Rabu, 10 Disember 2014

Cirit-birit : Punca, pencegahan & rawatan

Assalamu'alaikum.....

Sebagaimana yang kita maklum, arnab akan memakan apa sahaja yang berada bukan sahaja didepan, belakang, tepi, atas atau bawah sahaja malahan apa yang keluar dari sistem perkumuhan mereka sendiri juga dilihat sebagai sesuatu yang lazat. Oleh kerana mereka hanya mempunyai satu perut ( yang nipis ) maka ia amat sensitif dan mudah tercedera atau keracunan akibat dari ketidakhadaman makanan yang diambil. ( dengan lain perkataan, arnab senang kena cirit-birit )

Gambarajah dibawah menunjukkan sistem organ dalaman arnab.


 Bagi arnab yang sihat, najis/tinja yang terhasil adalah berbentuk bulat, keras dan tidak berbau seperti yang ditunjukkan pada gambarajah dibawah ini.


Tetapi sebaliknya, jika sistem pencernaan arnab ini terganggu, maka perut dan usus arnab tersebut akan membengkak. Arnab akan berasa tidak selesa, murung, kurang selera makan, tidak aktif dan akan mengeluarkan najis yang cair serta berbau. Akibat dari ini, akan mengundang lalat untuk menghurung dan bertelur pada kawasan sekitar serta menyebarkan penyakit kepada persekitarannya.




Jika keadaan ini dibiarkan dan tidak dicegah atau dikawal, ia boleh mengakibatkan wabak dan kematian demi kematian dengan cepat.

Rawatan awal seperti memberi air yang dicampur dengan antibiotik atau penggunaan larutan Kaolin Powder bersama antibiotik secara oral amatlah berkesan. ( ubat cirit Scourban Plus telah dihentikan penjualannya ).
Pencegahan secara alami dengan menggunakan perahan air daun jambu batu juga boleh digunakan dan ia lebih selamat untuk mengeraskan najis arnab tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang cara penjagaan arnab, anda boleh menghubungi saya di talian berikut :
012-7123559 - azhan

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


CARA MENGANGKAT ARNAB DENGAN BETUL

Assalamu'alaikum...

Pada episod yang lepas kami telah kongsikan penyakit-penyakit yang biasa berlaku kepada arnab. Kali ini kita akan mengupas pula "kesakitan" yang dialami oleh arnab akibat dari salah laku sipemilik..

CARA MENGANGKAT ARNAB DENGAN BETUL


Bagi arnab-arnab yang agak besar seperti arnab pedaging misalnya, cara terbaik bagi mengangkat arnab tersebut adalah dengan memaut kepada bahagian perut dengan sebelah tangan manakala satu tangan lagi mengampu pada bahagian bawah punggung. ( gambarajah atas )

Walaubagaimanapun, jika arnab tersebut agak agresif, menggenggam kulit pada belakang tengkuk dan mengampu bahagian punggungnya adalah cara yang biasa digunakan. ( cara ini amat tidak digalakkan terutama kepada arnab hias yang bersaiz kecil. ) Ini kerana cara ini akan mengakibatkan kesakitan kepada arnab tersebut dan akan meninggalkan kesan lebam pada bahagian bawah kulit. ( gambarajah bawah )






 CARA SALAH MENGANGKAT ARNAB




Meskipun arnab-arnab ini hidup dengan cara yang berbeza ( for pet or meat purpose ), kebanyakkannya akan mati dengan cara yang sama. ( gambarajah dibawah )



 MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA