Ahad, 1 Disember 2013

Susu Kambing Asli - Sejarah, Keajaiban dan Hadis-hadis Mengenainya.

Susu Kambing Asli

Satu Botol : 250 ml
Harga : RM 5.00 / botol
Pengedar & Pemborong dialu-alukan ( diskaun 30% bagi belian 20 botol keatas )
Hubungi : 012-7123559 Azhan   012-2184208  Harris
Facebook : MaidahFarm SdnBhd

Sejarah susu kambing dalam Islam

NABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.

NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam. 

NABI ISA
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith) 

PERISTIWA ISRA' MIKRAJ
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak , Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing kerana sesuai dengan fitrah manusia.(minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu).


Koleksi Hadis mengenai susu kambing/kambing



1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud "Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

3. Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan".

4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).

5.  Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].

6.  Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.

7. Abu Hurairah telah berkata, "Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]

8. Abu Hurairah berkata, "Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu."
[Riwayat Imam Muslim]

*Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma'ad Fi Hadyi Khairil 'Ibad menyelit mafhum hadis di atas dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing.


Keajaiban Kambing


Susu Kambing , Sunnah Nabi Yang Dilupakan

Susu kambing merupakan sunnah nabi kerana susu kambing merupakan minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah. Semasa peristiwa Israk Mikraj juga nabi telah disediakan dengan 3 jenis minuman iaitu arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu.

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.


KHASIAT SUSU KAMBING

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
  • Penyakit deman kuning.
  • Penyakit lemah jantung.
  • Penyakit darah tinggi.
  • Penyakit migrane / kerap merasa pening kepala.
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang.
  • Penyakit batuk kering atau TB.
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis.
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut.
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin

Barakah Kambing

Tidaklah Allah Ta'ala syari'atkan sesuatu kecuali ada kebaikan besar di dalamnya. Tidak pula Nabi Shallallahu ' alaihi wa sallam perintahkan kecuali kebaikan. Tidak pula kambing disyari'atkan sebagai sembelihan qurban dan aqiqah kecuali pasti ada kebaikan besar di dalamnya. 

Andai kata kambing termasuk makanan yang merosakkan kesihatan, membahayakan keselamatan fizikal atau mengancam akal manusia nescaya tidak akan disyariatkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala kepada kita. Jika sesuatu disyari'atkan pasti ada kebaikan besar di dalamnya. Demikian pula kambing.

Khusus berkenaan dengan kambing, mari kita ingat sabda Rasulullah Shallallahu ' alaihi wa sallam:

اتخذوا الغنم فإن فيها بركة

" Peliharalah oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah. " ( HR. Ahmad).

Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud"Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah  yg ditinggalkan orang soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak)

*Diterjemah dan diambil dari pelbagai sumber