Jumaat, 10 Mei 2013

Penyakit Arnab : Rawatan & Pencegahan

Salam 1Malaysia

" Orang yang baik adalah orang yang banyak memberikan manafaat kepada orang lain..."

Kali ni aku nak share sikit lah bagaimana nak handle situasi jika arnab2 anda mengalami simptom2 yg aneh, pelik dan jelek... sharing is caring

KURAP :
Ini yang paling biasa berlaku pada haiwan yang berbulu. Memang x dapat nak elak...jagalah mcm manapon sangkar & persekitaran tu tetap akan kene jugak....

TANDA AWAL :
Ada perubahan bau yg agak berbeza dari biasa.
Ada mcm bijik2 pasir halus dalam bhg dalam telinga
Celah2 kuku kemerah-merahan dan berkerak
Arnab sering mengitai2 kaki dan mengusap2 hidung kerana gatal
Hidung berkerak putih
Hilang selera makan

KESAN :
Boleh mengakibatkan kematian jika lambat di rawat
Boleh berjangkit kepada manusia dan haiwan lain

SEBAB UTAMA :
Persekitaran yang panas dan lembab, berdebu
Sangkar & persekitaran yang kotor
Jangkitan dr arnab atau haiwan lain yg berpenyakit

CARA MENGATASI :
Sentiasa pastikan persekitaran sangkar dan bangsal sentiasa bersih dan tidak berbau.
Elakkan dari najis dan kencing bertakung kerana akan mengundang bakteria.
Kurangkan penggunaan kayu dalam membuat sangkar. Kayu mudah membiakkan bakteria dan hama.
Sangkar hendaklah di layur/ bakar bagi mematikan kuman dan hama yg bersarang dan membiak pada bulu2 yang tersangkut di jaring sangkar.
Pastikan arnab/haiwan luar yang di bawa masuk adalah bebas penyakit.
Jika sakit terlalu teruk, berikan rawatan dan asingkan jauh dari sangkar lain/utama

KAEDAH RAWATAN
Berikan suntikan kurap pada kadar 0.1 ml atau kurang bagi berat sehingga 5 kg.
Bagi anak2 yang masih kecil boleh gunakan ubat kurap jenis oral
Mitos mengatakan boleh sapu je dgn minyak gamat, minyak itam, minyak angin, minyak dagu minyak wangi dan sebagainya hanyalah bg tujuan menghalang pembiakan tetapi tidak mematikan hama tersebut.
Jenis ubat kurap yang biasa di gunakan ialah : DORAMACTIN & KELAMACTIN


SORE HOCK :
Ni pon biasa terjadik pada arnab...terutamanya arnab jenis Rex.....aku rasa ni mungkin disebabkan jaring sangkar yang digunakan...lagipon kaki arnab kan x de tapak mcm kucing..dah la arnab ni plak jenis suka hentak2 kaki...haaaa lagi la cepat kene sore hock...


TANDA AWAL :
Bahagian bawah tapak kaki terutamanya kaki belakang akan ada luka2 kecil dan bernanah.Jika tidak diberi rawatan awal akan merebak sehingga ke seluruh tapak kaki. Arnab akan merasa tidak selesa utk berdiri dan berjalan. Akan menyumbang kepada stress.

KESAN :
Ini bukanlah sejenis penyakit dan ia tidak berjangkit...so tak yah la risau yea adik2..hihihihih

SEBAB UTAMA :
Jaring sangkar yang halus dan tajam atau berkarat. Perpeluhan dari tapak kaki ini akan menghasilkan tindak balas kimia. Arnab yang selalu menghentak-hentak kaki juga amat mudah terdedah kepada bahaya sore hock...achheeewahhh...

CARA MENGATASI :
Lapik sangkar dengan pelapik plastik. Boleh di beli di mana2 kedai pet berhampiran, atau hubungi saya di talian 012-7123559 untuk maklumat lanjut. hihihih

KAEDAH RAWATAN :
Sapu minyak boleh...spry dgn ubat luka boleh...guna minyak gamat pon boleh...



SELESEMA :
Ni kes berat nih....sian arnab tu...tgk, sampai kuning2 hingus dia...hihihi
Ni biasa berlaku bila cuaca terlalu panas...sebenarnya bukan selesema tetapi hidung berair kerana terlalu panas....ni pon boleh membawa maut jika lambat di rawat





TANDA AWAL :
Arnab mula bergetar tanpa henti...mula2 getar kat telinga je sikit...pas tu getar makin kuat..makin lama makin kuat sampai satu badan ikut bergetar....dikenali sbg "heat stroke"....tu sebenarnya dia nak release haba dlm badan...bila dh terlalu panas, dan haba tak boleh dikeluarkan lagi, mula la hidung berair....kadang2 najis juga menjadi berlendir tetapi bukan cirit.

KESAN :
Kesanya arnab jadik murung...stress...kurang makan....x aktif , mati dll....

SEBAB UTAMA :
Suhu persekitaran terlalu panas atau arnab terdedah kepada suhu yang melampau...contohnye malam sejuk gila...siang plak panas berdentung....atau arnab terdedah kepada sinaran matahari secara langsung...

CARA MENGATASI :
Kawal suhu persekitaran supaya sentiasa stabil. Letakkan sangkar arnab anda di tempat yg teduh seperti underneath pokok kelapak atau di kawasan berbumbung/bangsal.
Elakkan dari terkena terik matahari secara langsung
Elakkan dari terkena hujan

KAEDAH RAWATAN :
Sebagai langkah awal, bagi arnab2 anda daun2 hijau bg merendahkan suhu badan secara semulajadi. Kurangkan pellet.
Ulam2 seperti pegaga, kacang botol dan ulam raja juga boleh diberi
Letakkan bekas berisi air didalam sangkar bg menurunkan suhu sangkar.
Air minuman juga boleh dicampur dengan sedikit garam kasar.

STRESS @ KEMURUNGAN :
Arnab ni jenis haiwan yang manja dan suka kepada suasana yang tenteram. Terdedah kepada bunyi bising dan gangguan manusia atau makhluk asing menyebabkan depa stress ...




TANDA AWAL :
Hilang selera makan
Tidak aktif
Hilang nafsu mengawan ( kes berat nih )

KESAN :
Boleh membawa maut...

SEBAB UTAMA :
Gangguan, bunyi bising, perubahan cuaca, perubahan persekitaran, perubahan makanan dan corak pemakanan, tiada pasangan utk mengawan ( jiwa kacau ), sakit dalaman dll

CARA MENGATASI :
Pastikan persekitaran arnab anda selesa...dah tu je...hahaha

KAEDAH RAWATAN :
Bagi anti stress la apa lagi

 CIRIT BIRIT :
Ini adalah punca kematian sebahagian besar arnab. sangat cepat membunuh...pagi kene kdg2 x sampai petang dah kiok...




TANDA AWAL :
Hilang selera makan
Tidak aktif
Stress
Najis menjadi cair, berwarna gelap dan berbau busuk

KESAN :
Boleh membawa maut

SEBAB UTAMA :
Perubahan / pertukaran mendadak Makanan & Minuman
Pellet sudah berkulat atau lama/expired
Air minuman kurang bersih atau kadar klorin terlalu tinggi

CARA MENGATASI :
Elakkan dr memberi sayur2an yang berair seperti kobis dan sawi
Elakkan dr memberi sayuran yg bergetah seperti kangkung atau pucuk ubi
Elakkan dr memberi sayuran yang di beli di pasar2 kerana dikhuatiri mengandungi kadar racun serangga yang tinggi

KAEDAH RAWATAN :
Cuci bahagian punggung yg kotor dengan air bersih.
Lap sehingga kering
Berikan ubat cirit denga segera
Letakkan disangkar yang berasingan
Elakkan dr memberi pellet buat sementara waktu
Ganti makanan dengan timoty hay atau rumput2 biasa.
Daun jambu batu dan daun pisang juga boleh membantu.



Begitulah serba sedikit cara Rawatan & Pencegahan Arnab anda....selamat beramal

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

73 ulasan:

  1. salam tuan.. saya nak tanya.. ada jual ubat ke?

    BalasPadam
  2. apa-apa pon ada jual...jgnkan ubat....you name it, u got it....

    BalasPadam
  3. nak tanye, jual tak sikat untuk arnab? dah cari di kedai x jumpe..jupe untuk kucing/anjing je..agak2 sesuai tak? n nak tanye, if x beli partner x boleh ke ? sbb rumah kedai, ada penyewa, inconvinient skit sbb nnti mestilah beranak pinak kan..xpe ke kalau jual anak tu? umur berape baru boleh jual?

    BalasPadam
  4. sikat untuk arnab dgn kucing/anjing adalah serupa...dua2 boleh guna

    BalasPadam
  5. Nak taye kalau saya gunakan pasir kucing untuk litter train arnab saya boleh ke.bahaya x?..

    BalasPadam
  6. boleh jugak nak guna pasir tu...tp kalau guna habuk kayu lagi baik rasanya...

    BalasPadam
  7. Salam..bleh tk arnab2 dduk dlm stu sangkr.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau umur kurang dr 3 bulan masih lagi boleh duduk sama ( kongsi sangkar ) tapi bila dh lebih 3 bulan, seeloknya diasingkan ( satu sangkar utk satu ekor arnab sahaja )

      Padam
  8. Assalam. Boleh tak beri arnab makan brewer yeast

    BalasPadam
  9. Salam.. saya nk tnya. Arnab sy luka dibhgian dagu & kaki. Sy bwk ke klinik haiwan die bg iodin je. Sy sapu xbaik2 pn. Skrg dh merebak ke seluruh muka & kedua2 kaki dpn. Bulu2 die pn dh xde. Tinggl tulang je. Mcmane nk buat ek? Die akn sembuh kex?

    BalasPadam
  10. wsalam....rasanya itu bukan luka tetapi mungkin penyakit kurap dan juga sore hock....penyakit kurap boleh di pastikan dengan melihat pada bhg2 tertentu seperti di celah2 jari, hidung dan bahagian dalam telinga ( ia seperti berdebu dan berbintik2 halus seperti pasir ) . Jika kita memegang arnab yg berkurap ini, tangan kita juga akan turut berasa gatal untuk satu tempoh tertentu...

    Ubat kurap yg biasa di gunakan ialah detomax, bexton, kalamectin dll....boleh search di internet...sementara sore hock ialah luka seperti kudis di tapak kaki arnab....jika ini berlaku, lapik sangkar dengan sesuatu yg lembut dan sejuk ( seperti lastic flooring atau buluh ) . Rawatan Luka :

    Hydrogen Peroxide
    Iodine spray
    Herbanex
    Negasunt Powder
    Stockholm Tar

    BalasPadam
  11. Salam tuan/puan info yang diberikan mengenai arnab memang sangat-sangat membantu saya yang mengalami masalah arnab yang berkurap. terima kasih En. Muhamad. minta celah sikit sesiapa yang ingin membuat pinjaman peribadi sila ke berkunjung ke blog saya www.pinjaman-peribadi-ukhwah.blogspot.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman sahaja....

      Padam
  12. Arnab sy xbermaya skg ni. Die mengeletar dan keluar suara. Bila angkat die mendongang n mengeletar.
    Mlm td sy bagi mkn tembikai ganti air. Xsure tu ke puncanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun xpasti adakah tembikai itu puncanya....menggeletar biasanya dikaitkan dengan tindak balas semulajadi arnab untuk membebaskan haba berebihan dari dalam tubuhnya....jika menggeletar disusuli dengan hidung yg berair bermakna arnab sedang mengalami masalah "heat stress" yg kadang2 mengakibatkan najisnya menjadi cair berlendir ( tetapi bukan cirit birit ) berwarna kekuningan atau jernih....
      cara mengatasi : letakkan arnab dikawasan yg teduh dan redup, berikan minuman yg mengandungi mineral ( air bercampur sedikit garam kasar juga boleh digunakan ), kurangkan pellet dan makanan yg mengandungi protien yg tinggi seperti alfalfa dll....lebihkan mknn yg mengandungi serat tinggi seperti timothy ( daun pisang juga boleh digunakan sbg pengganti - darurat )

      Padam
  13. Arnab sy sakit tak nk mkn dan di bawah dagunya basah2 berair dan dia hanya minum air je

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tuan periksa giginya.adakah normal atau terlajak panjang.

      Padam
  14. Salam tolong jwb pertanyaan sy. Hmm arnab sy murung je da tak macam dulu. Lepas tu saya tak tahu kenapa mulut dia mcm mengeluarkan air dan menyebabkan muka tangan dan badannya basah dan melekit. Saya tak tahu nak buat apa dah. Makan pun dah kurang. Please jawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam...cuba berikan air yg dicampur dengan sedikit garam kasar atau minuman yg dicampur dgn EM...berikan juga daun2 hijau seperti napier, pucuk petai belalang muda atau daun pisang yg telah dilayurkan....arnab anda mungkin mengalami sindrom heat stress....pastikan sistem pengudaraan baik dan arnab tidak terdedah langsung kepada matahari....boleh juga berikan sedikit antibiotik

      Padam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Asslmualaikum. Terima kasih ats info yg diberikan. Sy nak tnya, arnab sy jenis mix angora, jantan. Kalau tak cari kan pasangan utk dia, takpa tak? Ada ke kes arnab mati sbb takda psgan? TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam....jika berpasangan itu adalah lebih afdhal...hihi..kes mati sbb xde pasangan tu hanyalah mitos....belum ada satu kajian secara saintifik yang mengaitkan kematian arnab secara langsung dengan kehidupan solo... :p

      Padam
  17. salam...
    sy br first time nk mbela arnab..,t'amat kurang pgetahuan..
    sy nk tanya, blh kah arnab dmandikn selalu..., terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam....arnab x perlu dimandikan sebenarnya kecuali jika terlalu kotor seperti terjatuh longkang atau sebagainya....mandikan dengan air yg agak suam kerana arnab walaupun binatang berbulu, tetapi agak sensitif dengan keadaab sejuk.....gunakan syampoo khusus untuk arnab ( jika terlajak rajin, gosokkan lah giginya sekali..hihihi <---- gurau )

      Padam
  18. salam..
    sy nk tanya,blh kah arnab selalu dmandikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam...japawan seperti diatas

      arnab juga boleh dibersihkan tanpa perlu memandikannya....sila guna dry syampoo khusus utuk arnab dari jenis yg tak pedihkan mata ;)

      Padam
  19. Assalam.. Sy nk tnye knpe lpas sy mndikn arnb sy kpale die tetibe trus jdi teleng..Kwan2 die yg lain tkde plak jdi camtu.. knape ea ? Tlong jawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam....wahhh ni kira kes terpencil...mungkin suhu air mandian terlampau sejuk sehingga mengecutkan otot2 lehernya ( sekadar teori saya )

      Padam
  20. Salam arnab sy semput2 mcm ada kahak ke ape tak tau la..sy tak tau nk wtpe ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam....maksud puan nafas arnab puan tersangkut2 dan berbunyi kuat atau bagaimana...? jika jawapan puan 'iya' arnab puan mungkin mengalami masalah paru2 dan kemungkinan terkena jangkitan....adakah trdapat lendiran pekat dr hidung nya ? jika 'iya' rawatan awalnya adalah membersihkan kawasan sekitar hidung dan mulutnya, bersihkan kawasan sangkar dr kotoran terutama debu dan bulu2...berikan antibiotik samada secara oral atau suntikan ( oral lebih afdhal) dan pastikan arnab puan tidak terdedah kepada cuaca panas/sejuk melampau

      Padam
  21. Balasan
    1. maaf sy tak ingat berapa harga ubat tu....ada beberapa jenis samada berupa campuran herb atau biasa....mungkin harganya sekitar rm40-rm150 sebotol dan boleh didapati di pet2 shop berhampiran

      Padam
  22. Balasan
    1. anggaran dalam 70-120 ringgit setin..bergantung pada jenama dan kedai yang menjual

      Padam
  23. assalamulaikum... boleh sy nk tnyakan bagaimana merawat atau menjaga arnab yang tempang??? dua2 arnab sy tempang sejak lahir (dimaklumkan oleh pemilik asal).. sangat jinak dan aktif jika dilepaskn di tanah... tuan asal bgtau tak penah lepaskan sblm nie.. tp sy lepaskan... mcm seronok pulak dia.. cuma sy nk thu bagaimna menjaga mereka... sebab kedua-dua kaki belakang tidak dapat digunakan.. isau jugak dilepaskan takut dapat penyakit sbb dia jalan dgn dua kaki di hadapan sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam..maksud tempang ia semula jadi cacat atau patah...jika patah, ia akan menyakitkan arnab tersebut..elok di sembelih sahaja...jika semulajadi cacat, memang x dapat di perbetulkan lagi...dan x perlu dibiakkan kerana dikhuatiri keturunannya juga akan mendapat kecacatan yang sama...

      Padam
  24. Assalamualaikum.. Sya nak tanye, kenape badan arnab sya bergegar dan telinga dia panas.. Tlg lah jwb ye, sya dan tanye kat banyak blog. Tapi, takde satu pun yang jwb.. Harap2 ade lah yang jawab kat sini.. Tolong ye, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. badan bergetar secara asasnya menunjukkan arnab tersebut sedang mengeluarkan haba berlebihan yang terkandung dalam badannya...semakin kuat getarannya bermakna haba terlalu banyak dalam badan arnab tersebut dan dia berusaha untuk mengeluarkannya secara getaran. Jika sampai kesatu tahap haba terlalu berlebihan akan menyebabkan hidung arnab berair dan lebih teruk lagi akan berhingus pekat dan berwarna kekuningan atau kehijauan. Pada tahap ini, paru-paru arnab tersebut dikhuatiri sudah dijangkiti bakteria yang akan mengakibatkan ia kurang selera makan dan boleh membawa maut.

      Cara terbaik adalah, elakkan arnab tersebut dari terkena pancaran matahari secara langsung....letakkan ditempat yang selesa, sistem pengudaraan yg baik, minuman air yg bersih dan jika perlu di campur sedikit mineral..kurangkan pemberian pelet pada waktu siang, sebaliknya berikan daun2 dan rumput2 hijau seperti napier, rumput israel dll....

      WallahuAlam...

      Padam
  25. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  26. badan bergetar secara asasnya menunjukkan arnab tersebut sedang mengeluarkan haba berlebihan yang terkandung dalam badannya...semakin kuat getarannya bermakna haba terlalu banyak dalam badan arnab tersebut dan dia berusaha untuk mengeluarkannya secara getaran. Jika sampai kesatu tahap haba terlalu berlebihan akan menyebabkan hidung arnab berair dan lebih teruk lagi akan berhingus pekat dan berwarna kekuningan atau kehijauan. Pada tahap ini, paru-paru arnab tersebut dikhuatiri sudah dijangkiti bakteria yang akan mengakibatkan ia kurang selera makan dan boleh membawa maut.

    Cara terbaik adalah, elakkan arnab tersebut dari terkena pancaran matahari secara langsung....letakkan ditempat yang selesa, sistem pengudaraan yg baik, minuman air yg bersih dan jika perlu di campur sedikit mineral..kurangkan pemberian pelet pada waktu siang, sebaliknya berikan daun2 dan rumput2 hijau seperti napier, rumput israel dll....

    WallahuAlam...

    BalasPadam
  27. Arnab suke duduk dalam gelap ke cerah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biarkan secara semulajadi....jika malam, biarkan gelap..jika siang biarkan cerah...

      Padam
  28. Salam... Boleh tak sesiapa bagi senarai makanan arnab

    BalasPadam
  29. Salam,sebenarnya saya ada beli arnab,baru beli tapi entah tiba2 keesokannya dia mati dan saya tak tahu pun apa puncanya..saya cuma perasan sehari sebelum itu dia asyik minum air,makan pun sikit tapi dia bergerak aktif...

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah saya nak jawab pertanyaan ni...info tak lengkap...

      Padam
  30. Aslm , sye nk tnya ..knpa ya arnab sye ? Bila sye angkt , kepala dia mndongak ke ats dan tlinge mngeletar..? Lps tu najisnya brlendir( brbau busuk) ..mkn pun dah kurang dan arnab tu kurang aktif ...
    Tlg jwbkan...-Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam...angkat mcm mana maksudnya tu yea...? biasanya kalau arnab kurang aktif atau tidak memberi respon bila kita berhampirannya menunjukkan arnab tersebut bermasalah...mungkin stress atau ada sakit....najis cair dan berbau busuk menandakan arnab terkena cirit birit...mungkin berpunca dr makanan atau minuman yang tidak sesuai....getaran arnab adalah sebagai satu kaedah mengeluarkan haba berlebihan dari badan arnab tersebut.

      Padam
  31. salam...nk tanya kenapa sangkar arnab saya selalu bersemut dan semut menggigit arnab saya...saya risau keadaan dia..sedangkn xde sisa mknan yg mngundang semut dtg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bersihkan persekitaran sangkar/ kandang...kadang2 urine dr arnab juga boleh mengundang semut....jika sangkar mempunyai tapak/kaki...boleh sapukan minyak pada kaki tersebut bg mengelakan semut naik....wallahu'alam

      Padam
  32. salam...nk tanya kenapa sangkar arnab saya selalu bersemut dan semut menggigit arnab saya...saya risau keadaan dia..sedangkn xde sisa mknan yg mngundang semut dtg.

    BalasPadam
  33. salam. nak tanya saya baru beli arnab saya, mula2 saya bagi makan kangkung ngan pallet ok je lepas tu dalam mggu kedua ia dah kurang aktif dan kurang selera makan, saya tuka sayur lain macam bayam, kacang buncis, sampai saya tak tahu nak bagi makan apa sebab ia masih tak selera makan, makan pallet pun kurang, kencing bau busuk sgt dan najis makin kecil bulatannya, kenapa ye,

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam. Arnab merupakan haiwan yang sangat sensitif kepada perubahan makanan. Secara semulajadinya, ia akan memakan semua apa yang berada dihadapan matanya tetapi akan mula memilih yang tersedap sahaja. Biasanya sayuran segar dan hijauan seperti rumput merupakan kegemaran arnab kerana sifatnya yang suka mengunyah, walaubagaimanapun perlulah dipastikan bahawa sayuran tersebut bebas dari sebarang racun serangga, bukan sayuran berair seperti kobis dan bukan jenis bergetah seperti kangkung. Kencing dan najis berbau busuk serta kurang selera makan merupakan tanda-tanda awal arnab mempunyai masalah pada sistem penghadamannya. Berhenti memberikan pelet, sebaliknya berikan hay ( rumput kering seperti timothy ) dan gunakan air minuman bebas klorin dan dicampur sedikit cuka epal. Jika sakit berterusan, sila dapatkan nasihat doktor...hihihihiiiii

      Padam
  34. Aslm.. Nk tnye, bleh x arnab mkn makanan hamster?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, saya tak pernah bela hamster, jadi sy tak tahu apa makanan hamster... :)

      Padam
  35. Assalamualaikum. Tumpang tnya, arnab sy tukar mkanan. Sbb mknan lamanya byk pewarna, sy tukar ke ffm. Tp dia tak mahu. Cuba campur, dia pilih2 yg lama juga. Cuba style perap lama dgn baru supaya lekat bau pun xjd. Ape ptut sy buat. Lepas tu, arnab sy ni dh xberapa active mcm takut2. Kenapa ye? Sorry byk tnya. Hehe. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam...
      Banyak petua dan fatwa dari pembela/penternak arnab sebenarnya....ada yang terus tukar, ada yang mencampuran dengan nisbah tertentu untuk beberapa hari tertentu dan lain-lain...
      Sebelum menukar makanan mereka, pastikan ada TIMOTHY HAY...iya timothy hay...gunanya adalah untuk melancarkan penghadaman arnab tersebut kerana kandungan fibre yang tinggi didalam hay tersebut. Semasa proses pertukaran makanan tersebut, sentiasalah memberi arnab anda timothy hay bersama....berikan seminima mungkin dedak ( pelet ) semasa proses pertukaran ini untuk beberapa hari ( kurang dari 50 gram dedak sehari ) sebaliknya berikan timothy hay tanpa had. JIka arnab sihat dan makan seperti biasa, boleh tambahkan penggunaan dedak kesukatan yang biasa ( 100-150 gms sehari ) secara beransur-ansur dan jarakkan penggunaan hay ( selang sehari/dua hari/seminggu sekali )...tetapi jika arnab mengalami perubahan emosi ( kemurungan & tidak cergas ) sila periksa najis dan kencing nya ( berbau busuk menunjukkan ada masalah penghadaman ) - sila rujuk post saya sebelum ini....terima kasih kerana bertanya.

      Padam
  36. Salam,apakah kesan kuku arnab y dah patah. Ianya patah dengan sndiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesannya minima kerana arnab bukan haiwan yang memburu menggunakan kukunya...ia akan tumbuh alik cuma akan mengambil masa yg agak lama....

      Padam
  37. Assalamualaikum nakbtanya.. mcm mana nak hilangkan teleng arnab... N masalah hidung berair yang yang tertalu byakk... menyebabkn muka dye comot.. nak mndi kn dye selalu xxboleh..dye skerg makn byak... N x bape sgt aktif... Badan besar... So macm mana nanak nampak dye lebihh cergas n hilang kan selsema dyr??

    BalasPadam
  38. Selsema dye x pekat just... Berair yang terlalu byk ..

    BalasPadam
  39. salam tuan,
    Bagi saya dan rakan yang berminat untuk membuka secara komercil kecil, dimana kami boleh meraih ilmu dan juga melawat rabbit farm ?


    amano@videothatsells.com

    BalasPadam
  40. Tuan, saya ingin bertanya..arnab sy telah melahirkan 8ekor ank & skrg bru berusia 3minggu.. Anak2 arnab sgt aktif & slalu keluar dri sangkar.mereka sering masuk dlm bilik air utk minum wlpun dh disediakan air minuman di dlam sangkar.. Masalah skrg... Muka ank2 arnab tu smua dh comot.. Mcm mana cara nk bersihkan..mak arnab ada jilat muka ank2 dia tp xbersih2 pun.. Ada sekor tu mcm tercungap2..risau juga berjangkit pd yg lain... Mohon tuan beri pencerahan... Sy dh baca apa yg tuan tulis tp xdpt dipastilan samaada ank sy sakit @ x

    BalasPadam
  41. Dipastikan samaada ank arnab sy sakit @ x... Typo.. 😅

    BalasPadam
  42. Salam tuan...ada tak ubat yg bisa meredakan sakit kaki pada arnab.arnab sy tiba" je tak leh jalan.kaki sebelah kiri macam lembik tak le gerak

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum tuan,arnab saya tangannya tercabut sebelah akibat digigit kucing.apanrawatan yang patut saya lakukan,dikawasan perumahan saya tiada klink haiwan.tolong jawab ya tuan

    BalasPadam
  44. Hi arnab saya pun tiba-tiba tak nak jalan,kaki kanan nampak lembik.

    BalasPadam
  45. Saya nak tanya kenapa bwh dekat bontot arnab tu ade dua ketul besar warna merah? Tu penyakit ke ???

    BalasPadam
  46. Hi. Nak tanya. Kenapa kaki belakag Arnab sy tak boleh gerak? Semalam okey. Tetiba je Saya tengok pagi tadi dia duduk macam pelik. Sy pom ambil dia pom tak boleh jalan. Cuma kaki depan je yg gerak sikit². Apa patut Saya buat ? 😭😔

    BalasPadam
  47. Assalammualaikum.saya nk tya kenapa arnab saya semnjak dua menjak nie perangai pelik ..suka hentak kaki belangkang dh 3 bln sye jaga sebelum nie xde plak hentak kaki

    BalasPadam
  48. Assalamu alaikum, banyak info yg saya dpt dari masalah arnab, seekor anak arnab saya telah di makan oleh ibunya pd sebelah tepi pipi mulut kanan Dan kiri anak arnab, kasihan lh melihat nya, dalam dua hari ini, anak saya bawa tidur, dia bagi susu kambing setiap 3 jam, so ada kh ubat utk anak arnab ni? Sama ada ubat berbentuk air atau suntikan atau cream.? Ulasan boleh jua di share melalui email saya ahmad4983@yahoo.com

    BalasPadam