Khamis, 8 Oktober 2015

#15 Catatan Orang Rajin : Mari Berkebun


MAIDAH FARMING SDN BHD

Assalamualaikum semua.....korang apa khabar yea..? lama x dengar berita... ;) Harap-harap korang semua sihat-sihat belaka lah hendaknya sebab kali ni aku nak bawak korang semua ronda-ronda ladang...korang mesti tau game Farmville tu kan...? haaa ni aku bawak korang masuk menyelami, mendalami dan memahami Farmville sebenar....

Ayuhh !!

Hari ini aku akan membawa korang melancong ke satu ladang kecil dan terpencil diberi nama Maidah Farming Sdn Bhd yang terletak di Daerah Pagoh Muar Johor. Ladang seluas 20 ekar ini telah di usahakan oleh dua orang muda sahabat yang berjiwa besar dan mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian dan penternakan. Pertanian utama yang dipilih untuk diusahan diladang ini ialah  jagung manis dan rumput napier, manakala bidang penternakan pula adalah Kambing, Arnab Pedaging dan Ayam Kampung.

Disini terdapat dua buah bangsal yang mampu menempatkan sehingga 1200 ekor kambing pada satu-satu masa manakala kawasan penternakan arnab pula mampu menempatkan sehingga 6000 ekor.


Sebenarnya atas faktor-faktor keselamatan dan bio security, ladang ini tidak dibuka kepada umum...jadi kalau korang berniat untuk melawat ladang ni, simpan je la...layan gambar sudahlah yea..huhuuuu




Dahulunya ladang ini mempunyai 6 orang pekerja termasuk dua orang muda sahabat tadi bagi menguruskan perjalanan operasi harian, tetapi kini hanya tinggal 1 orang sahaja yang menguruskan ladang dan 2 lagi menguruskan hal pemasaran dan pengembangan operasi. Bunyi macam tak logik bukan? haaa itulah realitinya....jika kaedah pengurusannya betul satu orang ini sudah memadai.

Jika korang pernah melawat atau mencari maklumat-maklumat tentang kaedah penternakan di luar negara terutamanya di Australia, korang mungkin akan lebih terkejut dari beruk bila mengetahui hanya 2 orang diperlukan untuk menguruskan 11 ribu ekar ladang dengan kapasiti 30 000 ekor kambing!!! haaaaaa...terperanjat tak...? kalau tak terperanjat, sahlah korang ni memang orang, bukan beruk..huhuu


Kaedah pembersihan dan pelupusan yang paling murah, cepat dan berkesan adalah dengan cara membakar. Alaaaa korang jangan eksen la nak cakap ini salah itu salah...pembersihan dan pelupusan cara moden menelan belanja sekitar RM5000 seekar, manakala dengan kaedah konvensional hanya memerlukan sebatang mancis......lihat sahaja bagaimana syarikat-syarikat perladangan Malaysia di Indonesia yang membekalkan karbon dioksida kepada jiran-jirannya setiap tahun tu,....pasti korang akan terhangguk-hangguk buat-buat faham.



Asap tebal masih di acceptable melalui pembakaran terkawal terutamanya pada musim kemarau....tanah akan menjadi subur selepas beberapa bulan dan akan mula ditanam dengan rumput bagi makanan ternakan serta lain-lain tanaman pertanian yang sesuai.





Kambing-kambing disini akan di lepaskan untuk meragut sekitar jam 12 tengahari di 10 plot yang disediakan dan dimasukkan semula kekandang pada lewat senja.




Sebahagian besar dari kambing-kambing ini adalah untuk dijual kepada para pelanggan untuk tujuan aqeqah pada harga RM1000 - RM1500 seekor mengikut gred, saiz dan jantina. Maaf, kami ladang ini tidak membekalkan kambing feral....



Sebahagian kawasan ladang ini digunakan untuk tanaman jagung manis. Buahnya kami jual kepada FAMA ( contract farming ) manakala batangnya kami jadikan silage dan disimpan untuk kegunaan masa malas kami akan datang terutama ketika kemarau atau musim hujan.


Tanaman jagung ni leceh sikit...tanah perlu di gembur, dibuat batas, ditabur kapur, boh taik ayam, boh baja bagai..pas tu nak kene siram hari-hari...rumput yang naik perlu diracun...agak rumit tetapi menyeronokkan....




Inilah rupa jagung manis yang kami bekalkan kepada FAMA...terbahagi kepada 2 grade....grade AA mahal sikit dari grade A...manakala grade B kami bagi kambing makan...huhuuu...untung la jadik kambing....bukan setakat dapat makan batang jagung, buah jagung pon dapat tao..


Batang dan daun jagung yang telah diracik dimampatkan kedalam tong kedap udara ini selepas di tambahkan dengan beberapa bahan untuk di jadikan silaj batang jagung.




Kini tibalah masa untuk berkenalan dengan 2 orang jejaka tampan yang dimaksudkan tadi.....boleh tengok dari jauh je..bahaya nak zoom...aura kuat nih...kang ada yang jatuh hati kerusi. 
Proud to be a Farmer !! acheewahhh

From left to right
Mr Harris, En Azhan
Umur sama
Best friend dari muda sampai tua....masa kat U pon dok sebilik sampai grad.....sorang belajar sampai oversea..sorang lagi tu malas belajar.
Ok cukup. Ni nak sembang pasal ladang bukan tuan ladang.







Rumah semaian ni sebenarnya takde la berfungsi sangat...untuk poyo-poyo je...kalau ikut buku, memang mcm ni la...last-last buat ikut pengalaman...simple...jimat masa, jimat tenaga dan hasil lebih tinggi.... pengalaman itu mendewasakan..phheewww.








Ladang ini terletak di puncak bukit....memang sayup la mata memandang tetapi agak panas ( mungkin sebab atas bukit - dekat dengan matahari...hahahaaaa )


Bagi memenuhi permintaan pelanggan, proses menyembelih dilakukan sepenuhnya disini. Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan kami hanya membekalkan kambing yang telah siap disembelih dan diproses....yang hidup nahii nahii.....so jangan nak bodek-bodek tawar menawar nak yang hidup..kang tak pasal-pasal ada yang dapat makan free...huhuuu




No Farm, No Food.....tepat sekali.....bagi merancakkan lagi perjalanan bizz kami, satu kedai warong kambing golek telah dibuka.....so pelanggan lama, pelanggan baru dan bakal pelanggan kami boleh la mendapatkan stok daging kambing, arnab dan ayam kampung disini....ini bukan kedai makan yea...ini dapur sahaja tempat kami menyediakan persiapan untuk event menggolek dan katering...

Tempahan Kambing Golek dan Katering boleh di buat dengan menghubungi :

012-7123559 - Azhan

Harga Kambing Golek bagi Full Package ialah :

Aqeqah : RM1300/ekor
Bukan Aqeqah : RM1000/ekor

Pekej termasuk :
Kambing golek on site
Sos Black Pepper
Coleslaw
Jagung / otak-otak
Servis
Penghantaran
Sijil ( bagi aqeqah )


Dulu warong ni di buka untuk pelanggan 'test food'....bukan free yea....satu set rm10...
Set Kambing
Set Arnab
Set Ayam Kampung
ada coleslaw, frenchfries, salad dan sos.



Nak tapau pon boleh.....kami juga menyediakan set kambing golek dan arnab panggang sejuk beku.....balik rumah tinggal panaskan balik je dalam microwave selama 5 minit dan sedia untuk di nikmati secara sendiri atau bersama keluarga...


Yang ini pula adalah arnab daging yang kami ternak dan kami bekalkan kepada kedai kami sendiri....dulu kami ada ambil dengan pengusaha lain, tapi dah stop. Full Stop.

Kami mempunyai kontrak untuk membekal daging arnab segar dan sejuk beku kepada beberapa Hotel dan Restoran dan kami bercadang untuk membesarkan lagi ladang arnab ini bagi menampung permintaan yang terus meningkat.



Penat dah menaip...nampaknya itulah sahaja coretan untuk kali ini....jumpa di lain entry...adiosss

Rabu, 7 Oktober 2015

#14 : Kenapa Aku Letih Bekerja ?

Kenapa Aku Letih...



Sejak beberapa tahun kebelakang ini, aku tak tahu kenapa kerap merasa letih. Setelah diselidik dan dikaji,  kini aku tahu kenapa ianya berlaku……

Nak tau kenapa aku letih?

Aku LETIH  kerana TERLEBIH KERJA...

Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku semata-mata........

Begini ceritanya………

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 28 juta orang....3.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 24.3 juta orang.....2.3 juta pula adalah golongan kanak-kanak dibawah umur.
Jadi tinggal 22 juta orang.

Dari 22 juta ini, 8 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal lah 14 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 14 juta ini pula, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi macam tak kerja.

Kini tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan, pulau-pulau terpencil dan mereka-mereka yang tidak mempunyai ekses internet…...
Maka  tinggal lah baki  6 juta orang yang boleh buat kerja...

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tidak ada kerja (surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh graduate,kena buang kerja dll ).Tinggal lah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah 2.3 juta ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....Sekarang, mengikut bancian terkini, daripada baki 108,488 orang itu tadi, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

Jadi, tinggal lah 2 orang sahaja yang boleh buat kerja...Dan 2 orang itu adalah Kau dan Aku......

……..dan KAU pulak SEKARANG INI masih dengan handphone sibuk melayan Facebook, instagram, tweeter, wechat, whatsapp, telegram,  main games, tengok prono, berskandel  dan tak buat kerja langsung..............

Nampaknya, AKU  sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... ….

Mana aku tak letih!!!!

Selasa, 6 Oktober 2015

Nota Jiwang #13 : Cinta itu Mengasyikan

Cinta Tidak Buta


Love at first sight.... love at first ride... love at first sex ( huhuu )  merupakan himpunan ayat2 yang biasa digunakan bagi menunjukkan minat yang muncul pada kali pertama gitu....

Tapi tidak bagi aku...aku kene tengok berkali-kali, pejam celik, pejam celik, belek-belek...pegang-pegang, raba-raba...rasa-rasa.... baru timbulnya cinta...itu pun kalau timbul la...huhuuu....kadang-kadang dah timbul, tapi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa menenggelamkan semula rasa cinta yang mula bersemi itu............. ( buweekkk..muntah ijoo )

Contohnya terbaik seperti gambarajah dibawah :



Gambar Bukan Sekadar Hiasan

#12 : Kes Kecurian Kereta Meningkat - Penghargaan Buat MPPP.

Kes Kecurian Kereta Meningkat


Kebelakangan ini, kes kecurian kereta semakin menjadi-jadi terutamanya dikawasan bandar dan ia bukan lagi berlaku dikawasan yang sunyi, malahan lebih kerap berlaku dikawasan yang sibuk dan di siang hari.

Di kesempatan ini aku ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak MPPP kerana begitu prihatin dalam menjaga keselamatan kenderaan pelancong luar seperti aku. Aku merasa lebih selamat kerana  kenderaan aku telah dijaga dengan baik dengan bayaran yang cukup minima. 

Bayangkan la kalau kenderaan korang yang tidak dijaga oleh PBT ini hilang atau dicuri....., kan ke lagi susah dan menyusahkan....apa la sangat RM50 tu jika nak dibandingakna dengan servis yang diterima...Secara tidak langsung, aku juga turut tersenarai sebagai penyumbang ( bukan derma ) kepada kerajaan negeri demi memajukan dan mentranformasi negeri Pulau Pinang ini menjadi seperti Miami yang ' summer ' sepanjang tahun...huhuuu


Gambar Sekadar Hiasan


Kisah #11 : Sukarnya Hidup Sang Auditor - Realiti




Dulu ( sila refer date pada gambar dibawah ) aku cukup menyampah bila sang Auditor baik yang internal mahupun yang external datang opis....menyampah bukan sebab aku ada salah atau ada buat salah ( i m nothing to hide okey ) tapi sebab nak kene layan kerenah depa ni...nak kene entertain bawak g makan lah...bawak g karok la...main golf bagai...diaorang ingat asal title mcm aku ni mesti main golf ke ? frankly speaking ( acheewahhh ) aku lebih suka bawak diaorang ni ziarah kubur dari ziarah golf club. Biar depa ingat mati sikit.


Tetapi disebalik kemenyampahan aku kat auditor-auditor ni terselit juga perasan cemburu....hahahahahahahhaa.... ( maaf, sampai kat sini aku tak tahan nak gelak...hahaha ) maklumla, semua disponsor.......nasib baik la guna duit company, dan company tu pulak bukan aku yang punya...huhuuu

Lain kali kalau nak hantar auditor tu, hantar la yang sedap mata memandang dan boleh dijadikan future maid....ini hantar semua belalai...mana aku tak hangin...chaiittt.




Gambar Sekadar Ilustrasi Penulis

Cerita #10 : Orang kita memang pelik

Orang Kita Memang Pelik


- Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, 
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah - 

Foohhhh dahsyat kata-kata motivasi kali ni...terasa macam Abang Chubby Azizan Osman pulak....

Iyalah sesekali kita perlu memotivasikan diri sendiri jugak. Kebanyakkan orang kita ( orang kita yang kat Uganda sana ) apabila ada orang biasa-biasa bagi motivasi atau kata-kata nasihat, biasanya orang tersebut akan diperlekeh lekeh sehingga ke tahap nak di sekeh....tetapi bila ada orang-orang luar biasa memperlekehkan kita..ehh..ehh...tetiba pulak kita jadi bangga dan bersemangat....siap boleh update status kat FB lagi..huhuuu

Moral of the story : Jadilah orang yang luar biasa - bukan orang yang pelik.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak bebelkan di entry ni...tapi aku takut ianya menjadi terlalu panjang dan akan menjemukan aku sendiri....kalau dah semua dicurahkan kat sini, nanti takde pulak entry baru...iya tak..? ( adakah aku seorang yang pelik ? )

Kisah Gembira #9 : Menyumbangkan 4 Album Kompilasi Hit Terbaik Orang Lama

Hanya ini yang dapat ku'sumbang' kan.....terima je lah yea...




Setiap seorang dari kita perlu menerima hakikat bahawa kekurangan yang ada pada kita merupakan kelebihan kepada yang lain... - faham tak apa yang aku cuba sampaikan ? contohnya begini :- Orang baik hanya akan kelihatan baik bila ada orang yang jahat dikalangan mereka....atau dengan bahasa mudahnya " orang jahat akan nampak baik bila ada orang yang lebih jahat darinya "....errmmm...ke masih tak faham lagi....?

Contoh lain adalah seperti gambar di bawah..... Steven Tyler jadi popular disebabkan ada orang seperti spesis dibawah cuba menyumbangkan lagu " Dream On "... yeahh...keep on dreamin' dude......mimpi itu memang indah..huhuu

Suami kepada isteri aku selalu berpesan " Kalau suara sedap, gi buat album, kalau suara tak sedap, layan karaoke je dah la...."




Gambar Bukan Sekadar Hiasan



#8 : Kisah Misteri Menyayat Hati

Kisah Misteri Menyayat Hati ( agak melampau betul tajuk begini )

Semenjak 5 nam belas tahun kebelakang ini, aku seperti diserang penyakit misteri....tapi nak kata misteri sangat tu tak jugak la.....ceritanya begini....

Ehhemm... Setiap kali aku sibuk dengan kerja-kerja baik di pejabat, ladang atau kedai aku akan selalu teringat-ingat untuk bercuti makan angin bersama keluarga....tak kisah la kemanapun..yang pentingnya jangan dekat-dekat....paling koman pun 4-5 jam perjalanan...baru la adventure..iya tak? Bukan ke pepatah ada mengatakan " pleasure comes from the journey"

Tapi yang agak misterinya, bila bercuti je, tak pulak teringat nak kerja..huhuuu...

Itu je la nak bagi tau ke misterian yang aku sering alami.....harap-harap ia kekal begini...ahaksss...



Gambar Sekadar Hiasan