Assalamu'alaikum.....
Sebagaimana yang kita maklum, arnab akan memakan apa sahaja yang berada bukan sahaja didepan, belakang, tepi, atas atau bawah sahaja malahan apa yang keluar dari sistem perkumuhan mereka sendiri juga dilihat sebagai sesuatu yang lazat. Oleh kerana mereka hanya mempunyai satu perut ( yang nipis ) maka ia amat sensitif dan mudah tercedera atau keracunan akibat dari ketidakhadaman makanan yang diambil. ( dengan lain perkataan, arnab senang kena cirit-birit )
Gambarajah dibawah menunjukkan sistem organ dalaman arnab.
Tetapi sebaliknya, jika sistem pencernaan arnab ini terganggu, maka perut dan usus arnab tersebut akan membengkak. Arnab akan berasa tidak selesa, murung, kurang selera makan, tidak aktif dan akan mengeluarkan najis yang cair serta berbau. Akibat dari ini, akan mengundang lalat untuk menghurung dan bertelur pada kawasan sekitar serta menyebarkan penyakit kepada persekitarannya.
Jika keadaan ini dibiarkan dan tidak dicegah atau dikawal, ia boleh mengakibatkan wabak dan kematian demi kematian dengan cepat.
Rawatan awal seperti memberi air yang dicampur dengan antibiotik atau penggunaan larutan Kaolin Powder bersama antibiotik secara oral amatlah berkesan. ( ubat cirit Scourban Plus telah dihentikan penjualannya ).
Pencegahan secara alami dengan menggunakan perahan air daun jambu batu juga boleh digunakan dan ia lebih selamat untuk mengeraskan najis arnab tersebut.
Untuk maklumat lanjut tentang cara penjagaan arnab, anda boleh menghubungi saya di talian berikut :
012-7123559 - azhan
MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan