Diceritakan bahawa ada seorang lelaki berdiri di padang arafah, sedang ditangannya terdapat 7 biji batu. Maka org lelaki itu berkata :
"hai batu-batu, bersaksilah bahawa saya bersyahadat 'Tidak ada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Rasul Allah'..." lalu dia meletakkan batu-batu itu dihujung kepalanya lalu tidur...
didalam tidurnya dia bermimpi seolah2 telah datang kiamat dan setelah dihisab dia harus memasuki neraka. Maka para malaikat membawanya keneraka tetapi dipintu neraka itu terdapat sebutir batu dari batu2 dipadang Arafah dahulu yg menghalang....para malaikat berkumpul lalu cuba mengalihkan batu tersebut tetapi tidak berdaya. Kemudian lelaki tersebut di bawa ke pintu neraka yg lain...juga didapati sebutir batu dari batu2 dipadang Arafah dahulu yg menghalang. Maka para malaikat berkumpul lalu cuba mengalihkan batu tersebut tetapi tidak berdaya. sehinggalah ketujuh-tujuh pintu neraka juga terdapat batu yg menghalang.
akhirnya para malaikat membawa lelaki tersebut kehadapan Allah, maka Allah berfirman " Wahai hambaKu, engkau telah menjadikan batu-batu itu sebagai saksi, maka batu2 itu tidaklah mensia-siakan hakmu, dan bagaimana pula Aku akan mensia-siakan hakmu...? sedangkan Aku menyaksikan persaksianmu...?
"Masukkan lah dia kedalam syurga..." ketika dia sudah dekat dengan syurga ternyata pintu2 syurga terbuka luas dengan kunci : Laa ilaaha illallaahu Muhammadur Rasulullah.
- Pengusaha Kambing Golek, Kambing Perap, Ayam Golek & Katering - Pembekal makanan segar & sejuk beku - Pemilik Mazzkhan Food Industries
Khamis, 15 Januari 2009
Semut
Diceritakan bahawa :
Nabi Sulaiman a.s berkata kepada semut : "berapakah rezekimu dalam setahun...?"
Semut berkata " satu biji gandum"
Maka Nabi Sulaiman memsasukkan semut itu kedalam botol bersama sebiji gandum, lalu menutup botol itu. Maka genap setahun Nabi Sulaiman membuka botol tersebut, rupanya dalam waktu tersebut semut hanya memakan setengah biji gandum.
Nabi Sulaiman berkata "mengapa engkau tidak memakan yg setengahnya lagi..?"
Semut menjawab " kerana tawakkal saya kepada Allah saya memakan sebiji gandum kerana Dia Allah tidak pernah lupa kepada saya....tetapi ketika bertawakal kepadamu aku memakan setengah sahaja, jika kamu lupa kepadaku pada tahun ini..aku masih mempunyai sisa untuk tahun hadapan...."
Nabi Sulaiman tersenyum lantas bersujud dan bersyukur kepada Allah

kenapa ada syurga dan neraka...?
Suatu hari sedang nabi Musa duduk bersendirian, dia termenung...lalu ditegus oleh Allah s.w.t tentang apa yg dirunsingkanya (walhal Allah lebih mengetahui)....
berkata Musa a.s " wahai Allah...mengapa engkau ciptakan manusia, ada sebahagianya Engkau masukkan kedalam syurga dan sebahagian yg lain Engkau campakkan kedalam neraka..?"
lantas Allah berfirman " wahai Musa..pergilah engkau kesatu kawasan dan engkau usahakanlah satu ladang gandum...disana ada jawapanya..."
berangkatlah nabi Musa kekawasan yg dikatakan, maka mula lah dia mengusahakan ladang gandum itu berseorangan....dengan membuat benteng, saliran...mula menyemai...dan dengan segala susah payah selama beberapa bulan...tibalah musim untuk menuai.....maka dituailah oleh Musa a.s akan gandum2 tadi..dimasukkan kedalam guni....lalu jerami2 yg kering serta hampas yang tidak berguna dihimpun dan dibakar....
Allah berfirman kepada Musa..."wahai Musa...apa yg engkau lakukan? (walhal Allah lebih mengetahui)"
Jawab Musa a.s " aku telah jalankan sebagaimana perintahMu...aku usahakan ladang gandum ini dan hasil yg baik2 kutuai dan kuhimpunkan disatu tempat manakala segala yg rosak dan tidak berguna aku himpunkan lalu ku bakar sahaja...."
Allah berfirman " wahai Musa...begitulah keadaan yg Aku perbuat kepada manusia...."

kejayaan manusia.....
assalamu'alaikum teman2 semua......
kupanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah rahim dan rahmatNya..dan dengan kasih sayang serta hidayatNya kita masih diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t utk bertaubat dan mencari redhaNya....
teman2 ku sekelian....kejayan seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam a.s...sehinggalah ke hari kiamat, bukanlah terletak pada harta yg mereka miliki, bukan pangkat atau darjat, bukan keturunan, bukan paras rupa, bukannya besar kecil perniagaan, bukan ramai atau sedikitnya pengikut....tetapi kejayan manusia adalah bergantung sejauh mana mereka dapat taat perintah2 Allah dan amalan mereka mengikut sunnah yg ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w.
seandainya kejayaan manusia itu diukur bersandarkan harta yg mereka miliki...maka Qarun laknatullah lah manusia yg paling berjaya....sekiranya pangkat dan darjat yg menjadi ukuran, maka Firaun dan Hamman laknatullah lah yg paling berjaya.....
dan Allah yg maha pengasih telah membuat ketetapan bahawa hanya mereka2 yg taat perintah2 Allah dan mereka2 yg beramal dengan amalan kekasihNya Muhammad s.a.w sahajalah yg pasti akan berjaya....di dunia dan di akhirat.

Langgan:
Catatan (Atom)