Sabtu, 25 Julai 2015

FOREX TUTORIAL : PENGENALAN ASAS FOREX 1.0

APA ITU FOREX ?

Forex atau FX adalah ringkasan daripada  Foreign Exchange Market  bermaksud Pasaran Tukaran Matawang Asing atau Pasaran Matawang. Pasaran Matawang adalah satu bentuk pertukaran matawang asing dari seluruh dunia yang dilakukan secara secara bebas ( tidak berpusat atau decentralized ).Pusat Kewangan utama dunia seperti London, NY, Hongkong, Singapore dan lain-lain negara bertindak sebagai 'anchor of trading' dalam memperdagangkan antara 2 matawang yang berbeza samada sebagai penjual atau pembeli selama 24 jam sehari. EBS dan Reuters3000 adalah 2 platform utama yang bertindak sebagai 'clearing house' yang menguruskan setiap transaksi jual beli yang dijalankan oleh broker-broker dari seluruh dunia.

Bagi peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan import export, para pelabur dan juga negara-negara yang melakukan pinjaman dari luar negara, pengetahuan mengenai kadar pertukaran matawang antara 2 negara itu amatlah penting kerana ia akan mempengaruhi nilai yang perlu dibayar pada masa hadapan. 1 atau 2 % sahaja perubahan ( jatuh atau naik nilai matawang sesebuah negara ) akan memberi kesan besar pada urusniaga yang melibatkan jutaan / billion ringgit.


Secara mudahnya, Forex adalah jual dan beli dua matawang yang berbeza secara serentak. Sebagai contoh, jika kita ingin ke Singapura kita perlu menjual Ringgit untuk membeli Dolar Singapura dan nilai jual beli ini adalah berbeza-beza dari satu money changer ke satu money changer yang lain. Jika didalam Pasaran Matawang, perbezaan ini di panggil 'spread'. Spread yang dikenakan ini berbeza-beza dari satu broker ke satu broker yang lain. Lebih kecil 'spread' yang dikenakan akan menarik minat orang ramai untuk berurusan dengan broker tersebut.

Transaksi fizikal di money changer ini hanya melibatkan sejumlah kecil wang sahaja sedangkan transaksi menerusi broker secara atas talian melibatkan satu jumlah yang sangat besar antara 7 - 10 trillion USD sehari. Dengan jumlah yang sangat besar ini, adalah amat mustahil setiap matawang ini untuk dimanipulasi. Jatuh naik nilai matawang sesebuah negara itu juga menggambarkan keadaan ekonomi negara tersebut. Bagi negara-negara yang keadaan ekonomi mereka lemah, maka prestasi matawang mereka juga akan turut melemah dan sebaliknya.


Contoh :

Ringgit Malaysia berbanding US Dollar (MYRUSD)

Tahun 2013 : Bagi setiap 1 usd nilainya adalah rm3
Membawa maksud, kita memerlukan RM3 untuk mendapatkan 1USD ( jual ringgit, beli usd )

Tahun 2015 : Bagi setiap 1 usd nilainya adalah rm3.80
Membawa maksud, kita memerlukan RM3.80 untuk mendapatkan 1USD

Jika sesaorang meminjam 100 juta USD pada tahun 2013 ( rm300 juta ) tetapi pada tahun 2015 pinjaman itu telah menjadi rm380 juta disebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit tersebut. Perbezaan ini akan merugikan pihak peminjam, tetapi menguntungan pihak pemberi pinjam, begitu juga sebaliknya.

Disinilah pentingnya pengetahuan mengenai pergerakkan matawang sesebuah negara sebelum sesuatu keputusan dibuat samada untuk membeli atau menjual matawang tersebut.



....bersambung.

p/s : sila google search :- Muhamad Azhanudin atau M Azhanudin Kasdi atau Azhanudin Kasdi untuk info tentang penulis. Terima Kasih.