Khamis, 16 Mei 2013

SENI MEMELIHARA ARNAB - MEMBIAKKAN ARNAB

SENI MEMELIHARA ARNAB

Salam 1Malaysia

Keseronokan dalam memelihara arnab adalah apabila kita berjaya membiak kan mereka. Debaran dan rasa cemas menunggu saat2 kelahiran arnab amat lah menyeronokan dan hanya diketahui oleh mereka yang sedang dan pernah melaluinya.

Tidak kira apa jenis arnab yang anda miliki, kaedah mengawan nya tetap sama dan akan melalui proses dan fasa yang sama juga. Walaupon kaedah dan prosesnya sama, tetapi hasil yang di perolehi adalah berbeza.


 Kelahiran.....

Membesar....

Frust...cubaan membunuh diri...hahahahah

 Membiakkan Arnab

Langkah 1 :
Mesti la ada arnab sepasang...kalau seko je x jadik...mana nak dapat benih utk disenyawakan nnt....

Langkah 2 :
Pastikan arnab yang hendak dikawenkan itu sudah matang....baby arnab x leh yea...kurang2 umoq nak kawen nie kalau jantan 6 bulan...betina 4 bulan...tu minima....lebih tua lebih bagus....

Langkah 3 :
Masukkan arnab betina ke dalam sangkar arnab jantan...bukan sebaliknya. Pastikan kedua2nya sedia untuk mengawan. Jantan mestilah lebih besar atau sama saiz dengan betina....

Langkah 4 :
Biarkan beberapa saat/minit sehingga arnab Jantan menenggek ke atas arnab Betina, dan arnab betina mengangkat punggungnya...Jika terdapat 'penetration' salah satu atau kedua-duanya akan tergolek ke tepi..dan kadang2 sedikit menjerit serta menghentak2 kaki....

Langkah 5 :
Asingkan semula mereka kedalam sangkar masing2...rekodkan tarikh mating/mengawan ini. Selepas 2 atau 3 hari, proses ini boleh dilakukan semula bagi memastikan kebernasannya...

Langkah 6 :
Arnab boleh mula dikesan kehamilannya pada hari ke 15 dengan merasa benjolan2 pada perut bawah antara kaki belakangnya. Jika kosong, boleh lah dikahwinkan semula....Arnab akan bunting selama 28 - 34 hari dan pada hari ke 25 persiapan untuk menyambut kelahiran perlulah di sediakan ( nesting box, hay, vitamin dll)


Langkah 7 :
Jika selepas hari ke 34 masih tiada lagi kelahiran, maka hendaklah di bawa ke veterina untuk pemeriksaan lanjut, dikhuatiri anak2 tersangkut dan mati dalam kandungan..

Oleh itu, bagi mendapatkan hasil yang baik, mestilah dimulai dengan pemilihan baka yang baik juga. Mana mungkin arnab mongrel biasa jika di kahwinkan dengan arnab mongrel biasa juga dapat menghasilkan anak arnab Show Quality..? Saya tidak mengatakan mustahil..tetapi 99.7% adalah mustahil..

Sebab itulah dapat kita perhatikan, kebanyakkan breeder2 bijak akan sentiasa berusaha menambah baik rabbitry masing2 dengan membawa masuk arnab2 import dari jenis yang terbaik, atau mempunyai ciri2 yang breeder itu inginkan untuk dibiakkan....mereka akan terus membeli, membiak dan menjual sehinggalah mereka menemui apa yang mereka inginkan....Jika anak2 yang dilahirkan tidak menepati ciri2 yang mereka inginkan maka akan dijual dan mereka akan mencuba lagi dan lagi dan lagi.....Hasil yang terbaik akan disimpan untuk dijadikan baka dan yang terbaik ini juga akan dilepaskan jika mereka ingin mencari dan menghasilkan ciri2 yang lain pula.....ini lah yang di panggil Seni Memelihara Arnab.



Kebanyakkan (bukan semua yea) breeder2 didunia ini akan sentiasa membuat penambahbaikan terhadap rabbitry masing2...ada yang suka bermain dengan warna, ada yang suka bermain dengan corak, ada yang suka bermain dengan saiz, bentuk dan berat serta berbagai2 lagi mengikut kepakaran dan hasil yang diinginkan. Dan apabila mereka sudah mendapat ciri2 yang mereka inginkan itu maka akan mereka akan cuba menghasilkan yang lain pula.

Ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat apa yang mereka inginkan, tetapi jika sudah minat, masa, wang ringgit dan tenaga bukan lagi menjadi ukuran...sebaliknya kepuasan yang lebih di utamakan.

Jadi tidak hairanlah jika ada diantara rakan2 kita sanggup berbelanja puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit semata2 ingin mencari kepuasan dalam memelihara arnab. Mungkin bunyinya agak janggal bagi mereka yang kurang memahami, tetapi bagi mereka pula ini adalah perkara biasa.

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA



*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.

1 ulasan: