Diceritakan bahawa ada seorang lelaki berdiri di padang arafah, sedang ditangannya terdapat 7 biji batu. Maka org lelaki itu berkata :
"hai batu-batu, bersaksilah bahawa saya bersyahadat 'Tidak ada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu Rasul Allah'..." lalu dia meletakkan batu-batu itu dihujung kepalanya lalu tidur...
didalam tidurnya dia bermimpi seolah2 telah datang kiamat dan setelah dihisab dia harus memasuki neraka. Maka para malaikat membawanya keneraka tetapi dipintu neraka itu terdapat sebutir batu dari batu2 dipadang Arafah dahulu yg menghalang....para malaikat berkumpul lalu cuba mengalihkan batu tersebut tetapi tidak berdaya. Kemudian lelaki tersebut di bawa ke pintu neraka yg lain...juga didapati sebutir batu dari batu2 dipadang Arafah dahulu yg menghalang. Maka para malaikat berkumpul lalu cuba mengalihkan batu tersebut tetapi tidak berdaya. sehinggalah ketujuh-tujuh pintu neraka juga terdapat batu yg menghalang.
akhirnya para malaikat membawa lelaki tersebut kehadapan Allah, maka Allah berfirman " Wahai hambaKu, engkau telah menjadikan batu-batu itu sebagai saksi, maka batu2 itu tidaklah mensia-siakan hakmu, dan bagaimana pula Aku akan mensia-siakan hakmu...? sedangkan Aku menyaksikan persaksianmu...?
"Masukkan lah dia kedalam syurga..." ketika dia sudah dekat dengan syurga ternyata pintu2 syurga terbuka luas dengan kunci : Laa ilaaha illallaahu Muhammadur Rasulullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan