Isnin, 28 September 2015

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex – 2015

logo
The best broker in Asia
Majlis Makan Malam Perdana InstaForex – 2015
Tinggal sebulan sahaja lagi akan berlangsungnya majlis berprofil tinggi dalam dunia kewangan. Majlis Makan Malam Perdana - 2015, InstaForex akan meraikan ulang tahun acara yang kelima.
Majlis Makan Malam Perdana InstaForex adalah merupakan medium yang terbaik untuk menghimpunkan ratusan pedagang dan peserta forex lain dalam suasana yang kasual dan tidak formal. Para tetamu akan berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan wakil-wakil syarikat dan tetamu-tetamu lain yang mempunyai pandangan dan gaya hidup yang sama. InstaForex sentiasa komited dalam usaha mengadakan dialog terbuka bersama pelanggan dan rakan-rakan niaga. Oleh yang demikian, Majlis Makan Malam Perdana adalah merupakan platform yang terbaik untuk anda membina hubungan perniagaan yang kukuh. Lebih 800 orang tetamu dijangka akan menghadiri Majlis Makan Malam Perdana InstaForex pada kali ini.
Selain daripada program rasmi, para tetamu juga akan dihidangkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada artis terkenal tanah air. Selain itu, para tetamu juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah. Alat peranti mudah alih moden dan sijil wang akan ditawarkan. Kami tidak akan membiarkan anda pulang dengan tangan kosong. Pada tahun ini, nilai hadiah keseluruhan Majlis Makan Malam Perdana adalah sebanyak $25,000!
Majlis Makan Malam Perdana InstaForex - 2015 hanya dianjurkan khusus untuk pelanggan-pelanggan dan rakan niaga yang menetap di Malaysia sahaja. Sekiranya anda berminat untuk menyertai majlis berprestij ini, sila lakukan pendepositan ke akaun dagangan anda sekurang-kurangnya $ 100. Manakala untuk pendaftaran VIP pula, anda perlu menambah dana ke akaun dagangan sekurang-kurangya $ 1,000.
Seperti kebiasaan, para pelanggan dan rakan niaga dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Ipoh, Kedah, dan Pahang akan disediakan dengan kemudahan bas mewah untuk perjalanan pergi dan balik secara percuma.
Kami tidak sabar untuk bertemu dengan anda pada 10 Oktober, 2015 mulai jam 6:00 petang hingga 11:00 malam di dewan persidangan Hotel Istana, 73 Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
- gambar sekadar hiasan -



Nota gembira #4 : Jika mahu bermimpi - tidurlah...jika mahu mimpi jadi kenyataan - bangkitlah.

Direction is so much more important than speed....many are going no where fast.

( gambar sekadar hiasan )

Diakhir-akhir zaman ini kecepatan dan kepantasan dilihat sebagai kayu ukur kejayaan..kalau belajar, nak cepat pandai...kalau kerja nak cepat kaya, kalau berniaga nak cepat untung, kalau hidup nak cepat mati....( ouuchhh agak emosi setelah di overtake  remaja beruniform sekolah tanpa helmet )

Dulu, aku selalu diingatkan supaya membina asas2 yang kukuh dahulu sebelum melakukan apa2 perkara sekalipun.....jika ingin berniaga, sediakan asas2 perniagaan secukupnya, jika bertani & berladang, perlu belajar asas pertanian dan perladangan, jika ingin membina bangunan, sediakan asas ( foundation ) yang kukuh dahulu sebelum membina tingkat demi tingkat kerana kejayan bukan diukur berapa cepat kita mengecapinya tetapi berapa lama kita mampu mengecapi kejayaan tersebut...kerana asas yang kukuh biasanya akan menjamin kejayaan

  hihiii....macam bagus je aku nih...

#3 Sifakir yang pemurah lebih dicintai Allah.

Si fakir yang pemurah...



"Allah mencintai orang kaya yang pemurah, tetapi Allah lebih mencintai orang miskin yang pemurah"


Gambar sekadar hiasan


Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana di bumi yang tandus begini, mereka boleh menternak kambing, biri-biri dan unta...? dengan ke'limit'an sumber makanan yang mereka ada tidak menjadikan ternakan mereka kurus kering...sebaliknya jauh lebih baik dari ternakan di bumi yang serba menghijau. Sesuatu perlu dipelajari disini, walaupun ianya bersumber dari seorang arab badwi.




Surah AnNahl. Ayat 080.
Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.




#2 : Salah Saya....

Antara sah, batal dan penerimaan amal - kecelaruan yang berterusan.

Semalam aku berhenti bersolat disebuah masjid ( ahh terlewat lagi utk berjemaah )....seusai berwudhu aku berselisih dengan seorang yang aku kira agak 'alim dengan serban ala pak syeikh meliliti bahu' sedang menegur seorang pemuda yang memakai rantai ketika solat. Memarahi pemuda tersebut, meminta menanggalkan rantai dan mengulangi solat.

Mulut lancang aku secara super spontan berkata " pakcik,.. bukan solat adik ni tak sah.....cuma perbuatananya salah dan berd......" belumpun sempat aku menghabiskan bait-bait terakhir, aku telah disirami dengan kata2 yang kukira bisa menambahkan pahala dan menghapuskan dosa....

Terima kasih pakcik...


Hancus solat asar aku hari tu.


Gambar sekadar hiasan - penulis.