Golongan Emansipasi Wanita (Pembebasan Wanita)
Ini satu lagi golongan yang kerap terkeliru (biasalah perempuan).Sama ada mereka terkeliru ataupun rela dikelirukan.Golongan ini selalunya cuba mencari-cari fakta-fakta agama berkaitan hak-hak wanita untuk dikelirukan.Jika ada fakta yang membela wanita mereka diamkan tetapi jika ada fakta yang mengongkong wanita padahal ada hikmah di sebaliknya,mereka akan cepat-cepat mengkajinya supaya dapat diseleweng secara halus.Isu agama yang paling popular untuk dikelirukan adalah poligami.Padahal poligami adalah penyelesaian kepada isu sosial manusia.Jika sudah terlampau ramai wanita dan sedikit lelaki di dalam populasi sesebuah tempat maka apakah penyelesaiannya?Golongan ini agaknya lebih rela berlesbian sesama sendiri dari dijadikan 'mangsa' poligami.Sebenarnya kaum wanita penganut Islam Liberal ini tidak faham masalah mereka sebenarnya.HUKUM AGAMA TIDAK BOLEH DIUBAH tetapi sikap manusia boleh diubah.Sesungguhnya segala hukum Islam berkenaan wanita adalah untuk memuliakannya,bukan untuk mengongkongnya.Menyelamatkannya bukan untuk memenjarakannya.Bukankah Islam menggariskan boleh berpoligami jika MAMPU dan hendaklah bersikap ADIL.Jika tidak mampu bersikap adil ataupun kurang mampu dari segi kewangan,jangan mimpilah nak berpoligami.Tetapi nampaknya mereka juga telah dikelirukan dan dicucuk-cucuk oleh orientalis Barat supaya menghentam hukum agama bukannya sikap sesetengah lelaki yang sengaja menggatal tanpa alasan yang kukuh.Seterusnya mereka meleret-leret seperti terkena jangkitan demam campak dengan menyalahkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model terbaik mengamalkan poligami yang berlebihan.Padahal mereka tidak mengkaji bilakah ayat yang menghukumkan poligami turun,tujuan nabi dan siasah nabi ketika itu dalam berpoligami.Mereka tidak cuba mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w malah memburuk-burukkan Nabi Muhammad sebagai gila seks dan pantang melihat dahi licin.Begitu hina Nabi Muhammad s.a.w di mata wanita Islam Liberal ini padahal Nabi Muhammad lah manusia yang amat menghormati wanita.Tahukah kamu wanita Islam Liberal bahawa sebelum kedatangan Islam,wanita dilayan bagai haiwan dan hanyalah berstatus sebagai hamba seks sahaja.Bayi perempuan dibunuh dan dianggap sial.Wanita berstatus kelas rendah setaraf hamba-hamba.Wanita sama ada dilayan baik atau dipijak-pijak adalah mengikut selera kaum lelaki yang mendominasi seluruh kehidupan wanita.Tetapi Nabilah yang berjuang siang dan malam membebaskan wanita dari pandangan negatif masyarakat.Nabi dilontar batu sehingga berdarah seluruh tubuhnya.Nabi terjatuh ke dalam lubang sehingga patah dua batang giginya.Nabi berdakwah,turun berperang dan berhijrah beratus batu dalam panas terik semata-mata untuk mengucapkan:"...Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia..." (Khutbah Terakhir Rasullullah)Siapa yang benar-benar ada iman di dadanya pasti sedih dan mengalir airmata mengingat betapa beratnya penghinaan terhadap Nabi Muahammad s.a.w dari sesetengah wanita yang tidak diketahui mengapa begitu bencikan Nabi yang berjuang membebaskan wanita dari perhambaan seks oleh kaum lelaki.Mengapa?Mengapa ini terjadi?...Jawablah wahai wanita Islam Liberal.Apa salah Nabi Muhammad sehingga kamu membencinya.Ayat-ayat di atas di petik dari khutbahnya yang terakhir sebelum kewafatannya.Inilah kata-kata agung dari seorang yang teramat mulia.Betapa mulianya wanita di mata Rasullullah s.a.w sehingga soal wanita menjadi perkara penting sebelum baginda pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.Baginda tidak memperkatakan jumlah unta dan kambing,pembangunan kota Mekah dan Madinah,persiapan peperangan,soal logistik mahupun bekalan makanan untuk tahun itu tetapi WANITA...setaraf dengan persoalan solat lima waktu,zakat dan haji di dalam Khutbah Terakhir baginda.Sehingga baginda menggeliat-geliat kesakitan akibat sakarat maut,baginda masih lagi memikirkan umatnya melebihi diri sendiri apabila berbisik"ummati...ummati...ummati..." dari bibirnya yang kebiruan dan wajahnya yang telah ditutup oleh anaknya Fatimah yang mulia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan