Jumaat, 2 Januari 2015

KISAH SEORANG HAMBA YANG 'NAMMAM'

KISAH SEORANG HAMBA YANG 'NAMMAM'

Hammad bin Salamah berkata: Pada zaman dahulu ,ada seorang yang ingin menjual seorang hamba, dibawanya ke pasar untuk dijual, datang seorang pembeli lalu berkata penjual: "Hamba ini tidak ada cirinya kecuali ‘namimah/Nammam" yakni suka menyebar khabar angin (suka bergosip)”.

Namun ianya dianggap ringan oleh pembeli dan tetap dibelinya, dan setelah beberapa hari ditempat majikannya, tiba-tiba hamba itu memulakan gosip yang tidak berasas,dia berkata kepada isteri majikannya: "Suamimu sudah tidak cinta kepadamu lagi dan dia akan berkahwin lagi, apakah kau ingin supaya ia tetap kasih kepadamu?"
Jawab isteri itu: "Ya."

Hamba "Lalu kalau begitu malam ini kamu ambil pisau cukur dan cukur janggut suamimu yang bahagian dalam (dileher) ketika suamimu sedang tidur, saya akan bawakan janggut itu kepada bomoh supaya suamimu mencintaimu sepenuh hatinya” ."
Kemudian dia pergi pula kepada majikannya (suami) dan berkata kepadanya: "Isterimu bermain dengan lelaki lain dan ia merencanakan untuk membunuhmu, jika kamu ingin mengetahui buktinya maka cuba berpura-pura tidur malam ini."

Maka si suami berpura-pura tidur dan malam itu datang isterinya membawa pisau cukur untuk mencukur janngut suaminya, suaminya menyangka benar apa yang dikatakan hamba tersebut bahwa isterinya akan membunuhnya sehingga dia bangun merebut pisau itu dari tangan isterinya lalu membunuhnya.

Oleh kerana kejadian itu maka datang keluarga dari pihak isterinya dan langsung membunuh suami itu sehingga terjadi perang antara keluarga dan suku kaum suami dengan keluarga dan suku kaum isteri.

Segalanya berpunca dari khabar angin kemudian terjadinya peperangan besar antara suku kaum. Inilah kesan negatif yang besar yang diakibatkan tabiat suka bergosip dan menyebarkan berita khabar angin. Ulama mengatakan bahawa fitnah itu sesuatu yang tidur maka terkutuklah keatas siapa yang mengejutkannya sehingga ramai yang terjaga yakni mengetahuinya.

Sabda Nabi saw “ Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia bercakap yang baik atau diam “.

Sabda Nabi lagi “ Barangsiapa yang banyak diam, akan selamat “.

 “Tidak memasuki syurga an-Nammam/al-Qattat iaitu orang yang suka bergosip dan menyebar khabar angin”.

(Tanbihul Ghafilin)