diberitakan bahawa seorang abid (ahli ibadah) melalui sebatang jalan...terlihat lah akan dia seorang kanak2 kecil menangis terisak-esak sambil menguis2 tanah degan ranting kayu....
bertanya si abid : " wahai anak...mengapa kamu menangis..."
jawab si kanak2 : "wahai pakcik....pagi tadi saya melihat ibu menyalakan api dapur untuk memasak.....dia mula menyalakan api dengan membakar anak2 kayu yg kecil2 sebelum kayu2 besar.....itulah yg membuat saya menangis wahai pakcik...."
berkata si abid : " aku tidak nampak sebarang keganjilan yg dilakukan oleh ibumu...memang begitulah caranya utk menyalakan api..."
berkata si kanak2 : " wahai pakcik..saya menyangka pakcik seorang yg bijak.....saya cuma khuatir di akhirat nnt.....Allah akan menggunakan saya untuk menyalakan api neraka....."
si abid terdiam lalu mula menangis.....dia berkata : " wahai anak...sesungguh nya fikir mu yg semacam itu adalah lebih disukai oleh Allah drp seluruh ibadahku......
didalam sepotong hadis nabi s.a.w bersabda :
" berfikir sesaat (atas agama) itu adalah lebih baik dr setahun beribadat sunat (tanpa ada fikir atas agama).
- Pengusaha Kambing Golek, Kambing Perap, Ayam Golek & Katering - Pembekal makanan segar & sejuk beku - Pemilik Mazzkhan Food Industries
Selasa, 20 Januari 2009
fikir sesaat
Sabtu, 17 Januari 2009
DILARANG MEMBACA
DILARANG MEMBACA
Assalamu’alaikum…..disini ingin saya mengingatkan sekali lagi bahawa,sebagaimana tajuk yg tertera diatas…anda adalah dilarang membaca artikel ini….
Ini kerana,artikel ini tidak membawa sebarang manfaat kepada diri saya, anda,keluarga dan masyarakat secara umumnya…ia adalah satu artikel yang mengarut dan membuang masa sahaja. Ianya juga tidak dapat menyumbang kepada satu minda yg produktif dan proaktif disamping tidak mempunyai nilai2 murni walaupun sedikit… ia juga tidak dapat menjana kepada anjakan paradigma serta tidak langsung mendorong kepada jati diri serta semangat cintakan keamanan.
Oleh itu,saya menyeru sekali lagi kepada anda supaya tidak meneruskan perbuatan yg sia2 serta tidak berfaedah ini. Adalah lebih baik masa yang diambil untuk menghabiskan artikel ini selama 5 minit atau lebih itu digunakan untuk kerja2 yg lebih berfaedah seperti mengemas rumah,menyusukan anak,menanam sayur2an ataupun berbual2 kosong dengan rakan2 sepejabat.
Sekarang anda telah memasuki perengan yang keempat…nampaknya anda masih lagi berdegil dengan terus membaca artikel ini….saya membuat kesimpulan disini bahawa, anda adalah seorang yang bodoh,degil,kepala batu,mementingkan diri sendiri,serta enggan menerima nasihat dari orang2 yag lebih baik,bijak dan ensem seperti saya….perbuatan anda ini cukup memalukan. Mengapa anda terus berdegil dengan meneruskan bacaan anda…?
Cuba anda tanye kepada diri anda sendiri,walaupun telah diingatkan berulang-ulang kali dimana anda adalah DILARANG MEMBACA artikel ini,tetapi anda terus juga dengan sikap dan perangai anda yang memang tidak suka mendengar nasihat serta amaran…ataupun anda ini memang tergolong dalam golongan orang2 yang suka melanggar arahan….? Fikirkanlah.
Perbuatan anda dengan terus menerus membaca artikel ini sangatlah saya kesalkan..anda telah membuang begitu banyak masa yag berharga,semata2 untuk melakukan sesuatu yang terlarang. Saya tidak tahu lagi bagaimana saya boleh membuat anda faham….agaknya memang sifat semulajadi manusia seperti anda ini,suka membuang masa,pemalas,mengengkari arahan serta tidak menyesal sedikitpun terhadap kesalahan yg telah dilakukan…..
Anda telahpun sampai kepenghujung artikel ini….tapi cuba lihat…! Apa yg anda dapat..? masa anda terbuang begitu sahaja…kerja2 anda tertangguh,rakan2 tidak dapat merasai kemesraan anda,,ahhh byk lagilah yg kalau dituliskan disini akan mengambil masa bertahun untuk dihabiskan…oleh itu saya tidak mahu lagi membazirkan masa anda..anda boleh berhenti dan cuba renungi diri sendiri….bagaimana anda hendak mengharapkan anak2 anda,keluarga anda rakan2 anda serta masyarakat supaya patuh kepada arahan2 anda…sedangkan anda sendiri tidak boleh patuh kepada arahan serta terang-terang melanggar arahan…
Saya memohon maaf sekiranya artikel ini membuatkan anda berasa terganggu..tetapi terimalah kenyataan ini….saya hanya mengatakan yang benar,walaupun ianya pahit….
sekian…terima kasih.
Adab & Sunnah
Adab Makan
Tiap-tiap sesuatu yg kita lakukan jika mengikut adab-adabnya iaitu cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. maka perkara yg kita lakukan itu menjadi ibadah dan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.
Makan juga jika mengikut Sunnah akan mendatangkan barkat kepada kita. Dikatakan orang islam hanya makan dengan satu nafsu sahaja iaitu lapar : nafsu semulajadi. Tetapi orang-orang kafir makan dengan tujuh (7) nafsu iaitu nafsu lapar,nafsu mulut,nafsu mata,nafsu hidung,nafsu telinga,nafsu haloba dan nafsu semulajadi.
InsyaAllah kita akan cuba amalkan sunnah – makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Adab Sebelum Makan
Basuh kedua tangan dan berkumur2 (kelebihannya : mudah menjelaskan hutang dan mudah mengucapkan kalimah ketika sakaratul maut)
Hamparkan safrah(kelebihannya : terhindar dari kemiskinan)
Sunnah duduk menunggu hidangan tiba…bukan hidangan yg menunggu kita.
Baca doa makan.
Niat makan kerana Allah.
Adab Semasa Makan
Sunnah makan dengan tangan kanan.
Kalau ada buah2an…sunnah memakan buah2an dahulu.
Sunnah makan dengan berjemaah (bukan sorang2)
Sunnah menunggu hidangan sejuk sebelum makan.
Sunnah mengecap sedikit garam dengan jari manis sebelum makan.
Mulai makan dengan 3 jari (sebagai tanda tawadhu : rendah diri)
Mulai makan dengan makanan yg paling hampir dengan kita.
Dahulukan org2 tua dan kanak2.
Kurangkan becerita hal2 dunia semasa makan (bercerita hal2 dunia adalah amalan org2 Yahudi)
Jangan diam tanpa bercakap2 (diam semasa makan adalah amalan org2 Nasrani)
Banyakkan bercerita hal2 agama dan akhirat.
Jangan makan masakkan yg bercampur makanan darat dan laut (asbab kepada penyakit)
Adab Selepas Makan
Berhenti makan sebelum kenyang.
Sisip jari jemari (kita tidak tahu dr bahagian rezeki manakah yg paling barkah)
Minta izin sebelum meninggalkan jemaah atau bangun dr tempat makan.
Berjalanlah 40 langkah atau 5 minit sebelum minum air.
Jangan minum dengan tangan kiri (amalan syaitan)
Jangan minum dengan berdiri (asbab kepada sakit buah pinggang)
Sunnah memulai minum dengan 3 teguk dahulu.
Baca doa selepas makan.
“SEMOGA DR APA YG KITA DENGAR INI DAPATLAH KITA AMBIL IKTIBAR, AMAL DAN SAMPAIKAN”

Jumaat, 16 Januari 2009
Keutamaan Menyegerakan Solat
Nabi bersabda kepada para sahabat :
Apabila telah datang hari Kiamat, maka Allah menggiring kaum2 yg wajah2 mereka laksana bintang2.
Kemudian para Malaikat bertanya kepada mereka : “Apakah yg kamu kerjakan didunia..?”
Mereka menjawab : “ Kami semua bilamana mendengar azan maka kami bangkit, bersuci dengan mengambil wudhu’ serta kami tidaklah menyibukkan diri dengan yg lain2 lagi…”
Dan kaum yg lain pula dengan wajah2nya laksana bulan purnama, maka mereka ditanya :
“Apakah yang kamu kerjakan didunia..?”
Mereka menjawab : “Kami mengambil air wudhu’ sebelum azan…”
Ada pula kaum yang lain, wajah2 mereka bersinar seperti sinaran matahari,mereka ditanya :
“Apakah yang kamu kerjakan didunia..?”
Mereka menjawab : “Kami semua sudah berada didalam masjid,baru lah terdengar azan..”

Akal & Syahwat
Bertanya Rabi'ah Al Adawiyah kepada Hassan Al Basri (ketika Hassan Al Basri ingin masuk meminangnya) :
"Hai Hassan, jawab lah...berapa bahagian Allah menciptakan akal..?"
Hassan menjawab : "Sepuluh bahagian,yg sembilan bahagian untuk para lelaki dan sebahagian lagi untuk kaum wanita.."
Kata Rabi'ah pula : "Hai Hassan, berapa bahagian pula Allah menciptakan syahwat...?"
Hassan menjawab : "Sepuluh bahagian,yg sembilan bahagian untuk para wanita dan sebahagian lagi untuk para lelaki..."
Rabi'ah selanjutnya berkata lagi : " Hai Hassan, saya sahaja yg dapat menjaga sembilan bahagian syahwat dengan satu bahagian akal, mengapa engkau tidak boleh menjaga satu bahagian syahwat dengan sembilan bahagian akal...?"
Maka menangislah Hassan dan terus keluar dari rumah Rabi'ah.....

Dua Titisan....
Nabi s.a.w. bersabda :
" dua titisan yg sangat-sangat dikasihi oleh Allah, itulah titisan darah para syuhada yang mati berjuang menegakkan kalimah Allah dan titisan air mata orang yg menangis kerana takutkan Allah..."

ADAB TIDUR
Pemilihan tempat :
Jangan tidur berhampiran dinding(merupakan tempat laluan serangga dan binatang berbisa)
Jangan tidur dimuka pintu (tempat laluan makhluk2 halus)
Jangan tidur dibawah palang2 (tempat tinggal jin-jin)
Kedudukan :
Jangan melunjurkan kaki kearah kiblat
Kepala menghadap kiblat atau,
Mengiring kerusuk kanan dengan dada kearah kiblat.
Tertib Sebelum Tidur :
Berwudhu dan solat taubat 2 rakaat sebelum tidur.
Kibaskan 3 kali tempat tidur dengan selimut atau kain dengan membaca
“lahaulawala quwataillabillah”
Duduk ditempat tidur dengan membaca :
Al-fatihah, ayatul Kursi dan 4 Qul…dihembus ke tapak tangan lalu disapukan keseluruh tubuh (menghindar gangguan syaitan dan sihir)
Baca tasbih fatimah (akan diberikan kekuatan seperti 10 org lelaki dewasa )
Baca doa tidur
Berniat utk bangun tahajjud.
Apabila bermimpi yg buruk :
Baca “aku berlindung kepadaMu ya Allah dari syaitan yg direjam” dan buat isyarat meludah ke kiri 3 kali….jika terus bermimpi yg buruk maka dinasihatkan utk beralih ke tempat lain atau tukar kedudukan bantal.
Apabila bermimpi yg baik :
Baca “segala puji bagiMu ya Allah” dan berdoa semoga Allah memperkenankan mimpi tadi….sebaik2nya terus bangun dan bersolat tahajjud.
Tertib Bangun Tidur
Baca doa bangun tidur
Jangan menyapu muka atau menggosok-gosok mata dengan tapak tangan(kita tidak tahu kemana tangan kita merayap semasa tidur…hihihihii…..
Duduk dan bangun perlahan2…
Bila ditandas jangan celupkan tangan kedalam bekas takungan air…sebaliknya basuh kedua tangan dengan air yg mengalir…
Berwudhu sebelum mandi….
Mulakan mandian dengan bahagian bawah hingga keatas…

"..apakah itu ikhlas..?
Suatu hari seorang sahabat nabi bertanya “ wahai kekasih Allah…apakah itu ikhlas…?”
Nabi diam tanpa memberikan sebarang jawapan….sehinggalah turun malaikat Jibril ke hadapan nabi…selepas memberi salam kepada nabi, Jibril bertanya akan hal yg seakan merungsingkan baginda…. Baginda bertanya pula kepada Jibril.. “ wahai Jibril..apakah itu ikhlas….?”
Jibril diam tanpa memberikan sebarang jawapan…sehinggalah dia naik semula ke langit utk bertemu Allah….
Setelah bersujud dan memuji-muji Allah Jibril berkata… : “ wahai Allah…kekasih mu Muhammad telah ditanya akan apakah itu ikhlas…dia tidak memberikan jawapan sehinggalah aku turun menghadap baginda lalu baginda bertanya akan daku apakah itu ikhlas..? aku tidak memberikan jawapan sehinggalah aku naik bertemu dengan Mu wahai Allah Tuhan semesta alam….”
Allah berfirman “ wahai Jibril…katakanlah kepada kekasihKu bahawa ikhlas itu adalah ‘Rahsia di dalam RahsiaKu’…”
Tidak akan ada sesiapa yg tahu (walaupun para2 malaikat)tentang sesuatu amalan yg dilakukan itu ikhlas ataupun tidak….hanya Allah sahaja yg mengetahui.
“Ikhlas adalah seumpama semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap…”

Bukan kerana amalan...
Di satu ketika yg lain sedang nabi duduk bersama2 para-para sahabatnya, baginda bersabda… “ sesungguhnya tidak seorang pun dari kamu yg akan masuk ke syurga kerana amalan2nya (banyak amalan)….melainkan dengan Rahmat Allah semata2..”
Seorang sahabat bertanya… “walaupun engkau wahai Rasulullah..?”
Nabi menjawab “ iya…walaupun aku…tetapi Allah telah melitupi aku dengan RahmatNya..”

Rahmat Allah...
Diberitakan di akhirat nnt seorang pendosa telah di hadapkan ke hadapan Allah s.w.t dan mempamirkan segala dosa2 yg telah dilakukan didunia dahulu….dia tertunduk malu sambil menyesali dan mengakui segala dosa-dosanya…lalu Allah memerintahkan dia di masukkan ke dalam neraka…..
Dengan langkah longlai..dia melangkah menuju ke neraka…selang beberapa ketika dia berhenti dan menoleh kebelakang sejenak….dan melangkah semula menuju ke neraka….
Tidak berapa lama kemudian dia berhenti dan menoleh semula ke belakang…sebelum melangkah kembali menuju ke neraka….apabila hampir2 sahaja sampai ke pintu neraka dia berhenti dan menoleh semula kebelakang…..
Lantas Allah memerintah kan para malaikat yg mengiringnya membawa dia semula ke hadapan Allah s.w.t…..apabila dihadapan Allah dia ditanya tentang kelakuannya tadi (walhal Allah lebih mengetahui…)
Dia pun berkata “ wahai tuhan yg Maha Agung…aku adalah seorang pendosa didunia dahulu…dan aku sgt2 malu bila dipamerkan segala dosa2 ku lalu aku tidak berani mengangkat mukaku (lantaran malu) dan aku mengakui segala dosa-dosaku….
Apabila engkau memerintah kan aku untuk masuk ke neraka…aku yakin tidak akan ada sesiapa lagi yg dapat menyelamatkan aku wahai Allah…..
Dalam perjalananku menuju neraka aku teringat akan ayat2 Mu yg mengatakan Engkau ini Maha Pengasih dan aku berharap2 agar Engkau mengasihani akan aku..lalu aku berhenti dan berpaling ke belakang…..
Bila aku meneruskan kembali perjalananku aku teringat pula akan ayat2 Mu ditempat yg lain yg mengatakan Engkau ini Maha Pengampun…aku berhenti dan berpaling kebelakang dengan harapan Engkau mengampuni aku….
Bila hampir2 sahaja ke pintu neraka aku berasa sangat takut….sedih dan hampir2 sahaja aku berputus asa…..tetapi aku teringat pula akan ayat2 Mu yg mengatakan : “..dan jangalah kamu sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah…” lalu aku berpaling semula dengan mengharapkan rahmatMu…..
Lantas Allah berfirman…. “ wahai hambaKu…benarlah apa yg engkau perkatakan tadi…Akulah Allah tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Pengampun…dan janganlah kamu sekali-kali berputus asa dari RahmatKu….”
“Masuklah kamu kesyurga dengan RahmatKu..”
Lalu Allah memerintah kan para malaikat2 membawa dia masuk ke dalam syurga…..

Langgan:
Catatan (Atom)