Kaedah Sembelihan
Menurut Islam
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
Konsep sembelihan dalam Islam atau ‘Zabiha’ telah
meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam
mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia
berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan.
Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk
seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan
binatang ternakan.
.
Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya.
Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan.
Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud
menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan.
.
Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau
menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum
dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Diharamkan kepada
kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar
mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih
kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati
dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk,
dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum
habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.”
(Surah Al-Maidah: 3)
.
Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa
disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT
berfirman: “Dihalalkan bagi kamu segala yang
baik-baik”. (Surah Al-Maidah: 4)
.
.
A. Rukun Sembelihan
Ijma’
para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4:
1.
Penyembelih
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
2. Binatang sembelihan
3. Alat untuk menyembelih
4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.
.
.
B. Syarat-Syarat Sembelihan
.
1) Orang yang menyembelih
a)
Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah).
b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
c) berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.
b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak.
c) berakal; tidak sah jika orang gila
d) Tidak dalam ihram haji atau umrah
e) Dengan sengaja membaca Basmalah.
.
Firman
Allah SWT: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya”
(Surah al-An’aam, ayat 118).
.
.
2) Binatang Yang Disembelih
a)
Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).
b) binatang itu masih hidup
c) Mati dengan sekali sembelihan
d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum).
.
.
3) Alat Sembelihan
a)
Mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan.
c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku.
.
Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari
Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu:“Apa-apa
yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu
menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan
khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku
adalah pisau orang Habsyah.” (Hadits riwayat
Bukhari dan Muslim)
.
Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: “Sesungguhnya
Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu
membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka
perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah
haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim).
.
.
4) Tempat Sembelihan
Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas
binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak
berkuasa ke atasnya.
.
a) Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa
(menangkap & menyembelih) ke atasnya.
Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan
urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih
pula tempat salur makan dan minum.)
.
b) Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke
atasnya.
Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak
dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang
terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan
mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati.
.
Mazhab Syafi’e berpendapat hanya
diwajibkan untuk memutuskan dua jenis uratiaitu urat
halkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan
2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang
disembelih bagi mempercepatkan kematian.
.
.
Gambarajah
kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur
nafas) bagi haiwan sembelihan.
.
Keratan rentas leher
binatang sembelihan.
Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur
pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah
salur yang membawa darah dari jantung ke otak.
Gambarajah dalaman leher seekor ayam.
Keadaan ketika sembelihan dijalankan
Gambarajah dalaman leher seekor lembu
Keadaan ketika sembelihan dijalankan
.
.
C. Syarat Sah Sembelihan
1.
Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih.
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya.
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih.
.
.
D. Sunat Sembelihan
1.
Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang
6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati.
7. Melakukan sembelihan pada waktu siang.
8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam.
.
.
E. Makruh Sembelihan
1. Menggunakan
alat yang tumpul
2. Menampakkan
alat sembelihan kepada binatang
3. Mematahkan
leher binatang sebelum nyawanya hilang
4. Tidak
menyebut nama Allah
5. Tidak
menghalakan binatang ke arah kiblat
6. Melakukan
sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih.
Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak membatalkan syarat atau
rukun sembelihan. Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu
penyembelih itu berdosa jika dia sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang
boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayam tersebut.
.
.
F. Cara Penyembelihan.
Disyaratkan
penyembelihan itu:
1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas)
dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).
2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas
pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya,
tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan
penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.
4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh
penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut
kepada binatang itu ketika disembelih).
.
Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat
penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang
dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain
nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan
syarat-syarat yang telah disebutkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya
Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang
disembelih dengan menyebut selain nama Allah.”
(Surah Al-Nahl: 115)
.
.
G. Hikmah Sembelihan
1.
Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat.
2. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.
3. Memastikan daging bersih dan bermutu.
4. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.
5. Membezakan antara daging halal dan haram.
6. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.
2. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit.
3. Memastikan daging bersih dan bermutu.
4. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah.
5. Membezakan antara daging halal dan haram.
6. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.
.
Wallahua’lam
bish showab
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته