Rabu, 15 Mei 2013

PERLUKAH ARNAB DIMANDIKAN...?

MEMANDIKAN ARNAB

Salam 1Malaysia


Pernahkah anda melihat arnab mandi...? Pernahkah anda melihat keupayaan arnab berenang dan berendam....? Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bolehkah arnab mandi..? Takde side effect ke nnt...? Tak sakit ke dia nnt...? Bulu x bergumpal ke..? Dia x meronta atau lari ke...? dan mcm2 lagi persoalan....

Sebenarnya, ada dua jawapan 1.Perlu 2. Tak Perlu...

Arnab juga adalah haiwan yang mempunyai naluri untuk dibelai dan dimanjakan....penjagaan kesihatan untuk arnab adalah perlu supaya mereka terhindar dari penyakit dan boleh hidup dengan lebih selesa dan ceria....

Dengan keadaan cuaca yang sgt mencabar seperti sekarang nie, dengan memandikan arnab sedikit sebanyak dapat membantu menurunkan suhu dan ketidakselesaan mereka. Tetapi pastikan selepas memandikan arnab2 anda, ia perlulah di lap sehingga kering...semasa membilas ( jika menggunakan syampoo) pastikan syampoo tersebut benar2 hilang...ia mungkin tidak memedihkan mata, tetapi ia mungkin merbahaya jika arnab anda termakan syampoo tersebut...
Bulu-bulu arnab boleh di keringkan dengan mengunakan tuala yang bersih atau dengan mem'blow' mengunakan hair drier pada suhu rendah....ingat yea...arnab tidak boleh terkena suhu panas melampau secara terus..ia akan mengakibatkan sindrom yg dinamakan "heat stress"...boleh koma ooooo.....Semasa proses memandi dijalankan...cheewahhh...mcm kat makmal kimia plak...air yang digunakan hendaklah tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.....alaaa..mcm mandikan baby jugak la lebih kurang....syampoo tu pon boleh di campurkan sekali...x nak guna syampoo pon xpe...

Boleh juga jika hanya mencuci bhg2 tertentu (yg kotor)sahaja dengan menggunakan spray syampoo atau dengan air bersih...


 Ini adalah antara contoh2 syampoo arnab yang terdapat di pasaran. Boleh dapatkannya di pet shop berhampiran anda...


Selepas bulu dikeringkan, bolehla meng'groom' arnab anda dengan menyikat bulu2 mereka dengan sikat khas. Bulu2 lama dan mati akan tertanggal dan bulu2 baru akan tumbuh dengan lebih sihat...Jika rajin, gosokkan lah gigi mereka sekali ya...hahahah Sekian Selamat Beramal


Arnab Ceria Tuan Arnab Gembira

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan