Jumaat, 6 November 2015

#23 : SIAKAP STIM D'VILLAGE

Siakap Stim D' Village

KOS : RM25.00
MASA PENYEDIAAN : 20 MINIT
HIDANGAN : 8 ORANG

Bahan Asas :
Ikan Siakap 2 ekor ( +- 600gm/ekor )
Air : 2 cawan
Sos Tiram : 4 sudu
Tomato : 2 biji
Bawang Putih : 10 ulas dicincang halus
Halia : dihirs nipis
Carrot : di potong dadu
Cili Padi : 10 biji potong kecil
Lada Merah & Lada Hijau : dihiris
Bawang Besar : 2 biji
Daun Sup
Daun Ketumbar
Asam Boi : 2 peket

* bagi mendapatkan gambaran bahan-bahan asas tersebut, sila rujuk gambar dibawah*


Bahan-bahan asas yang telah siap disediakan.


2 ekor siakap dibuang sisik dan perut ( insang dan hati dibiarkan )



CARA MEMASAK


Dengan sedikit minyak, tumiskan kesemua bahan-bahan asas 
KECUALI BAWANG BESAR & IKAN.

Step 1 
( Masuk semua bahan kecuali Bawang Besar & Ikan )

Step 2
( Masuk Bawang Besar )

Step 3
Biarkan Mendidih


Step 4
( Masukkan Ikan - biar 5 minit )

Step 5
( Terbalikkan ikan dan..... )

Step 6
( Stim 5 minit )

Step 7
Sedia untuk di hidang..!!


Mudah bukan ? 

Saya akan kongsikan lagi resepi-resepi yang lain pada entry akan datang.....

Now everybody can cook.....huhuuuuu