Selasa, 1 September 2015

AYAM MUTIARA : MENGENALI JANTINA

AYAM MUTIARA



Ayam Mutiara atau, ayam api-api atau ayam piru atau guinea fowl merupakan ayam hias yang dikatakan berasal dari Dataran Afrika. Diberitakan ayam ini hidup dalam satu kelompok yang besar ( ribuan ekor ) dan tidak akan berpecah atau menyendiri. Ia boleh memakan apa sahaja dari serangga-serangga kecil hinggalah ke daun-daun pokok yang lembut. Oleh kerana i tergolong dalam keluarga burung, maka tidak hairanlah ia boleh terbang tinggi melebihi 40 kaki walaupun kebanyakkan masanya dihabiskan diatas tanah.


Bagi sesetengah petani, ayam ini djadikan sebagai "watch dog" kerana dengan suaranya yang nyaring dan bergerak dalam satu pasukan ( kelompok ), ia mampu menghalang haiwan-haiwan lain memasuki kawasan pertanian.

Penjagaan ayam ini agak mudah manakala pembiakannya pula agak rumit. Ayam ini dikatakan hanya bertelur sekali setahun ( secara semulajadi ) diantara bulan Mei - Ogos dengan menghasilkan sehingga 60 biji telur bagi setiap pusingan.

Ayam ini boleh dikenali jantinanya melalui gambar di bawah.


Di Malaysia, kebanyakkan ayam ini dijadikan sebagai sumber protien menggantikan ayam daging dan ayam kampung. Daging ayam mutiara ini sangat enak dan manis dan biasanya mencapai usia matang untuk disembelih pada bulan ke 4-6 selepas menetas. 

Walaupun pada usia 6 bulan, ayam mutiara ini tidaklah besar dan berat. Nisbah daging dan tulangnya juga rendah. Berat bersih ayam mutiara ini selepas di proses adalah sekitar 700 - 1 kg sahaja.

Sekian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan