Rabu, 7 Oktober 2015

#14 : Kenapa Aku Letih Bekerja ?

Kenapa Aku Letih...



Sejak beberapa tahun kebelakang ini, aku tak tahu kenapa kerap merasa letih. Setelah diselidik dan dikaji,  kini aku tahu kenapa ianya berlaku……

Nak tau kenapa aku letih?

Aku LETIH  kerana TERLEBIH KERJA...

Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku semata-mata........

Begini ceritanya………

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 28 juta orang....3.7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 24.3 juta orang.....2.3 juta pula adalah golongan kanak-kanak dibawah umur.
Jadi tinggal 22 juta orang.

Dari 22 juta ini, 8 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal lah 14 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 14 juta ini pula, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi macam tak kerja.

Kini tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan, pulau-pulau terpencil dan mereka-mereka yang tidak mempunyai ekses internet…...
Maka  tinggal lah baki  6 juta orang yang boleh buat kerja...

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tidak ada kerja (surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh graduate,kena buang kerja dll ).Tinggal lah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah 2.3 juta ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....Sekarang, mengikut bancian terkini, daripada baki 108,488 orang itu tadi, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

Jadi, tinggal lah 2 orang sahaja yang boleh buat kerja...Dan 2 orang itu adalah Kau dan Aku......

……..dan KAU pulak SEKARANG INI masih dengan handphone sibuk melayan Facebook, instagram, tweeter, wechat, whatsapp, telegram,  main games, tengok prono, berskandel  dan tak buat kerja langsung..............

Nampaknya, AKU  sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... ….

Mana aku tak letih!!!!

Selasa, 6 Oktober 2015

Nota Jiwang #13 : Cinta itu Mengasyikan

Cinta Tidak Buta


Love at first sight.... love at first ride... love at first sex ( huhuu )  merupakan himpunan ayat2 yang biasa digunakan bagi menunjukkan minat yang muncul pada kali pertama gitu....

Tapi tidak bagi aku...aku kene tengok berkali-kali, pejam celik, pejam celik, belek-belek...pegang-pegang, raba-raba...rasa-rasa.... baru timbulnya cinta...itu pun kalau timbul la...huhuuu....kadang-kadang dah timbul, tapi atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa menenggelamkan semula rasa cinta yang mula bersemi itu............. ( buweekkk..muntah ijoo )

Contohnya terbaik seperti gambarajah dibawah :



Gambar Bukan Sekadar Hiasan

#12 : Kes Kecurian Kereta Meningkat - Penghargaan Buat MPPP.

Kes Kecurian Kereta Meningkat


Kebelakangan ini, kes kecurian kereta semakin menjadi-jadi terutamanya dikawasan bandar dan ia bukan lagi berlaku dikawasan yang sunyi, malahan lebih kerap berlaku dikawasan yang sibuk dan di siang hari.

Di kesempatan ini aku ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak MPPP kerana begitu prihatin dalam menjaga keselamatan kenderaan pelancong luar seperti aku. Aku merasa lebih selamat kerana  kenderaan aku telah dijaga dengan baik dengan bayaran yang cukup minima. 

Bayangkan la kalau kenderaan korang yang tidak dijaga oleh PBT ini hilang atau dicuri....., kan ke lagi susah dan menyusahkan....apa la sangat RM50 tu jika nak dibandingakna dengan servis yang diterima...Secara tidak langsung, aku juga turut tersenarai sebagai penyumbang ( bukan derma ) kepada kerajaan negeri demi memajukan dan mentranformasi negeri Pulau Pinang ini menjadi seperti Miami yang ' summer ' sepanjang tahun...huhuuu


Gambar Sekadar Hiasan


Kisah #11 : Sukarnya Hidup Sang Auditor - Realiti




Dulu ( sila refer date pada gambar dibawah ) aku cukup menyampah bila sang Auditor baik yang internal mahupun yang external datang opis....menyampah bukan sebab aku ada salah atau ada buat salah ( i m nothing to hide okey ) tapi sebab nak kene layan kerenah depa ni...nak kene entertain bawak g makan lah...bawak g karok la...main golf bagai...diaorang ingat asal title mcm aku ni mesti main golf ke ? frankly speaking ( acheewahhh ) aku lebih suka bawak diaorang ni ziarah kubur dari ziarah golf club. Biar depa ingat mati sikit.


Tetapi disebalik kemenyampahan aku kat auditor-auditor ni terselit juga perasan cemburu....hahahahahahahhaa.... ( maaf, sampai kat sini aku tak tahan nak gelak...hahaha ) maklumla, semua disponsor.......nasib baik la guna duit company, dan company tu pulak bukan aku yang punya...huhuuu

Lain kali kalau nak hantar auditor tu, hantar la yang sedap mata memandang dan boleh dijadikan future maid....ini hantar semua belalai...mana aku tak hangin...chaiittt.




Gambar Sekadar Ilustrasi Penulis

Cerita #10 : Orang kita memang pelik

Orang Kita Memang Pelik


- Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, 
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah - 

Foohhhh dahsyat kata-kata motivasi kali ni...terasa macam Abang Chubby Azizan Osman pulak....

Iyalah sesekali kita perlu memotivasikan diri sendiri jugak. Kebanyakkan orang kita ( orang kita yang kat Uganda sana ) apabila ada orang biasa-biasa bagi motivasi atau kata-kata nasihat, biasanya orang tersebut akan diperlekeh lekeh sehingga ke tahap nak di sekeh....tetapi bila ada orang-orang luar biasa memperlekehkan kita..ehh..ehh...tetiba pulak kita jadi bangga dan bersemangat....siap boleh update status kat FB lagi..huhuuu

Moral of the story : Jadilah orang yang luar biasa - bukan orang yang pelik.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak bebelkan di entry ni...tapi aku takut ianya menjadi terlalu panjang dan akan menjemukan aku sendiri....kalau dah semua dicurahkan kat sini, nanti takde pulak entry baru...iya tak..? ( adakah aku seorang yang pelik ? )

Kisah Gembira #9 : Menyumbangkan 4 Album Kompilasi Hit Terbaik Orang Lama

Hanya ini yang dapat ku'sumbang' kan.....terima je lah yea...




Setiap seorang dari kita perlu menerima hakikat bahawa kekurangan yang ada pada kita merupakan kelebihan kepada yang lain... - faham tak apa yang aku cuba sampaikan ? contohnya begini :- Orang baik hanya akan kelihatan baik bila ada orang yang jahat dikalangan mereka....atau dengan bahasa mudahnya " orang jahat akan nampak baik bila ada orang yang lebih jahat darinya "....errmmm...ke masih tak faham lagi....?

Contoh lain adalah seperti gambar di bawah..... Steven Tyler jadi popular disebabkan ada orang seperti spesis dibawah cuba menyumbangkan lagu " Dream On "... yeahh...keep on dreamin' dude......mimpi itu memang indah..huhuu

Suami kepada isteri aku selalu berpesan " Kalau suara sedap, gi buat album, kalau suara tak sedap, layan karaoke je dah la...."




Gambar Bukan Sekadar Hiasan



#8 : Kisah Misteri Menyayat Hati

Kisah Misteri Menyayat Hati ( agak melampau betul tajuk begini )

Semenjak 5 nam belas tahun kebelakang ini, aku seperti diserang penyakit misteri....tapi nak kata misteri sangat tu tak jugak la.....ceritanya begini....

Ehhemm... Setiap kali aku sibuk dengan kerja-kerja baik di pejabat, ladang atau kedai aku akan selalu teringat-ingat untuk bercuti makan angin bersama keluarga....tak kisah la kemanapun..yang pentingnya jangan dekat-dekat....paling koman pun 4-5 jam perjalanan...baru la adventure..iya tak? Bukan ke pepatah ada mengatakan " pleasure comes from the journey"

Tapi yang agak misterinya, bila bercuti je, tak pulak teringat nak kerja..huhuuu...

Itu je la nak bagi tau ke misterian yang aku sering alami.....harap-harap ia kekal begini...ahaksss...



Gambar Sekadar Hiasan

Rabu, 30 September 2015

#7 : Suami Yang Baik

Suami yang baik ialah suami yang pandai memandikan baby. Sekian


Maaf gambar kurang memuaskan akibat jerebu..huhuu

Nota Gembira #6 : Main Masak-masak vs Masak Main-main - Nasi Bukhara

Masak main-main - Nasi Bukhara

" benda baik jika ditangguh-tangguhkan akan datang buruknya, benda buruk jika ditangguh-tangguhkan akan datang baiknya "

Setiap orang (terutamanya masa sekolah dulu) mesti mempunyai cita-cita bila besar nak jadi apa kan?aku juga tidak terkecuali...cikgu, polis,doktor tu boleh dikatakan jawapan standard masa sekolah rendah..... dulu cita-cita aku ialah nak jadi postman...iya jadi postman sebab seronok dapat naik motor keliling kampung setiap hari...( tu je la yang aku nampak masa tu..huhuu ) dan cita-cita itu kekal sehingga ke darjah 5. 
Setelah agak kerap menonton siri MacGyver aku bercita-cita untuk jadi mekanik pulak ( upgrade sikit dari naik motor boleh naik kereta ) tu pun x bertahan lama bila di form 1 aku rasa jadi tokey restoran lebih menepati jiwa aku setelah mula berjinak-jinak dengan dunia melepak di warong dan dapat tengok duit masuk hari-hari ( dah start materialistik sikit - sebenarnya serampang dua mata, makan dapat, duit pun dapat )
Masuk form 4 aku ambil aliran Mechanical Engineering lalu melanjutkan pelajaran dalam jurusan Business Studies, dan bersambung ke Investment Analysis...memang kelaut la cita-cita nak jadi postmen aku tu...huhuu

Entry akan datang akan ada cerita pasal aku kerja di Chow Kit sebagai tukang sembelih ayam...ni lepas SPM punya cerita ( 1989-1990 )

Hari ni nak bercerita tentang Nasi Bukhara sebenarnya.....rempah bukhara segera yang mudah didapati dipasaraya pasti akan menjadi lebih sedap jika pandai diolah dan diberikan sentuhan kreatif dari sepemasak...( lain macam je ayat ni... )

Beras di gunakan : Beras Wangi Mamaloy 1 cawan + Beras Herba Taj Mahal 3cawan
Bahan Utama : Rempah Nasi Bukhara, ayam 1/2 ekor
Bahan Sampingan : (1) Rempah Tumis ( 1 bungkus ), bawang besar 1 biji dipotong dadu, bawang putih 6 ulas dipotong nipis, bawang goreng ( ni orang pemalas punya kerja...lecah nak phiris bawang merah ni aku guna bawang goreng je...), 
(2) 1 biji tomato, lada hijau / merah , daun pudina ( kalau xde daun pudina belasah masuk daun sup pon boleh...sendiri nak makan, apa ada hal )

Cara Memasak : Tumis bahan (1) + rempah bukhara sampai naik bau, masukkan ayam...gaul lebih kurang pastu masukkan beras, gaul lagi sikit, masukkan bahan (2) dan masukkan air 3.5 cawan...kacau rata dan tutup.....

Tunggu sehingga masak +- 10 minit.....sedia untuk dihidang..huhuuu

Saiz Hidangan : 6 - 8 orang
Masa : 20 minit
Kos Terlibat : RM20



Selasa, 29 September 2015

Nota Gembira #5 : Old Friends are Gold

Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, dari pengalaman bercakap dan bersalaman....



Antara perkara yang menyeronokan tentang berniaga ini ialah kita tidak akan tahu siapa kita akan berjumpa, bila dan dimana,,,sekali air bah, dua tiga kali pantai boleh berubah...timbul tenggelam, timbul tenggelam...timbul tak tenggelam..tenggelam tak timbul adalah resam kehidupan....,
Syukur masaku ini telah memberikan sedikit ruang untuk bercerita tentang memori-memori lama, suka duka bersama, hilang dan muncul kembali dengan deretan 'tentera'nya.... , ada yang beristeri tua dan muda, dua dan tiga ( huhuu... ) 

Restoran dibawah ini berlokasi di Pt Bunga Muar Johor....orang kata, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....apatah lagi jika tempat kita bermain sampai jatuh-jatuh....mesti lebih indah memorinya kan ? ..huhuu

Restoran Jom Santai Corner - Pt Bunga Muar


Gambar Arnab Kambing Golek ni pula tak lain dan tak bukan adalah hasil seni kreatif suami kepada isteri aku iaitu En Muhamad Azhanudin a.k.a RabbitVillage d'Muar. Kambing Golek ini memang tersangat lazat dengan rempah ratus terpilih dihidang bersama sos black pepper yang istimewa - Love at first Bite gituuuu....satu pekej lengkap termasuk otak-otak, coleslaw dan lain-lain hanya RM1000 sahaja untuk hidangan 80 - 100 tetamu....berbalaoi bukan?

Untuk tempahan oleh hubungi beliau....ini iklan tidak berbayar...aku bukan kapitalis..huhuuu