Sabtu, 17 Januari 2009

DILARANG MEMBACA

DILARANG MEMBACA

Assalamu’alaikum…..disini ingin saya mengingatkan sekali lagi bahawa,sebagaimana tajuk yg tertera diatas…anda adalah dilarang membaca artikel ini….

Ini kerana,artikel ini tidak membawa sebarang manfaat kepada diri saya, anda,keluarga dan masyarakat secara umumnya…ia adalah satu artikel yang mengarut dan membuang masa sahaja. Ianya juga tidak dapat menyumbang kepada satu minda yg produktif dan proaktif disamping tidak mempunyai nilai2 murni walaupun sedikit… ia juga tidak dapat menjana kepada anjakan paradigma serta tidak langsung mendorong kepada jati diri serta semangat cintakan keamanan.

Oleh itu,saya menyeru sekali lagi kepada anda supaya tidak meneruskan perbuatan yg sia2 serta tidak berfaedah ini. Adalah lebih baik masa yang diambil untuk menghabiskan artikel ini selama 5 minit atau lebih itu digunakan untuk kerja2 yg lebih berfaedah seperti mengemas rumah,menyusukan anak,menanam sayur2an ataupun berbual2 kosong dengan rakan2 sepejabat.

Sekarang anda telah memasuki perengan yang keempat…nampaknya anda masih lagi berdegil dengan terus membaca artikel ini….saya membuat kesimpulan disini bahawa, anda adalah seorang yang bodoh,degil,kepala batu,mementingkan diri sendiri,serta enggan menerima nasihat dari orang2 yag lebih baik,bijak dan ensem seperti saya….perbuatan anda ini cukup memalukan. Mengapa anda terus berdegil dengan meneruskan bacaan anda…?

Cuba anda tanye kepada diri anda sendiri,walaupun telah diingatkan berulang-ulang kali dimana anda adalah DILARANG MEMBACA artikel ini,tetapi anda terus juga dengan sikap dan perangai anda yang memang tidak suka mendengar nasihat serta amaran…ataupun anda ini memang tergolong dalam golongan orang2 yang suka melanggar arahan….? Fikirkanlah.
Perbuatan anda dengan terus menerus membaca artikel ini sangatlah saya kesalkan..anda telah membuang begitu banyak masa yag berharga,semata2 untuk melakukan sesuatu yang terlarang. Saya tidak tahu lagi bagaimana saya boleh membuat anda faham….agaknya memang sifat semulajadi manusia seperti anda ini,suka membuang masa,pemalas,mengengkari arahan serta tidak menyesal sedikitpun terhadap kesalahan yg telah dilakukan…..

Anda telahpun sampai kepenghujung artikel ini….tapi cuba lihat…! Apa yg anda dapat..? masa anda terbuang begitu sahaja…kerja2 anda tertangguh,rakan2 tidak dapat merasai kemesraan anda,,ahhh byk lagilah yg kalau dituliskan disini akan mengambil masa bertahun untuk dihabiskan…oleh itu saya tidak mahu lagi membazirkan masa anda..anda boleh berhenti dan cuba renungi diri sendiri….bagaimana anda hendak mengharapkan anak2 anda,keluarga anda rakan2 anda serta masyarakat supaya patuh kepada arahan2 anda…sedangkan anda sendiri tidak boleh patuh kepada arahan serta terang-terang melanggar arahan…

Saya memohon maaf sekiranya artikel ini membuatkan anda berasa terganggu..tetapi terimalah kenyataan ini….saya hanya mengatakan yang benar,walaupun ianya pahit….
sekian…terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan