" Gagal Merancang seolah-olah merancang kegagalan"
Salam Bajet Tahun 2016 yang merupakan permulaan kepada Tahun Bajet dan berjimat cermat terutamanya kepada rakyat Malaysia....
Mesti ada yang sudah berkira-kira atau mula merancang apa yang perlu dilakukan untuk tahun-tahun mendatang ini. Bagi yang ingin memulakan perniagaan tidak kira samada perniagaan kecil atau sederhana atau besar, mulakanlah dahulu dengan perancangan yang betul yang akan menjadi garispanduan untuk diikuti. Setiap apa yang kita lakukan, lakukanlah dengan Ilmu dan sepenuh hati...untuk berjaya didunia kita perlukan Ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu.... Janganlah jemu dan segan untuk belajar sesuatu ilmu walaupun ianya nampak remeh...
"Knowledge is POWER" kawan.....orang yang berilmu tidak akan takut untuk melakukan sesuatu dan tidak akan takut untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja dan dalam apa jua keadaan serta cabaran...acheewahhhh...huhuuu
OK, tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan dengan Rancangan Perniagaan.
Mula....
Rancangan
Perniagaan
Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.
Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-
Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.
Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-
- Nama Syarikat
- Jenis perniagaan yang diceburi
- Nama dan lokasi/alamat perniagaan
- Status dan saiz projek
- Produk
- Peluang, pentadbiran, pemasaran dan
perancangan
- Anggaran kos projek
Bahagian
2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja
Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;
Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;
- Memohon pembiayaan kewangan dari pihak
institusi kewangan atau yang berkaitan.
- Merancang perlaksanaan projek.
- Dijadikan garis panduan menguruskan
perniagaan
- Memohon menyewa tanah swasta atau
kerajaan.
- Lain-lain.
Bahagian
3 - Latarbelakang Perniagaan
Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:
Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:
- Alamat
Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja. - Bentuk perniagaan
Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan. - Tarikh dan Nombor Pendaftaran.
Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran. - Modal Permulaan
Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan. - Bank
Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.
Bahagian
4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
- Nama penuh
- No. kad pengenalan
- Tarikh lahir
- Umur
- Alamat Tetap
- No telefon
- Taraf perkahwinan
- Kelulusan akedemik
- Kursus yang pernah dihadiri
- Kemahiran
- Pengalaman
- Pekerjaan sekarang
- Perniagaan yang pernah diceburi.
Bahagian
5 – Kedudukan Projek
Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.
Bahagian 6 – Objektif Projek
Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.
Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran
Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.
Bahagian 6 – Objektif Projek
Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.
Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran
- Pentadbiran
- Carta Organisasi
- Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
- Spesifikasi Tugas
- Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
- Senarai Keperluan Pejabat
- Perbelanjaan Pentadbiran
- Perbelanjaan aset
- Perbelanjaan bulanan
- Lain-lain perbelanjaan
Bahagian
8 - Rancangan Operasi
- Carta aliran Proses
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja. - Unit pengeluaran / jam operasi
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran. - Keperluan bahan
Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya. - Tenaga Kerja
Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan. - Mesin dan peralatan
Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin. - Susun atur Ruang Operasi
Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut. - Lokasi
Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli. - Overhead operasi
Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi. - Perbelanjaan Operasi
Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.
Bahagian
9 - Rancangan Pemasaran
- Barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan
Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan - Sasaran Pasaran
Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan. - Saiz Pasaran
Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali. - Pesaing-pesaing utama
Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka. - Kekuatan dan kelemahan pesaing
Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing. - Syer pasaran
Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan. - Ramalan Jualan
Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya. - Strategi Pemasaran
- Strategi Barangan
Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej. Corak pembungkusan dan jenama berkaitan. - Strategi Promosi
Bentuk Promosi yang dicadangkan - Strategi harga
Harga seunit yang dicadangkan. - Strategi edaran
Corak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan pemasaran.
Bahagian
10 - Rancangan Kewangan
Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
- Kos pelaksanaan Projek dan sumber
pembiayaan projek
- Penyata-penyata kewangan:
- Aliran wang tunai
- Penyata pendapatan
- Kunci kira-kira
- Jadual pembayaran hutang
jangka panjang.
- Kos pelaksanaan Projek
- Pelaburan aset tetap:
Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai. - Modal Pusingan:
Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi - Lain-lain perbelanjaan:
Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya) - Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
- Modal sendiri yang
merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan
nilai aset jika sumbangan adalah aset.
- Pinjaman bank merangkumi
sebarang pinjaman berpenggal.
- Sewa beli merangkumi
pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)
- Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
- Penyata Alir wang Tunai
perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk
tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.
- Prestasi Penyata Pendapatan
- Prestasi penyata
pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.
- Prestasi Kunci kira-kira
- Penyata ini juga selaras
dengan prestasi penyata pendapatan.
- Analisis Daya Maju Kewangan
- Nilai kini bersih
- Kadar Pulangan dalaman
- Nisbah faedah kos
- Tempoh pulang modal
Nilai
kini bersih
Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.
Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.
Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.
Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.
Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.
Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.
Tempoh
Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.
Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.
Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .
Contoh-Contoh Jadual
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Contoh
Jadual jawatan dan bilangan pekerja.
Contoh
jadual Spesifikasi Tugas
Contoh:
jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran
Keperluan
Pejabat
Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat
Perbelanjaan
Pentadbiran
Jadual
Ramalan Jualan Tahun Pertama
Jadual
Perbelanjaan Pemasaran
Jadual
Keperluan Bahan Mentah
Jadual
Gaji dan Caruman Pekerja Operasi
Jadual
mesin dan peralatan
Perbelanjaan
Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi
Contoh
Kos Perlaksanaan Projek
1. Perbelanjaan harta - (Pelaburan
Aset Tetap ) ----------------------
2. Perbelanjaan Bulanan - (modal pusingan) ---------------------- 3. Lain-lain perbelanjaan ---------------------- 4. Belanja Luar Jangka ---------------------- Jumlah Kos Projek ---------------------- Sumber Pembiayaan Projek 1. Modal sendiri ---------------------- 2. Pinjaman --------------------- 3. Sewa beli ---------------------- 4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ---------------------- Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------
Contoh
: Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABC
Pada
tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)
Contoh
Prestasi Kunci kira-kira
Sediakan
satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan Pada setiap
tahun yang berakhir pada :
|
Bahagian
11 - Penutup / Kesimpulan
Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.
Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.
Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan) Contohnya:-
Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.
Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.
Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan) Contohnya:-
- Surat sebutharga
- Sijil kursus
- Surat sokongan pihak tertentu
- Surat dapat tender
- Sijil pendaftaran syarikat
- Salinan permit/lesen
- Surat-surat kepujian
- Bukti modal sendiri
- Salinan surat Cagaran
- Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)
Beginilah serba sedikit RP yang perlu disediakan oleh setiap individu atau syarikat sebagai rujukan dan panduan bagi menghadapi dunia yang serba mencabar ini. Mudah bukan?