MAIDAH FARMING SDN BHD
Assalamualaikum semua.....korang apa khabar yea..? lama x dengar berita... ;) Harap-harap korang semua sihat-sihat belaka lah hendaknya sebab kali ni aku nak bawak korang semua ronda-ronda ladang...korang mesti tau game Farmville tu kan...? haaa ni aku bawak korang masuk menyelami, mendalami dan memahami Farmville sebenar....
Ayuhh !!
Hari ini aku akan membawa korang melancong ke satu ladang kecil dan terpencil diberi nama Maidah Farming Sdn Bhd yang terletak di Daerah Pagoh Muar Johor. Ladang seluas 20 ekar ini telah di usahakan oleh dua orang muda sahabat yang berjiwa besar dan mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian dan penternakan. Pertanian utama yang dipilih untuk diusahan diladang ini ialah jagung manis dan rumput napier, manakala bidang penternakan pula adalah Kambing, Arnab Pedaging dan Ayam Kampung.
Disini terdapat dua buah bangsal yang mampu menempatkan sehingga 1200 ekor kambing pada satu-satu masa manakala kawasan penternakan arnab pula mampu menempatkan sehingga 6000 ekor.
Sebenarnya atas faktor-faktor keselamatan dan bio security, ladang ini tidak dibuka kepada umum...jadi kalau korang berniat untuk melawat ladang ni, simpan je la...layan gambar sudahlah yea..huhuuuu
Dahulunya ladang ini mempunyai 6 orang pekerja termasuk dua orang muda sahabat tadi bagi menguruskan perjalanan operasi harian, tetapi kini hanya tinggal 1 orang sahaja yang menguruskan ladang dan 2 lagi menguruskan hal pemasaran dan pengembangan operasi. Bunyi macam tak logik bukan? haaa itulah realitinya....jika kaedah pengurusannya betul satu orang ini sudah memadai.
Jika korang pernah melawat atau mencari maklumat-maklumat tentang kaedah penternakan di luar negara terutamanya di Australia, korang mungkin akan lebih terkejut dari beruk bila mengetahui hanya 2 orang diperlukan untuk menguruskan 11 ribu ekar ladang dengan kapasiti 30 000 ekor kambing!!! haaaaaa...terperanjat tak...? kalau tak terperanjat, sahlah korang ni memang orang, bukan beruk..huhuu
Kaedah pembersihan dan pelupusan yang paling murah, cepat dan berkesan adalah dengan cara membakar. Alaaaa korang jangan eksen la nak cakap ini salah itu salah...pembersihan dan pelupusan cara moden menelan belanja sekitar RM5000 seekar, manakala dengan kaedah konvensional hanya memerlukan sebatang mancis......lihat sahaja bagaimana syarikat-syarikat perladangan Malaysia di Indonesia yang membekalkan karbon dioksida kepada jiran-jirannya setiap tahun tu,....pasti korang akan terhangguk-hangguk buat-buat faham.
Asap tebal masih di acceptable melalui pembakaran terkawal terutamanya pada musim kemarau....tanah akan menjadi subur selepas beberapa bulan dan akan mula ditanam dengan rumput bagi makanan ternakan serta lain-lain tanaman pertanian yang sesuai.
Kambing-kambing disini akan di lepaskan untuk meragut sekitar jam 12 tengahari di 10 plot yang disediakan dan dimasukkan semula kekandang pada lewat senja.
Sebahagian besar dari kambing-kambing ini adalah untuk dijual kepada para pelanggan untuk tujuan aqeqah pada harga RM1000 - RM1500 seekor mengikut gred, saiz dan jantina. Maaf, kami ladang ini tidak membekalkan kambing feral....
Sebahagian kawasan ladang ini digunakan untuk tanaman jagung manis. Buahnya kami jual kepada FAMA ( contract farming ) manakala batangnya kami jadikan silage dan disimpan untuk kegunaan masa malas kami akan datang terutama ketika kemarau atau musim hujan.
Tanaman jagung ni leceh sikit...tanah perlu di gembur, dibuat batas, ditabur kapur, boh taik ayam, boh baja bagai..pas tu nak kene siram hari-hari...rumput yang naik perlu diracun...agak rumit tetapi menyeronokkan....
Inilah rupa jagung manis yang kami bekalkan kepada FAMA...terbahagi kepada 2 grade....grade AA mahal sikit dari grade A...manakala grade B kami bagi kambing makan...huhuuu...untung la jadik kambing....bukan setakat dapat makan batang jagung, buah jagung pon dapat tao..
Batang dan daun jagung yang telah diracik dimampatkan kedalam tong kedap udara ini selepas di tambahkan dengan beberapa bahan untuk di jadikan silaj batang jagung.
Kini tibalah masa untuk berkenalan dengan 2 orang jejaka tampan yang dimaksudkan tadi.....boleh tengok dari jauh je..bahaya nak zoom...aura kuat nih...kang ada yang jatuh hati kerusi.
Proud to be a Farmer !! acheewahhh
From left to right
Mr Harris, En Azhan
Umur sama
Best friend dari muda sampai tua....masa kat U pon dok sebilik sampai grad.....sorang belajar sampai oversea..sorang lagi tu malas belajar.
Ok cukup. Ni nak sembang pasal ladang bukan tuan ladang.
Rumah semaian ni sebenarnya takde la berfungsi sangat...untuk poyo-poyo je...kalau ikut buku, memang mcm ni la...last-last buat ikut pengalaman...simple...jimat masa, jimat tenaga dan hasil lebih tinggi.... pengalaman itu mendewasakan..phheewww.
Ladang ini terletak di puncak bukit....memang sayup la mata memandang tetapi agak panas ( mungkin sebab atas bukit - dekat dengan matahari...hahahaaaa )
Bagi memenuhi permintaan pelanggan, proses menyembelih dilakukan sepenuhnya disini. Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan kami hanya membekalkan kambing yang telah siap disembelih dan diproses....yang hidup nahii nahii.....so jangan nak bodek-bodek tawar menawar nak yang hidup..kang tak pasal-pasal ada yang dapat makan free...huhuuu
No Farm, No Food.....tepat sekali.....bagi merancakkan lagi perjalanan bizz kami, satu kedai warong kambing golek telah dibuka.....so pelanggan lama, pelanggan baru dan bakal pelanggan kami boleh la mendapatkan stok daging kambing, arnab dan ayam kampung disini....ini bukan kedai makan yea...ini dapur sahaja tempat kami menyediakan persiapan untuk event menggolek dan katering...
Tempahan Kambing Golek dan Katering boleh di buat dengan menghubungi :
012-7123559 - Azhan
Harga Kambing Golek bagi Full Package ialah :
Aqeqah : RM1300/ekor
Bukan Aqeqah : RM1000/ekor
Pekej termasuk :
Kambing golek on site
Sos Black Pepper
Coleslaw
Jagung / otak-otak
Servis
Penghantaran
Sijil ( bagi aqeqah )
Dulu warong ni di buka untuk pelanggan 'test food'....bukan free yea....satu set rm10...
Set Kambing
Set Arnab
Set Ayam Kampung
ada coleslaw, frenchfries, salad dan sos.
Nak tapau pon boleh.....kami juga menyediakan set kambing golek dan arnab panggang sejuk beku.....balik rumah tinggal panaskan balik je dalam microwave selama 5 minit dan sedia untuk di nikmati secara sendiri atau bersama keluarga...
Yang ini pula adalah arnab daging yang kami ternak dan kami bekalkan kepada kedai kami sendiri....dulu kami ada ambil dengan pengusaha lain, tapi dah stop. Full Stop.
Kami mempunyai kontrak untuk membekal daging arnab segar dan sejuk beku kepada beberapa Hotel dan Restoran dan kami bercadang untuk membesarkan lagi ladang arnab ini bagi menampung permintaan yang terus meningkat.
Penat dah menaip...nampaknya itulah sahaja coretan untuk kali ini....jumpa di lain entry...adiosss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan