Jumaat, 16 Januari 2009

Akal & Syahwat

Bertanya Rabi'ah Al Adawiyah kepada Hassan Al Basri (ketika Hassan Al Basri ingin masuk meminangnya) :

"Hai Hassan, jawab lah...berapa bahagian Allah menciptakan akal..?"
Hassan menjawab : "Sepuluh bahagian,yg sembilan bahagian untuk para lelaki dan sebahagian lagi untuk kaum wanita.."
Kata Rabi'ah pula : "Hai Hassan, berapa bahagian pula Allah menciptakan syahwat...?"
Hassan menjawab : "Sepuluh bahagian,yg sembilan bahagian untuk para wanita dan sebahagian lagi untuk para lelaki..."
Rabi'ah selanjutnya berkata lagi : " Hai Hassan, saya sahaja yg dapat menjaga sembilan bahagian syahwat dengan satu bahagian akal, mengapa engkau tidak boleh menjaga satu bahagian syahwat dengan sembilan bahagian akal...?"

Maka menangislah Hassan dan terus keluar dari rumah Rabi'ah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan