dikolam ikan dibawah nuuunnn....
Korang yang masih ada ibu bapa tu apa lagi...inilah tempatnya....strongly recomended !!!
Penat berjalan, kita berbasikal...penat berbasikal kita swimming-swimming kat pool, penat swimming kita lepak2 kat balkoni....alangkah indahnya kalau resort ni dilengkapi spa & sauna..ada massage2 ke...auuwwmmmm....
Untuk yang minat berbbq tu, boleh la acah2 bbq kat tepi sungai ni...tapi ingat yea...jaga kebersihan kerana Kebersihan itu Melambangkan keperibadian seseorang.
Lepas mandi Pool, sambung mandi kat bath tub plak...huhuuuuu....enjoy betol duduk kat sini....rasa macam tak nak balik je.....
Menurut Mr Vishnor, ini baru fasa pertama, in future akan dibina lebih banyak lagi resorts & bungalow yang serba lengkap termasuk private swiming pool dan lain-lain
Nampaknya itu lah dulu yang dapat saya coretkan untuk kali ini....
Biarlah gambar yang berbicara.
Terima kasih. ;)
Selamat bercuti semua....
Oh yea...lupa nak bagi tau...... Fifty4 Ferns ini boleh dihubungi melalui talian :
Ms Lisa : 019 - 345 4286
Mr Vishnor : 019 - 345 4284
**************************************************************
IKLAN
Tempahan Kambing Golek
( Aqeqah, perkahwinan, doa selamat, reunion, open house, gathering, family day dan lain2 )
Pada sapa-sapa yang nak nempah kambing golek untuk aqeqah atau majlis2 keraian tu bole la hello2 sy ( Azhan ) di talian :
012-7123559
011-1767 5393
Juga menjual :
Rempah Perapan Serbaguna d'Village
Sos Kambing Golek d'Village
Pes Segera
Sambal Magic
Sambal Hijau
Roti Canai Segera
Set Rempah Perapan Serbaguna & Sos BBQ n Grill ( RM25/ set )
Rempah Perapan Serbaguna ( RM15/ peket untuk 8 ekor ayam / 15 kg daging )
Pekej Kambing Golek ( bermula dari RM1000 Full Package )
Pes Segera ( RM4/ peket )
Sambal Magic ( RM6.00 sebotol )
Pes Segera ( RM4.00 sepeket )
" The Sign of Good Taste "