Isnin, 28 September 2015

Nota gembira #4 : Jika mahu bermimpi - tidurlah...jika mahu mimpi jadi kenyataan - bangkitlah.

Direction is so much more important than speed....many are going no where fast.

( gambar sekadar hiasan )

Diakhir-akhir zaman ini kecepatan dan kepantasan dilihat sebagai kayu ukur kejayaan..kalau belajar, nak cepat pandai...kalau kerja nak cepat kaya, kalau berniaga nak cepat untung, kalau hidup nak cepat mati....( ouuchhh agak emosi setelah di overtake  remaja beruniform sekolah tanpa helmet )

Dulu, aku selalu diingatkan supaya membina asas2 yang kukuh dahulu sebelum melakukan apa2 perkara sekalipun.....jika ingin berniaga, sediakan asas2 perniagaan secukupnya, jika bertani & berladang, perlu belajar asas pertanian dan perladangan, jika ingin membina bangunan, sediakan asas ( foundation ) yang kukuh dahulu sebelum membina tingkat demi tingkat kerana kejayan bukan diukur berapa cepat kita mengecapinya tetapi berapa lama kita mampu mengecapi kejayaan tersebut...kerana asas yang kukuh biasanya akan menjamin kejayaan

  hihiii....macam bagus je aku nih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan