Isnin, 9 Februari 2009

ENAM SIFAT (6 POINTS)

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani…..
Ada beberapa sifat para2 sahabat yg kalau kita dapat amalkan dalam kehidupan kita,maka akan mudahlah bagi kita untuk mengamalkan keseluruhan agama…
1) Yakin dengan maksud dua kalimah syahadah (kalimah toyyibah)
2) Solat yg khusu’ dan khudu’
3) Ilmu dan zikir
4) Ikram muslimin
5) Ikhlas niat
6) Dakwah dan tabligh (pengorbanan utk agama)

1) Yakin dengan maksud dua kalimah syahadah
Dua kalimah ini ialah a) bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah b) bersaksi bahawa nabi Muhammad itu sebenar2nya pesuruh Allah…….
Maksud Lailahailallah ialah kita hendak lah yakin bahawa hanya Allah sahaja yang maha berkuasa,makhluk dan segala ciptaannya sedikitpun tidak mempunyai kuasa apa-apa…..sakit,sihat,susah,senang,suka,duka,kaya,miskin,lapang,sempit dan sebagainya adalah dari Allah..makhluk sedikitpun tidak boleh memberi manafaat atau mudharat melainkan dengan izin Allah…
Cara untuk mendapatkannya adalah dengan melihat kebesaran Allah,dengar cerita2 mengenai kebesaran dan kehebatan Allah dan kita kena cakap hari-hari,lagi dan lagi tentang kebesaran dan kehebatan Allah….disamping kita berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t masukkan rase hakikat kehebatan dan kebesaran Allah dalam hati kita….
Kelebihan : satu orang yg dapat mengucapkan kalimah syahadah ketika diakhir kalamnye(saat2 kematiannya) maka wajib syurga baginya.

Maksud Muhamad rasul Allah ialah kita hendaklah yakin bahawa hanya dengan kehidupan suci murni baginda Nabi s.a.w yang membawa kejayaan didunia dan akhirat….cara hidup org Yahudi,Nasrani dan Majusi,walaupun nampak hebat..tetapi disisi Allah sedikitpun tidak mempunyai nilai..kita hendaklah cuba sedaya mungkin utk mengamalkan segala apa yg telah ditunjukkan oleh baginda Nabi s.a.w seperti berpakaian,makan minum,tidur dan segala bentuk amalan samada sirah,surah atau sarirah nabi s.a.w
Cara untuk mendapatkannya ialah kita kena amalkan segala sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian kita disamping mengamalkan doa2 harian…..dan berdoalah dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t bagi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan sunnah2 baginda nabi s.a.w dan mengikuti setiap ajarannya.
Kelebihan : dalam satu hadis nabi bersabda “barangsiapa yg menghidupkan sunnahku,dizaman kerosakkan ummat,maka baginyalah 100 ganjaran(pahala) mati syahid.
Didalam hadis yg lain nabi bersabda “barangsiapa yg menghidupkan sunnahku,sesungguhnya dia kasih kepadaku,dan barangsiapa yg kasih kepadaku,dia akan bersama-samaku(disyurga)…”

2) Solat yang khusu’ dan khudu’
Maksud solat yang khusu’ dan khudu’ ialah bagaimana supaya solat yang kita lakukan setiap hari itu dapat menarik rahmat Allah,menghindar dari kemurkaannya,penyelesaian kepada segala masalah dan dapat mencegah diri dari fasya’(dosa2 kecil) dan mungkar(dosa2 besar)..sebagaimana firman Allah s.w.t:
“…sesungguhnya solat itu dapat mencegah
(diri dari melakukan) fasya’ dan mungkar…”
Firman Allah lagi :
“…dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan solat….”
Cara untuk mendapatkannya ialah kita perlulah bersolat diawal waktu,secara berjemaah ditempat dimana azan diazankan (masjid/surau) bagi lelaki dan bagi wanita pula,hendaklah solat diawal waktu dirumah atau dikamar dimana satu tempat dikhususkan utk bersolat….perlulah diamat-amati akan kesucian diri,pakaian dan tempat solat supaya bebas dari najis dan kotoran……dan berdoalah dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t letakkan hakikat sifat khusu’ dan khudu’ dalam diri kita.
Kelebihan : dalam satu hadis nabi bersabda “…apabila seseorang berwudu’ dirumahnya dengan sempurna,lalu berjalan kemasjid dengan niat semata-mata utk solat berjemaah,maka setiap langkahnya akan menghapuskan satu dosa,menambahkan satu pahala dan meningkatkan satu darjat disyurga….”
Didalam hadis yg lain nabi bersabda “…apabila seseorang berwudu’ dengan sempurna,lalu bersolat,ruku’ dan sujudnya dilakukan dengan sempurna maka solat tadi akan naik kelangit dengan keadaan bercahaya sambil berdoa ‘semoga Allah memelihara kamu sebagaimana kamu telah memelihara aku’ tetapi sebaliknya jika sesorang itu wudu’nya tidak sempurna lalu bersolat dimana ruku’dan sujudnya juga dilakukan dengan tidak sempurna,maka solat tadi akan naik dengan keadaan wajah yg hitam gelap sambil berdoa ‘semoga Allah membinasakan kamu sebagaimana kamu telah membinasakan aku’ lalu Allah akan melontarkan solat itu kemuka orang yg melakukannye sebagaimana kain buruk dilontarkan…”


3) Ilmu dan zikir
Maksud ilmu ialah bagaimana kita perlu melakukan sesuatu amalan itu mengikut keutamaan..contohnya ialah kerja adalah satu ibadat,sembahyang juga suatu ibadat…tetapi bagi org yg berilmu dan faham agama..apabila tiba waktu solat,maka dia akan tinggalkan segala urusan2 dunia dia dan menunaikan perintah Allah yg lebih utama iaitu solat….
Ilmu itu terbahagi kepada dua pertama ilmu fadhail (kelebihan2 amal) keduanya ilmu masail(hukum hakam).
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah mendatangi dan belajar dengan alim ulama yang mursyid(mengamalkan apa yg diajarkannya)…dan kita hendaklah berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t letakkan hakikat ilmu dalam diri kita
Kelebihannya : dalam satu hadis nabi bersabda “…satu orang yg berilmu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid(ahli ibadah)…”
Maksud zikir ialah bagaimana kita hendak ingat kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan…
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah melihat,mendengar,bercakap dan berfikir tentang kehebatan dan kebesaran Allah…dan sekurang2nya kita amalkan lah zikir 300 pagi dan 300 petang (selepas subuh dan asar) iaitu subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahhuakbar,selawat dan istighfar…dan kita hendaklah berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t masukkan hakikat zikir dalam diri kita.
Kelebihannya :dalam satu hadis nabi bersabda “…jika seseorang daripada kamu tidak mampu beribadat dengan bersungguh-sungguh pada malam hari,bakhil(dekut) untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah dan takut untuk berjihad menentang musuh2 maka hendaklah dia perbanyakkan zikrullah..”

4) Ikram muslimin
Maksud ikram muslimin ialah,bagaimana kita hendak menunaikan hak saudara kita tanpa menuntut balasan (mengutamakan org lain lebih dari diri sendiri).
Cara untuk mendapatkanya ialah dengan kita memuliakan alim ulama,hormat kepada orang tua2 dan kasih kepada kanak2 disamping kita berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t. letakkan hakikat ikram muslimin dalam diri kita.
Kelebihannya : “…seseorang yang menunaikan hak (hajat) saudaranya tanpa menuntut haknya(balasan) maka diakhirat nanti Allah s.w.t akan jauhkan dia dari neraka jahanam sejauh 3 parit,dan jarak antara parit ke parit yg lain adalah sejauh langit dan bumi….”
“..tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia kasih kepada saudara-saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri…”

5) Ikhlas niat
Maksud
ikhlas niat ialah bagaimana kita hendak melakukan satu2 perintah Allah dan meninggalkan laranganNya semata-mata kerana Allah. Allah s.w.t hanya akan menerima amalan-amalan yg ikhlas kepadaNya semata-mata,tanpa disertakan dengan yg lain2….contohnya..satu org yg berpuasa tetapi dengan niat untuk kurus…maka amalan sedemikian tidak diterima oleh Allah….dia hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja bagi amlannya itu…
Cara untuk mendapatkannya ialah kita hendaklah periksa setiap amalan yang kita lakukan itu pada setiap permulaan,dipertengahan dan akhirnya..adakah ianya semata2 kerana Allah atau sebaliknya…jika bukan kerana Allah maka cepat2 lah kita beristighfar dan memperbaharui niat kita itu……
Kelebihannya : satu amalan yg walaupun kecil,tetapi jika dilakukan dengan ikhlas….maka Allah akan menggandakan diakhirat nanti mengikut kadar keikhlasannya

6) Dakwah dan tabligh (pengorbanan utk agama)
Maksud
dakwah dan tabligh ialah bagaimana kita kita nak beramal dengan ilmu yg kita ada disamping kita menyampaikan atau kita mengajarkan pula kepada org lain. Kita juga kenalah sanggup mengorbankan sedikit kepentingan diri kita,masa dan harta semata2 untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu yg ada pada kita.
Cara untuk mendapatkannya ialah dengan melakukan sedikit pengorbanan,dimana ulama bagi tahu,sekurang2nya 10% dari harta dan masa kita digunakan untuk agama iaitu 2jam setengah setiap hari…3 hari setiap bulan…40 hari setiap tahun…atau sekurang2nya 4 bulan seumur hidup disamping kita menggalakkan juga rakan2 kita,saudara mara kita dan ahli keluarga kita untuk melakukan pengorbanan yg sama…kita juga perlu berdoa dengan sungguh2 supaya Allah s.w.t pilih kita untuk melakukan kerja2 agama
Kelebihannya : sepatah perkataan yg kita ucapkan untuk mengajak manusia kepada Allah,ganjarannya seolah2 sama seperti kita melakukan setahun ibadat sunat (puasa,solat,sedekah,umrah,zikir,baca quran dll)


***......semoga dari apa yg kita dengar nini dapatlah diambil iktibar, diamalkan serta sampaikan kepada sahabat2 kita yg lain.....***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan