Ahad, 12 Mei 2013

DAGING ARNAB BBQ

Salam 1Malaysia

"Kegagalan adalah apabila kita berhenti berusaha"

Dah lama bela arnab, kini tibalah masanya utk kita makan arnab tu pulak....hihihih



RESEPI DAGING ARNAB BBQ style omputih (hehehe)
Masa memasak: 40-50 minit
Hidangan 5-6 orang
Bahan-bahan:

2 ekor daging arnab- dipotong ikut selera masing-masing ( aku suka potong 5 je )
1 cawan minyak masak
1/4 cawan cuka 
1/4 cawan madu
4 sudu makan sos barbeku
5 sudu makan sos tomato 
15 biji bawang merah - dikisar (untuk kasi naik bau dier)
10 ulas bawang putih - dikisar
1/4 sudu black pepper
Jus daripada 1/2 lemon
Lemon - diparut kulitnya
Gula & garam secukup rasa.

Cara-cara memasak:

Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali daging arnab dan tuangkan di atas kuali yg sederhana panas.Kacau kasi sebati dan reneh secara api perlahan selama 20 minit.Kacau secara kerap.Letakkan daging arnab yg dh dipotong  atas gril yg separa panas,dan sapukan/ratakan/salutkan daging arnab tu dgn sos yg dh dibuat sebelum ni setiap 5-7 minit sampai sos tu habis dan jgn lupa balik-balikkan daging tu.kalau x hangus laaa..Rasanya dlm 40-45 minit dh masak la arnab tu...

Kesimpulannya,kesedapan daging arnab bbq ni bergantung pada ketereran tkg masak membuat SOS tersebut...

Sekian,selamat beramal..!

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

PLAYPEN - TAMAN MINI

Salam 1Malaysia

Ni ada satu lagi ceq nak habaq kat hangpa semua....amboii...ckp utagha plak naaa...hehehee


PLAYPEN!!!
 Dalam bahasa mudahnya di panggil Taman Mini....tempat haiwan peliharaan bermain...boleh digunakan indoor dan outdoor jugak.....mudah dibawa kesana kemari...di bawa ke taman2 bunga...di bawa ke tepi pantai...di bawa ke shopping mall...ke office...atau boleh dijadikan sebagai sumbangan ke tadika-tadika di seluruh Malaysia khususnya dan Asia amnya....Sapa2 yg niaga kat expo2 atau uptown, downtown boleh gunakan ni sbg daya tarikan ke booth anda....
 Kalau nak kreatif lagi...bawah tu boleh alaskan dengan karpet...letak pasu2 bunga keliling tu..letak air terjun...pagar tu dihiasi dengan pokok2 yang melilit...perghhh...dh mcm hutan hujan tropika semulajadi versi Smurf Garden....
 Kalau arnab New Zealand White boleh muat 20 ekor...arnab2 lain kompem2 muat..bukan setakat arnab....ayam, itik, angsa, kucing,kambing, kura2 semua boleh masuk dlm nie...kira multipurpose playpen lah nie....nak masuk kan anak sendiri dalam nie pon boleh..tp x berapa di galakkan lah..hahah...


Ada banyak stok...don't be shy shy...sebarang pertanyaan tinggal je mesej kat bawah ni....

Saiz setiap keping 4 kaki lebar dan 2.5 kaki tinggi
Harga sekeping RM39.90
Warna : Hitam
Penghantaran : Boleh diuruskan (bayar kos minyak dgn tol je sikit)
Free Gift : Boleh dipertimbangkan....

012-7123559 - Azhan
Lokasi : BB Bangi




MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA