Umrah 2014 12H/10M
(bersama Sutera Harbour Umrah)
Assalamualaikum Bakal Jemaah,
Berikut adalah kata kata pengenalan kami, ikhlas buat bakal jemaah Umrah 2014
Persiapan sebelum berangkat mengerjakan umrah sampai di Madinah. Doanya ialah:
“Ya Allah Jadikanlah Udara Madinah Ini Penawar Bagiku”
1. Mendalami ilmu pengetahuan mengenai Umrah
“Umrah maksudnya mengunjungi Baitullah dalam keadaan beribadat dengan mengerjakan Tawaf, Saie dan Tahallul” Digalakkan juga memahami RUKUN dan WAJIB UMRAH, termasuk juga dengan DAM yang akan dikenakan sekiranya melanggari pantang larang ketika di dalam IHRAM.
2. Mendalami bab TAHARAH seperti bersuci daripada hadas besar dan kecil supaya kite diterima Allah s.w.t.
3. Sebelum berangkat ke tanah suci, bakal Jemaah hendaklah BERTAUBAT atas dosa-dosa yang telah dilakukan serta memperbanyakan solat taubat dan biasakan dengan Qiamulail, Solat Berjemaah dan Solat Kifarah Bauli.
4. Jaga kesihatan, makan dan minum, banyakan berjalan kaki dan membuat senaman ringan setiap hari.
5. Mempelajari cara solat di dalam kenderaan, solat jenazah dan juga sujud Sajjadah(Solat Subuh Jumaat) ini bagi mereka yang jarang mengamalkannya. Jemaah wanita juga boleh solat Jumaat di Mekah dan Di Madinah.
6. Tiada doa Qunut di dalam solat subuh di Mekah dan madinah.
7. Selesaikan hutang piutang, beritahu ibubapa, keluarga, jiran dan pohon maaf salah silap.
8. Jaga tiga perkara iaiatu Mulut, Telinga dan Mata selalu ingat amalan kerana Allah. Bukan melakukan kerana riak, ujub dan sombong, jujur dalam perbuatan dan kata-kata.
9. Bawa ubat yang lazim digunakan.
10. Tinggalkan dokumen penting seperti kad pengenalan, lessen memandu, kad-kad kredit yang tidak boleh digunakan di Mekah dan Madinah dan sebagainya, jangan pakai barang kemas terlalu banyak.
11. Bawa pakaian secukupnya, jangan terlalu banyak memadai dengan hanya dua helai telekong, tiga pasang baju (seluar atau baju) penyangkut baju, peralatan mandi, selipar dan yang perlu sahaja.
12. Bawa buku-buku doa untuk rujukan di tanah suci seperti Surah Yassin dan doa solat-solat sunat.
13. Bil telefon bimbit “Roaming” agak mahal (Tukar kepada Tambah Nilai (Top-Up) apabila tiba di Madinah atau Mekah) waspada membawa telefon semasa berada di Masjid ditakuti akan dirampas pegawai-pegawai masjid jika sedang mengunakanya.
Diantara perkara-perkara sunat ialah:
• Mandi Sunat Jumaat, lakukan solat sunat wuduk setiap kali lepas ambil wuduk, amalkan berzikir sepanjang
perjalanan dari hotel ke masjid dan juga sepanjang masa ketika berada di tanah suci.
• Mulakan dengan langkah kanan ketika masuk ke Masjid, keluar kaki kiri dan baca doa masuk dan keluar masjid,
dirikan solat Sunat Tahayatul Masjid.
• Sekiranya waktu masih terluang gunakan masa untuk Qadaq solat dan solat sunat disamping
memperbanyakanlah membaca Al-Quran.
• Digalakkan juga mewakaf Al-Quran bagi pihak ibubapa dan diri sendiri dan keluarga di Masjid Nabawi.
• Berikhtikaf di Masjid, menziarahi makam Nabi Muhamad S.A.W dan berdoa di Raudhah (ikut kemampuan dan
ruang masa).
• Pergi ziarah dalaman dan luaran seperti di anjurkan oleh pihak kami.
• Disunatkan memperbanyakkan selawat dan membaca Surah Muhammad untuk memudahkan pergi ke Raudhah
dan buatlah solat taubat dan hajat.
• Jauhi daripada sifat Mazmumah seperti berbohong, bertengkar, berkelahi, mengumpat dan semua Jemaah
hendaklah saling membantu jika bermasaalah atau rujuk kepada wakil kami atau Mutawif.
• Amalkan doa tahan wuduk dengan membaca surah Al-Fil dan Al-Masad
(Al Lahab) ayat 1 sahaja dengan menutup mulut atau dibaca pada air dan meminumnya.
• Ziarah Wadaq kepada Rasullullah dan banyakkan berdoa.
• Bersiap-siap berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah Wajib (sunat memotong kuku, mencabut
bulu ari-ari, ketiak dan sebagainya).
• Mandi Sunat Ihram, Solat Sunat Ihram - Niat Ihram di Bir Ali ( Masjid Zulhulaifah ) bertalbiah banyak-banyak
semasa perjalanan ke Mekah mengambil masa selama 8 jam. (Solat Jamaq dan Qasar ) jaga pantang larang
sewaktu dalam ihram terdapat 13 pantang larang-seperti dalam buku Umrah)
• 100, 000 ganjaran pahala bagi semua amalan yang dilakukan semasa di Mekah, oleh itu tumpukan masa sepenuhnya untuk beribadat.
• Sampai di Mekah berdoa - “Ya Allah Jadikanlah Udara Madinah Ini Penawar Bagiku” disamping doa-doa lain.

• Buatlah amalan-amalan wajib dan sunat seperti yang dilakukan ketika di Madinah, niatkan semua amalan kerana
Allah sahaja.
• Disunatkan masuk Masjidil Haram melalui pintu Babussalam(bergantung masa/ketika) dan berdoa masuk serta
keluar masjid.
• Tiada solat sunat Tahyatul Masjid di Masjidil Haram oleh itu sekiranya keadaan mengizinkan bolehlah terus tawaf
sunat atau solat mutlak.
• Disunatkan juga memperbanyakan tawaf sunat (niatkan pahala sedekah kepada ibubapa, diri sendiri, keluarga, dan
sesiapa jua) atau tawaf nazar (semua tawaf sunat tiada saie).
• Memperbanyakan Qiamullail, bersedekah dan ikhtikaf di Masjid.
• Banyakkan berdoa untuk memudahkan setiap amalan dan solat taubat, solat hajat di samping membaca Surah Al
Fath (kemenangan) selain dari membaca AL Quran.
• Boleh berpuasa sunat sekiranya mampu (Isnin & Khamis)
• Pastikan DAM telah dibayar sekiranya telah melanggar pantang larang sebelum berangkat pulang ke tanah air. Akhir
sekali di doakan semoga mendapat Umrah yang Mabrurllah, Insyaaalah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan