assalamu'alaikum teman2 semua......
kupanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah rahim dan rahmatNya..dan dengan kasih sayang serta hidayatNya kita masih diberikan kesempatan oleh Allah s.w.t utk bertaubat dan mencari redhaNya....
teman2 ku sekelian....kejayan seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam a.s...sehinggalah ke hari kiamat, bukanlah terletak pada harta yg mereka miliki, bukan pangkat atau darjat, bukan keturunan, bukan paras rupa, bukannya besar kecil perniagaan, bukan ramai atau sedikitnya pengikut....tetapi kejayan manusia adalah bergantung sejauh mana mereka dapat taat perintah2 Allah dan amalan mereka mengikut sunnah yg ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w.
seandainya kejayaan manusia itu diukur bersandarkan harta yg mereka miliki...maka Qarun laknatullah lah manusia yg paling berjaya....sekiranya pangkat dan darjat yg menjadi ukuran, maka Firaun dan Hamman laknatullah lah yg paling berjaya.....
dan Allah yg maha pengasih telah membuat ketetapan bahawa hanya mereka2 yg taat perintah2 Allah dan mereka2 yg beramal dengan amalan kekasihNya Muhammad s.a.w sahajalah yg pasti akan berjaya....di dunia dan di akhirat.
hermmm...menarik jugak artikel nie...tapi kenapa pendek sangat..? ada sambungan dia ke..?
BalasPadam