Khamis, 16 Mei 2013

SENI MEMELIHARA ARNAB - MEMBIAKKAN ARNAB

SENI MEMELIHARA ARNAB

Salam 1Malaysia

Keseronokan dalam memelihara arnab adalah apabila kita berjaya membiak kan mereka. Debaran dan rasa cemas menunggu saat2 kelahiran arnab amat lah menyeronokan dan hanya diketahui oleh mereka yang sedang dan pernah melaluinya.

Tidak kira apa jenis arnab yang anda miliki, kaedah mengawan nya tetap sama dan akan melalui proses dan fasa yang sama juga. Walaupon kaedah dan prosesnya sama, tetapi hasil yang di perolehi adalah berbeza.


 Kelahiran.....

Membesar....

Frust...cubaan membunuh diri...hahahahah

 Membiakkan Arnab

Langkah 1 :
Mesti la ada arnab sepasang...kalau seko je x jadik...mana nak dapat benih utk disenyawakan nnt....

Langkah 2 :
Pastikan arnab yang hendak dikawenkan itu sudah matang....baby arnab x leh yea...kurang2 umoq nak kawen nie kalau jantan 6 bulan...betina 4 bulan...tu minima....lebih tua lebih bagus....

Langkah 3 :
Masukkan arnab betina ke dalam sangkar arnab jantan...bukan sebaliknya. Pastikan kedua2nya sedia untuk mengawan. Jantan mestilah lebih besar atau sama saiz dengan betina....

Langkah 4 :
Biarkan beberapa saat/minit sehingga arnab Jantan menenggek ke atas arnab Betina, dan arnab betina mengangkat punggungnya...Jika terdapat 'penetration' salah satu atau kedua-duanya akan tergolek ke tepi..dan kadang2 sedikit menjerit serta menghentak2 kaki....

Langkah 5 :
Asingkan semula mereka kedalam sangkar masing2...rekodkan tarikh mating/mengawan ini. Selepas 2 atau 3 hari, proses ini boleh dilakukan semula bagi memastikan kebernasannya...

Langkah 6 :
Arnab boleh mula dikesan kehamilannya pada hari ke 15 dengan merasa benjolan2 pada perut bawah antara kaki belakangnya. Jika kosong, boleh lah dikahwinkan semula....Arnab akan bunting selama 28 - 34 hari dan pada hari ke 25 persiapan untuk menyambut kelahiran perlulah di sediakan ( nesting box, hay, vitamin dll)


Langkah 7 :
Jika selepas hari ke 34 masih tiada lagi kelahiran, maka hendaklah di bawa ke veterina untuk pemeriksaan lanjut, dikhuatiri anak2 tersangkut dan mati dalam kandungan..

Oleh itu, bagi mendapatkan hasil yang baik, mestilah dimulai dengan pemilihan baka yang baik juga. Mana mungkin arnab mongrel biasa jika di kahwinkan dengan arnab mongrel biasa juga dapat menghasilkan anak arnab Show Quality..? Saya tidak mengatakan mustahil..tetapi 99.7% adalah mustahil..

Sebab itulah dapat kita perhatikan, kebanyakkan breeder2 bijak akan sentiasa berusaha menambah baik rabbitry masing2 dengan membawa masuk arnab2 import dari jenis yang terbaik, atau mempunyai ciri2 yang breeder itu inginkan untuk dibiakkan....mereka akan terus membeli, membiak dan menjual sehinggalah mereka menemui apa yang mereka inginkan....Jika anak2 yang dilahirkan tidak menepati ciri2 yang mereka inginkan maka akan dijual dan mereka akan mencuba lagi dan lagi dan lagi.....Hasil yang terbaik akan disimpan untuk dijadikan baka dan yang terbaik ini juga akan dilepaskan jika mereka ingin mencari dan menghasilkan ciri2 yang lain pula.....ini lah yang di panggil Seni Memelihara Arnab.



Kebanyakkan (bukan semua yea) breeder2 didunia ini akan sentiasa membuat penambahbaikan terhadap rabbitry masing2...ada yang suka bermain dengan warna, ada yang suka bermain dengan corak, ada yang suka bermain dengan saiz, bentuk dan berat serta berbagai2 lagi mengikut kepakaran dan hasil yang diinginkan. Dan apabila mereka sudah mendapat ciri2 yang mereka inginkan itu maka akan mereka akan cuba menghasilkan yang lain pula.

Ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat apa yang mereka inginkan, tetapi jika sudah minat, masa, wang ringgit dan tenaga bukan lagi menjadi ukuran...sebaliknya kepuasan yang lebih di utamakan.

Jadi tidak hairanlah jika ada diantara rakan2 kita sanggup berbelanja puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit semata2 ingin mencari kepuasan dalam memelihara arnab. Mungkin bunyinya agak janggal bagi mereka yang kurang memahami, tetapi bagi mereka pula ini adalah perkara biasa.

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA



*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.

Rabu, 15 Mei 2013

Masuk Paper...!!

Salam 1Malaysia...

Bila belek2 album2 lama nie kdg2 buat aku ketawa sendiri....nasib baik dlm bilik nie aku sorang je...kalau ada org lain mesti dia igt aku ni tersalah makan ubat...hahha

Ni zaman masa pok cik muda belia dulu..lebih kurang 40 tahun yg lampau...kowang mesti x caya kan..? pok cik pon x caya yg wajah kacak pakcik nie tak tally dgn umor pok cik....hahhaa

Dulu gini lah pokcik...kehulur ke hilir membimbing anak2 muda kita ke jalan yang bengkang bengkok...iya la naik moto kalau layan jalan straight je mana syok....mesti mau byk kona2 baru best...boleh asah lutut.....
Kerana sifat sopan santun ku di jalan raya dan jalan kampung, aku telah di nasihatkan untuk membimbing adik2 nie seramai 120 org lebih ttg bagaimana nak jadik mcm aku nie...x mo rempit rempit..x mau..x mau..kata ustaz izzi....
Mereka juga didik dgn hikmah...maklum lah semuanya bukan rebung lagi...dh tahap boleh buat meriam dah.....gambar bawah nie saje aku besarkan sbb ada nama aku tu...hahahahahahahah INI SEMUA POYO...!!!

Walaupun teknik2 layan kona dan mencilok2 tu out of topic...tp sebagai seorang yg tidak kedekut ilmu, aku kongsi jugak dgn mereka2 nie.....barulah semangat bersatu padu tu dapat dipupuk melalui perkongsian hobi & minat yang sama nie....x gitu..?
Marilah kita sama2 berdoa agar generasi kita yg akan datang lebih Cemerlang, Terbilang dan Gemilang.....dan bukan Temberang...ihik...ihik...ihikkk

Sekian Wassalam...

Vroommm....Vrommmm....

Test Motor Power..!! Love at First Ride

Salam 1Malaysia

Tak berapa lama dlu aku ada test motor sahabat aku yg datang ziarah kerumah aku...perghhhhh...best siot...Love at First Ride kata apek kdai tayar tu....

Sentuhan, belaian dan rengek kan nye sungguh mengujakan.....seakan aku dengannya bersatu bertambah mutu....
Sekali round x puas.....5 kali round x cukup...40 kali round makin syokkk...arrgghhhh....bila la mesin cetak duit aku nie nak siap agaknye....

Tapi apakan daya...ia hanyalah moto pinjam....kalo moto aku sendiri..mmg dah kasik lenjan sampai Phuket...hahahhaha
Kene start kumpul duit nie....sehari singgit...100 000 hari lagi tercapai la niat murni aku nie hendaknye.....ermmmm...100 000 hari tu lama x ehh..?

RabbitVillage yang Gedik

Salam 1Malaysia....

Gedik dan santai nie mmg x dapat dipisahkan dr diri aku.....dah cuba try test byk kali...tp masih x leh gak...ishkkkkk...ni semua aku nak salahkan pepatah omputih yg ckp " You Cannot Be Somebody If You Cannot Be Yourself ".....sebab pepatah ni la aku menten gedik dan santai...hahhahhahha

Gedik No1 : Bersama kak Maz dr WoW ( Women on Wheel ) semasa Muar Ride


Gedik No 2 : Bersama wartawan jelita yang membuat liputan Ride Belia Ke Telok Gorek Mersing
 

Gedik No 3 : Bersama adeeekkk mannisss semasa Ride Nasik Ambeng Tanjung Piai Johor.

Santai No 1 : Ride Santai ke Terengganu ( 2 org je )

 Santai No 2 : Ride Semenanjung - Keliling Semenanjung sejauh 1400 km

Santai No 3 : Ride Mee Udang Kuala Sepetang & Nasik Kandaq Penang

 Salam hormat dari saya....RabbitVillage d'Muar....

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

Berendam Di Sg Congkak

Perlukah Tuan Arnab Mandi..?

Salam 1Malaysia..

Kalau arnab2 pon perlu dimandikan...tuan arnab lagi laaaaaa patut kene mandi....Jom Mandi!!!

 Dengan keadaan cuaca panas dan suhu yang mencecah 34 darjah celcius ni...berendam di Sungai Congkak adalah cara terbaik merendahkan suhu dalaman Tuan Arnab......keh..keh..keh....
 Berendam sambil main batu seremban.....hihihihi
Anak aku pon dah pandai tegakkan batu....
Heyyy batu hikmat....sejak bila ko pandai berdiri....?

ok lah geng...nak ke ladang bagi arnab2 makan kjap......jumpa di entry berikutnye yea...jgn lupa jadik FOLLOWER utk mengetahui perkembangan dari masa ke semasa RVdM...miahahahahhahaa

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

PERLUKAH ARNAB DIMANDIKAN...?

MEMANDIKAN ARNAB

Salam 1Malaysia


Pernahkah anda melihat arnab mandi...? Pernahkah anda melihat keupayaan arnab berenang dan berendam....? Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bolehkah arnab mandi..? Takde side effect ke nnt...? Tak sakit ke dia nnt...? Bulu x bergumpal ke..? Dia x meronta atau lari ke...? dan mcm2 lagi persoalan....

Sebenarnya, ada dua jawapan 1.Perlu 2. Tak Perlu...

Arnab juga adalah haiwan yang mempunyai naluri untuk dibelai dan dimanjakan....penjagaan kesihatan untuk arnab adalah perlu supaya mereka terhindar dari penyakit dan boleh hidup dengan lebih selesa dan ceria....

Dengan keadaan cuaca yang sgt mencabar seperti sekarang nie, dengan memandikan arnab sedikit sebanyak dapat membantu menurunkan suhu dan ketidakselesaan mereka. Tetapi pastikan selepas memandikan arnab2 anda, ia perlulah di lap sehingga kering...semasa membilas ( jika menggunakan syampoo) pastikan syampoo tersebut benar2 hilang...ia mungkin tidak memedihkan mata, tetapi ia mungkin merbahaya jika arnab anda termakan syampoo tersebut...
Bulu-bulu arnab boleh di keringkan dengan mengunakan tuala yang bersih atau dengan mem'blow' mengunakan hair drier pada suhu rendah....ingat yea...arnab tidak boleh terkena suhu panas melampau secara terus..ia akan mengakibatkan sindrom yg dinamakan "heat stress"...boleh koma ooooo.....Semasa proses memandi dijalankan...cheewahhh...mcm kat makmal kimia plak...air yang digunakan hendaklah tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.....alaaa..mcm mandikan baby jugak la lebih kurang....syampoo tu pon boleh di campurkan sekali...x nak guna syampoo pon xpe...

Boleh juga jika hanya mencuci bhg2 tertentu (yg kotor)sahaja dengan menggunakan spray syampoo atau dengan air bersih...


 Ini adalah antara contoh2 syampoo arnab yang terdapat di pasaran. Boleh dapatkannya di pet shop berhampiran anda...


Selepas bulu dikeringkan, bolehla meng'groom' arnab anda dengan menyikat bulu2 mereka dengan sikat khas. Bulu2 lama dan mati akan tertanggal dan bulu2 baru akan tumbuh dengan lebih sihat...Jika rajin, gosokkan lah gigi mereka sekali ya...hahahah Sekian Selamat Beramal


Arnab Ceria Tuan Arnab Gembira

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA




Selasa, 14 Mei 2013

MENGURANGKAN STRESS ARNAB AKIBAT SUHU MELAMPAU

 SUHU MELAMPAU -  ARNAB STRESS - CARA MENGATASI.

Salam 1Malaysia...

"I was born cool, but global warming make me HOT..."

Hello ..hello...hellooo...selamat bersiaran kembali di blog GedikSantai...Hahh..semenjak dua menjak ni cuaca tersgt lah panasnya.....pokok2 yang semakin berkurangan menyumbang kepada pemanasan global dgn leih cepat....

Apa khabar lah agaknye dengan arnab2 kita yea...kalau kita sendiri pon dah x tentu arah dengan cuaca sebegini......arnab2 tu lagi la x selesa...dah la terkurung dalam sangkar 24 jam 7 hari seminggu......kalau kat dalam hutan boleh jugak la dia korek tanah duduk dalam lubang....kesian...kesian...

Cuaca sebegini yg membuatkan arnab2 anda stress....x selera makan...kurang aktif.....x nak mengawan.....mudah sakit terutama hidung berair...dan lain lain lagi....

Tapi x pe....disini aku nak kongsi sikit pengalaman bagaimana nak menekel situasi ini.....caranya mudah je.....

1. Alas bhg atas sangkar dengan plywood...kalau xde plywood boleh gunakan kotak...

Kalau xde kotak, boleh gunakan guni pellet.....
 Tp jgn gunakan tikar getah atau plastik....nnt arnab2 tu lemas plak sbb udara x dapat masuk

2. Campurkan sedikit Garam Kasar kedalam minuman arnab2 anda.....
3.Letakkan bekas berisi air didalam sangkar bagi menurunkan suhu dalam sangkar...
4. Kurangkan memberi pelet....sbb pelet akan menjadikan suhu badan arnab meningkat...atau beri    pelet pada waktu petang/malam sahaja.
5. Berikan daun2 hijau bagi merendahkan suhu badan arnab anda seperti :
 ULAM RAJA
 KACANG BOTOL (jgn bg sambal belacan tu plak..kacang botolnye sahaja)
 PEGAGA
atau RUMPUT GAJAH nie

Inilah cara murah dan mudah untuk mengelakkan arnab2 anda stress akibat suhu yang melampau......kalau bela x banyak..boleh jugak bagi 100 plus...kalau bela sampai beratus2 ekor...bg air campor garam je...Selamat Beramal

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

MENUNGGANG LANGGANG - AKU & MOTOR

Aku dan Motor

Salam 1Malaysia

"pleasure comes from the outside happiness from the inside"

Ini aku...ehh..bukan pic yg atas tu pic yang bawah....Dari kecik sampai ke beso (tua bangke) aku mmg suka mengembara dan merayap sana sini....sorang2 pon jadik..dgn motor diatas tu lah aku yang di bawah nie merayap satu semenanjung..sampai ke singapura, thailand, laos, myanmar dan tah mana2 lagi lah......

 Dalam byk2 tempat tu...Malaysia jugak yg paling best...pegi mana2 pon x  risau sbb semua org Malaysia nie pandai ckp melayu...kalau sesat ke salah jalan ke singgah je mana2 warung atau stesen minyak hatta bangla2 mesin rumput tu pon sedia membantu dengan dialek yg agak pelik tapi masih boleh di fahami....
Lautan air pon sanggup ku redahi..apatah lagi lautan Hindi...bedua je pon jadik...janji menunggang langgang.

Bak kata pepatah omputeh " pleasure comes from a journey not a destination "
Kalau melencong ke Terengganu jgn lupa mengorder sotong goreng tepong yg sungguh lazat di Pantai Batu Burok ni....disajikan bersama air kelapa muda..perghhh wa cakap lu....awek lalu depan belakang kiri kanan pon wa buat deekkk je...
Ni la kedainya....sekali cuba mmg nak lagi..pastikan anda membawa wang yg banyak...aiskrim goreng tu x berapa menarik minat aku....yg atas meja tu lagi best....
Aku suka pic nie...nampak mcm photoshop..ni pon guna kamera HP cikai je..kalau guna S4 mesti lagi cantik....xkisah lah...bersyukur lah dengan nikmat yang ada...iya dak...?
Melencong ke Tganu nie x lengkap kalau x ke pulau.....gmbr terpaksa di sensor sbb seksi ...nnt kowang teruja plak...ekekekekek
Waktu dinihari yang di dpn Istana...saje je nie bajet ensem..hahaha

Hembusan bayu yang bertiup sungguh melenakan...zzzzzzzzzzzz
Sotong lagi...nyummm...nyummmm....kenapalah aku suka sgt sotong ekk..?
Hye kuda.....jaga diri baik2 yea....jgn nakal2...lain kali kita jumpa lagi...daaaaaa!!



TUNGGANGLAH DENGAN SELAMAT JALANRAYA BUKAN TEMPAT BERLUMBA