Isnin, 28 September 2015

Nota gembira #4 : Jika mahu bermimpi - tidurlah...jika mahu mimpi jadi kenyataan - bangkitlah.

Direction is so much more important than speed....many are going no where fast.

( gambar sekadar hiasan )

Diakhir-akhir zaman ini kecepatan dan kepantasan dilihat sebagai kayu ukur kejayaan..kalau belajar, nak cepat pandai...kalau kerja nak cepat kaya, kalau berniaga nak cepat untung, kalau hidup nak cepat mati....( ouuchhh agak emosi setelah di overtake  remaja beruniform sekolah tanpa helmet )

Dulu, aku selalu diingatkan supaya membina asas2 yang kukuh dahulu sebelum melakukan apa2 perkara sekalipun.....jika ingin berniaga, sediakan asas2 perniagaan secukupnya, jika bertani & berladang, perlu belajar asas pertanian dan perladangan, jika ingin membina bangunan, sediakan asas ( foundation ) yang kukuh dahulu sebelum membina tingkat demi tingkat kerana kejayan bukan diukur berapa cepat kita mengecapinya tetapi berapa lama kita mampu mengecapi kejayaan tersebut...kerana asas yang kukuh biasanya akan menjamin kejayaan

  hihiii....macam bagus je aku nih...

#3 Sifakir yang pemurah lebih dicintai Allah.

Si fakir yang pemurah...



"Allah mencintai orang kaya yang pemurah, tetapi Allah lebih mencintai orang miskin yang pemurah"


Gambar sekadar hiasan


Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana di bumi yang tandus begini, mereka boleh menternak kambing, biri-biri dan unta...? dengan ke'limit'an sumber makanan yang mereka ada tidak menjadikan ternakan mereka kurus kering...sebaliknya jauh lebih baik dari ternakan di bumi yang serba menghijau. Sesuatu perlu dipelajari disini, walaupun ianya bersumber dari seorang arab badwi.




Surah AnNahl. Ayat 080.
Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal dan Dia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: Khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti dan (Dia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.




#2 : Salah Saya....

Antara sah, batal dan penerimaan amal - kecelaruan yang berterusan.

Semalam aku berhenti bersolat disebuah masjid ( ahh terlewat lagi utk berjemaah )....seusai berwudhu aku berselisih dengan seorang yang aku kira agak 'alim dengan serban ala pak syeikh meliliti bahu' sedang menegur seorang pemuda yang memakai rantai ketika solat. Memarahi pemuda tersebut, meminta menanggalkan rantai dan mengulangi solat.

Mulut lancang aku secara super spontan berkata " pakcik,.. bukan solat adik ni tak sah.....cuma perbuatananya salah dan berd......" belumpun sempat aku menghabiskan bait-bait terakhir, aku telah disirami dengan kata2 yang kukira bisa menambahkan pahala dan menghapuskan dosa....

Terima kasih pakcik...


Hancus solat asar aku hari tu.


Gambar sekadar hiasan - penulis.

Ahad, 27 September 2015

Nota Gembira #1 : Aku bebas dari penjajahan FaceBook

Genap sebulan tanpa FaceBook....

27 September 2015

Yezzzaaa!!! Hari ini merupakan hari yang agak bersejarah bagi aku....

'ulangbulan' aku tanpa FB telah menyibukkan aku dengan aktiviti2 yang lebih positif....masa seakan bergerak lebih perlahan yang membuatkan aku seperti hidup lebih lama...

Sepurnama dulu, hidup agak gelisah jika sedetik tanpa menyantuni HP demi melihat status2 palsu dan komen caci maki para losers...jeritan-jeritan sumbang politik rasis yang ingin merubah dunia tanpa mahu merubah diri sendiri...santapan dan sentapan rohani yang diadaptasi dari sumber-sumber yang mencurigakan dengan olahan kata2 bergambar persis ulama muktabar....perkongsian fitnah dan pelbagai skim cepat kaya yang berslogan " hari-hari dapat duit, tidak perlu cari pelanggan, tidak perlu modal besar, tidak perlu jual barang, tidak perlu keluar rumah - anda hanya perlu menjadi bangang " sudah menjadi zikir harian. Stop.

Aku bebas dari penjajahan Facebook...


Semoga aku kekal gembira. ( gambar sekadar hiasan )

Selasa, 1 September 2015

PROMOSI KAMBING AQEQAH 2015 - CAWANGAN BANGI



FULL PACKAGE RM1300

1 EKOR KAMBING / BIRI-BIRI
PERKHIDMATAN MENGGOLEK
SOS LADA HITAM
COLESLAW
JAGUNG BAKAR/ JAGUNG REBUS / OTAK-OTAK
SIJIL AQEQAH
PENGHANTARAN

HUBUNGI :

AZHAN : 012-7123559 ( CALL / SMS / WHATSAPP )

* semua tempahan berdasarkan 1st come 1st serve basis*

LOKASI : BANGI

KAWASAN LIPUTAN :

KL
SELANGOR





AZHAN : 012-7123559 ( CALL / SMS / WHATSAPP )

* semua tempahan berdasarkan 1st come 1st serve basis*

LOKASI : BANGI

KAWASAN LIPUTAN :

KL
SELANGOR

AYAM MUTIARA : MENGENALI JANTINA

AYAM MUTIARA



Ayam Mutiara atau, ayam api-api atau ayam piru atau guinea fowl merupakan ayam hias yang dikatakan berasal dari Dataran Afrika. Diberitakan ayam ini hidup dalam satu kelompok yang besar ( ribuan ekor ) dan tidak akan berpecah atau menyendiri. Ia boleh memakan apa sahaja dari serangga-serangga kecil hinggalah ke daun-daun pokok yang lembut. Oleh kerana i tergolong dalam keluarga burung, maka tidak hairanlah ia boleh terbang tinggi melebihi 40 kaki walaupun kebanyakkan masanya dihabiskan diatas tanah.


Bagi sesetengah petani, ayam ini djadikan sebagai "watch dog" kerana dengan suaranya yang nyaring dan bergerak dalam satu pasukan ( kelompok ), ia mampu menghalang haiwan-haiwan lain memasuki kawasan pertanian.

Penjagaan ayam ini agak mudah manakala pembiakannya pula agak rumit. Ayam ini dikatakan hanya bertelur sekali setahun ( secara semulajadi ) diantara bulan Mei - Ogos dengan menghasilkan sehingga 60 biji telur bagi setiap pusingan.

Ayam ini boleh dikenali jantinanya melalui gambar di bawah.


Di Malaysia, kebanyakkan ayam ini dijadikan sebagai sumber protien menggantikan ayam daging dan ayam kampung. Daging ayam mutiara ini sangat enak dan manis dan biasanya mencapai usia matang untuk disembelih pada bulan ke 4-6 selepas menetas. 

Walaupun pada usia 6 bulan, ayam mutiara ini tidaklah besar dan berat. Nisbah daging dan tulangnya juga rendah. Berat bersih ayam mutiara ini selepas di proses adalah sekitar 700 - 1 kg sahaja.

Sekian.



Selasa, 25 Ogos 2015

NASI BARYANI : AYAM - KAMBING - DAGING

PEKEJ KATERING ( MINIMA 40 ORANG & MAXIMA 200 ORANG SAHAJA )

RM15.00 SEORANG

NASI BARYANI
BARYANI KAMBING / BARYANI DAGING 
AYAM MASAK MERAH
DALCA
ACAR BUAH
PAPADEM
JUS BUAHAN 2 JENIS
AIR PANAS 2 JENIS
BUAH-BUAHAN
KUIH 2 JENIS
SERVIS

HUBUNGI :

012-7123559 - AZHAN

LOKASI :

SELURUH NEGERI JOHOR
MELAKA
SELANGOR
KL

SESUAI BAGI JAMUAN :

RUMAH TERBUKA
JAMUAN PEJABAT
PERKELAHAN
KENDURI KESYUKURAN
AQEQAH ( t&c applies )

PENGHANTARAN :

sedikit cas penghantaran dikenakan bergantung kepada lokasi

012-7123559 - AZHAN


KAMBING GOLEK :

KAMBING GOLEK
**RM1000 SEEKOR**



Kami menyediakan perkhidmatan Kambing Golek untuk sebarang majlis :

Rumah Terbuka
Reunion
Perkahwinan
Pertunangan
Kenduri
Jamuan Pejabat
Gathering
Group Motor / Kereta
Lain-lain

HARGA : RM1000 FULL PACKAGE

- 1 ekor Kambing ( golek on site )
- Sos Lada Hitam
- Jagung Bakar / Jagung Rebus / Otak2
- Coleslaw
- Servis Menggolek



SAIZ : 18 KG - 20 KG
HIDANGAN : 70 - 100 ORANG



LOKASI KEDAI : BATU PAHAT

KAWASAN LIPUTAN PERKHIDMATAN :

SELURUH NEGERI JOHOR
SELANGOR
KL

HUBUNGI KAMI :

012-7123559 - AZHAN
013-3322569 - IETA

PENGHANTARAN PERCUMA :





 

012-7123559 - AZHAN
013-3322569 - IETA




* SEMUA TEMPAHAN BERDASARKAN 1ST COME 1ST SERVE BASIS
* DEPOSIT SEBANYAK 70% SEBAGAI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN BAKI 30% DIBAYAR TUNAI SEMASA PENYERAHAN





PROMOSI KAMBING AQEQAH 2015 BATU PAHAT JOHOR

PROMOSI KAMBING AQEQAH 2015

FULL PACKAGE RM1300

1 EKOR KAMBING / BIRI-BIRI
PERKHIDMATAN MENGGOLEK
SOS LADA HITAM
COLESLAW
JAGUNG BAKAR/ JAGUNG REBUS / OTAK-OTAK
SIJIL AQEQAH
PENGHANTARAN

HUBUNGI :

AZHAN : 012-7123559 ( CALL / SMS / WHATSAPP )

* semua tempahan berdasarkan 1st come 1st serve basis*

LOKASI : BATU PAHAT

KAWASAN LIPUTAN : 

SELURUH NEGERI JOHOR
KL
SELANGOR






AZHAN : 012-7123559 ( CALL / SMS / WHATSAPP )

* semua tempahan berdasarkan 1st come 1st serve basis*

LOKASI : BATU PAHAT

KAWASAN LIPUTAN : 

SELURUH NEGERI JOHOR
KL
SELANGOR

Rabu, 12 Ogos 2015

Fidyah : Hukum, kadar bayaran dan lain-lain

Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Bagi pembayaran melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20



Sumber : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan www.maiwp. gov. my