"Kegagalan adalah apabila kita berhenti berusaha"
Dah lama bela arnab, kini tibalah masanya utk kita makan arnab tu pulak....hihihih
RESEPI DAGING ARNAB BBQ style omputih
(hehehe)
Masa memasak: 40-50 minit
Hidangan 5-6 orang
Bahan-bahan:
2 ekor daging arnab- dipotong ikut selera masing-masing ( aku suka potong 5 je )
1 cawan minyak masak
1/4 cawan cuka
1/4 cawan madu
4 sudu makan sos barbeku
5 sudu makan sos tomato
15 biji bawang merah - dikisar (untuk kasi naik bau dier)
10 ulas bawang putih - dikisar
1/4 sudu black pepper
Jus daripada 1/2 lemon
Lemon - diparut kulitnya
Gula & garam secukup rasa.
Cara-cara memasak:
Cara-cara memasak:
Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali daging arnab dan tuangkan di atas
kuali yg sederhana panas.Kacau kasi sebati dan reneh secara api perlahan selama
20 minit.Kacau secara kerap.Letakkan daging arnab yg dh dipotong atas gril yg separa
panas,dan sapukan/ratakan/salutkan daging arnab tu dgn sos yg dh dibuat sebelum
ni setiap 5-7 minit sampai sos tu habis dan jgn lupa balik-balikkan daging
tu.kalau x hangus laaa..Rasanya dlm 40-45 minit dh masak la arnab
tu...
Kesimpulannya,kesedapan daging arnab bbq ni bergantung pada ketereran tkg masak membuat SOS tersebut...
Sekian,selamat beramal..!
MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan