Isnin, 1 Disember 2014

SANGKAR ARNAB D.I.Y

CARA MUDAH MEMBUAT SANGKAR ARNAB

Assalamu'alaikum...

Ramai yang bertanya kepada saya dimanakah mereka boleh membeli sangkar arnab denagn harga yang murah tetapi cantik. Jawapannya : Tiada.

Sangkar arnab bersaiz 2 kaki yang dijual di kedai-kedai haiwan atau di pasar-pasaraya adalah sekitar RM40 - RM100 bergantung kepada " cantik "...kualiti semua lebih kurang je...

Hari ini saya akan kongsikan bersama bagaimana cara menghasilkan sangkar yang murah tetapi sangat cantik...

" beauty is in the eyes of beholder" adalah digunapakai disini.

Langkah 1 :

Modal...mesti ada modal untuk membeli jaring melainkan anda memiliki kuasa ajaib - petik jari blink!!! barang ada depan mata.

Bermodalkan RM50 dan semangat yang berkobar-kobar, jaring bersaiz 1/2 inci x 1/2 inci dengan ketebalan 17 @ 18 gauge sepanjang 7 kaki dari jenis tahan karat made in China mestilah disediakan. 
( kat mana nak cari jgn tye saya...tye je kat bangla yg jaga petrol pump tu...mereka lebih arif. Sentap)

Langkah 2 :

Potong jaring kpd 3 bahagian :

A) 1 bahagian bersaiz  24 inci x 36 inci
B) 1 bahagian bersaiz 18 inci x 36 inci ( 2 keping )
C) 1 bahagian bersaiz  18 inci x  24 inci ( 2 keping )


Jadikan :
Bahagian (A) sebagai lantai
Bahagian (B & C) sebagai dinding kiri dan kanan

Ikat menggunakan cable tide bahagian lantai dan dinding-dindingnya.
Ukur setiap dindingnya kepada 14 inci atau 16 inci dan lipatkan supaya menjadi bentuk L
Dirikan dinding-dinding tersebut dan ikatkan dengan lebihan cable tide tadi dan kemaskan.
Selesai.

Pastikan anda membersihkan semula ruang kerja anda dan buang sampah ke tempat yang sepatutnya.

Sekian.



 

* bumbung sangkar boleh diperbuat dengan menggunakan papan lapis atau jaring....saya menggunakan papan lapis bagi menstabilkan suhu dalam sangkar.

Bagi kaki sangkar pula, anda boleh menggunakan batang paip PVC bersaiz sederhana yang disambung dengan menggunakan "L" dan "T" joint pvc....ianya bebas karat dan murah serta mudah untuk dibersihkan.

Jika berkemampuan, boleh lah mendapatkan sangkar bertingkat seperti dibawah ini :


HARGA BAGI SETIAP SET : RM300 SAHAJA

1 SET MENGANDUNGI :
12 BILIK
12 NIPPLE DRINKER
12 FEEDER
PLASTIC FLOORING
* TANGKI DIJUAL BERASINGAN ( RM50/UNIT + WATER HOSE )

SANGKAR INI JUGA BOLEH DIUBAH SUAI MENJADI 1 ATAU 2 TINGKAT


JUGA BOLEH DIUBAH SUAI DARI 12 BILIK MENJADI 9, 6 ATAU 3 BILIK

012-7123559
(WHATSAPP/MSG/CALL)
LOKASI : BATU PAHAT

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA





*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.


6 ulasan:

  1. HARGA BAGI SETIAP SET : RM300 SAHAJA

    1 SET MENGANDUNGI :
    12 BILIK
    12 NIPPLE DRINKER
    12 FEEDER
    PLASTIC FLOORING

    bos?..masih ade lagi ke

    BalasPadam
  2. HARGA BAGI SETIAP SET : RM300 SAHAJA

    1 SET MENGANDUNGI :
    12 BILIK
    12 NIPPLE DRINKER
    12 FEEDER
    PLASTIC FLOORING

    bos?..masih ade lagi ke....seperti dlm gambar ke????

    BalasPadam
  3. HARGA BAGI SETIAP SET : RM300 SAHAJA

    1 SET MENGANDUNGI :
    12 BILIK
    12 NIPPLE DRINKER
    12 FEEDER
    PLASTIC FLOORING

    WA 016 4476200

    BalasPadam
  4. Maaf harga masih sama ke,
    Kalau ada stok nak beli

    BalasPadam