Diberitakan di akhirat nnt seorang pendosa telah di hadapkan ke hadapan Allah s.w.t dan mempamirkan segala dosa2 yg telah dilakukan didunia dahulu….dia tertunduk malu sambil menyesali dan mengakui segala dosa-dosanya…lalu Allah memerintahkan dia di masukkan ke dalam neraka…..
Dengan langkah longlai..dia melangkah menuju ke neraka…selang beberapa ketika dia berhenti dan menoleh kebelakang sejenak….dan melangkah semula menuju ke neraka….
Tidak berapa lama kemudian dia berhenti dan menoleh semula ke belakang…sebelum melangkah kembali menuju ke neraka….apabila hampir2 sahaja sampai ke pintu neraka dia berhenti dan menoleh semula kebelakang…..
Lantas Allah memerintah kan para malaikat yg mengiringnya membawa dia semula ke hadapan Allah s.w.t…..apabila dihadapan Allah dia ditanya tentang kelakuannya tadi (walhal Allah lebih mengetahui…)
Dia pun berkata “ wahai tuhan yg Maha Agung…aku adalah seorang pendosa didunia dahulu…dan aku sgt2 malu bila dipamerkan segala dosa2 ku lalu aku tidak berani mengangkat mukaku (lantaran malu) dan aku mengakui segala dosa-dosaku….
Apabila engkau memerintah kan aku untuk masuk ke neraka…aku yakin tidak akan ada sesiapa lagi yg dapat menyelamatkan aku wahai Allah…..
Dalam perjalananku menuju neraka aku teringat akan ayat2 Mu yg mengatakan Engkau ini Maha Pengasih dan aku berharap2 agar Engkau mengasihani akan aku..lalu aku berhenti dan berpaling ke belakang…..
Bila aku meneruskan kembali perjalananku aku teringat pula akan ayat2 Mu ditempat yg lain yg mengatakan Engkau ini Maha Pengampun…aku berhenti dan berpaling kebelakang dengan harapan Engkau mengampuni aku….
Bila hampir2 sahaja ke pintu neraka aku berasa sangat takut….sedih dan hampir2 sahaja aku berputus asa…..tetapi aku teringat pula akan ayat2 Mu yg mengatakan : “..dan jangalah kamu sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah…” lalu aku berpaling semula dengan mengharapkan rahmatMu…..
Lantas Allah berfirman…. “ wahai hambaKu…benarlah apa yg engkau perkatakan tadi…Akulah Allah tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Pengampun…dan janganlah kamu sekali-kali berputus asa dari RahmatKu….”
“Masuklah kamu kesyurga dengan RahmatKu..”
Lalu Allah memerintah kan para malaikat2 membawa dia masuk ke dalam syurga…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan