Khamis, 15 Januari 2009

Semut

Diceritakan bahawa :

Nabi Sulaiman a.s berkata kepada semut : "berapakah rezekimu dalam setahun...?"
Semut berkata " satu biji gandum"

Maka Nabi Sulaiman memsasukkan semut itu kedalam botol bersama sebiji gandum, lalu menutup botol itu. Maka genap setahun Nabi Sulaiman membuka botol tersebut, rupanya dalam waktu tersebut semut hanya memakan setengah biji gandum.

Nabi Sulaiman berkata "mengapa engkau tidak memakan yg setengahnya lagi..?"
Semut menjawab " kerana tawakkal saya kepada Allah saya memakan sebiji gandum kerana Dia Allah tidak pernah lupa kepada saya....tetapi ketika bertawakal kepadamu aku memakan setengah sahaja, jika kamu lupa kepadaku pada tahun ini..aku masih mempunyai sisa untuk tahun hadapan...."

Nabi Sulaiman tersenyum lantas bersujud dan bersyukur kepada Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan