Rabu, 7 Oktober 2015

#14 : Kenapa Aku Letih Bekerja ?

Kenapa Aku Letih...



Sejak beberapa tahun kebelakang ini, aku tak tahu kenapa kerap merasa letih. Setelah diselidik dan dikaji,  kini aku tahu kenapa ianya berlaku……

Nak tau kenapa aku letih?

Aku LETIH  kerana TERLEBIH KERJA...

Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku semata-mata........

Begini ceritanya………

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 28 juta orang....3.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 24.3 juta orang.....2.3 juta pula adalah golongan kanak-kanak dibawah umur.
Jadi tinggal 22 juta orang.

Dari 22 juta ini, 8 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal lah 14 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 14 juta ini pula, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi macam tak kerja.

Kini tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan, pulau-pulau terpencil dan mereka-mereka yang tidak mempunyai ekses internet…...
Maka  tinggal lah baki  6 juta orang yang boleh buat kerja...

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tidak ada kerja (surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh graduate,kena buang kerja dll ).Tinggal lah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah 2.3 juta ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....Sekarang, mengikut bancian terkini, daripada baki 108,488 orang itu tadi, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

Jadi, tinggal lah 2 orang sahaja yang boleh buat kerja...Dan 2 orang itu adalah Kau dan Aku......

……..dan KAU pulak SEKARANG INI masih dengan handphone sibuk melayan Facebook, instagram, tweeter, wechat, whatsapp, telegram,  main games, tengok prono, berskandel  dan tak buat kerja langsung..............

Nampaknya, AKU  sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... ….

Mana aku tak letih!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan