Rabu, 10 Disember 2014

Cirit-birit : Punca, pencegahan & rawatan

Assalamu'alaikum.....

Sebagaimana yang kita maklum, arnab akan memakan apa sahaja yang berada bukan sahaja didepan, belakang, tepi, atas atau bawah sahaja malahan apa yang keluar dari sistem perkumuhan mereka sendiri juga dilihat sebagai sesuatu yang lazat. Oleh kerana mereka hanya mempunyai satu perut ( yang nipis ) maka ia amat sensitif dan mudah tercedera atau keracunan akibat dari ketidakhadaman makanan yang diambil. ( dengan lain perkataan, arnab senang kena cirit-birit )

Gambarajah dibawah menunjukkan sistem organ dalaman arnab.


 Bagi arnab yang sihat, najis/tinja yang terhasil adalah berbentuk bulat, keras dan tidak berbau seperti yang ditunjukkan pada gambarajah dibawah ini.


Tetapi sebaliknya, jika sistem pencernaan arnab ini terganggu, maka perut dan usus arnab tersebut akan membengkak. Arnab akan berasa tidak selesa, murung, kurang selera makan, tidak aktif dan akan mengeluarkan najis yang cair serta berbau. Akibat dari ini, akan mengundang lalat untuk menghurung dan bertelur pada kawasan sekitar serta menyebarkan penyakit kepada persekitarannya.




Jika keadaan ini dibiarkan dan tidak dicegah atau dikawal, ia boleh mengakibatkan wabak dan kematian demi kematian dengan cepat.

Rawatan awal seperti memberi air yang dicampur dengan antibiotik atau penggunaan larutan Kaolin Powder bersama antibiotik secara oral amatlah berkesan. ( ubat cirit Scourban Plus telah dihentikan penjualannya ).
Pencegahan secara alami dengan menggunakan perahan air daun jambu batu juga boleh digunakan dan ia lebih selamat untuk mengeraskan najis arnab tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang cara penjagaan arnab, anda boleh menghubungi saya di talian berikut :
012-7123559 - azhan

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


CARA MENGANGKAT ARNAB DENGAN BETUL

Assalamu'alaikum...

Pada episod yang lepas kami telah kongsikan penyakit-penyakit yang biasa berlaku kepada arnab. Kali ini kita akan mengupas pula "kesakitan" yang dialami oleh arnab akibat dari salah laku sipemilik..

CARA MENGANGKAT ARNAB DENGAN BETUL


Bagi arnab-arnab yang agak besar seperti arnab pedaging misalnya, cara terbaik bagi mengangkat arnab tersebut adalah dengan memaut kepada bahagian perut dengan sebelah tangan manakala satu tangan lagi mengampu pada bahagian bawah punggung. ( gambarajah atas )

Walaubagaimanapun, jika arnab tersebut agak agresif, menggenggam kulit pada belakang tengkuk dan mengampu bahagian punggungnya adalah cara yang biasa digunakan. ( cara ini amat tidak digalakkan terutama kepada arnab hias yang bersaiz kecil. ) Ini kerana cara ini akan mengakibatkan kesakitan kepada arnab tersebut dan akan meninggalkan kesan lebam pada bahagian bawah kulit. ( gambarajah bawah )






 CARA SALAH MENGANGKAT ARNAB




Meskipun arnab-arnab ini hidup dengan cara yang berbeza ( for pet or meat purpose ), kebanyakkannya akan mati dengan cara yang sama. ( gambarajah dibawah )



 MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

Rabu, 3 Disember 2014

PROMOSI KAMBING GOLEK 2015

BERITA BAIK !!!
PROMOSI KAMBING GOLEK KEMBALI LAGI

BERMULA 1 JANUARI 2015

1 EKOR KAMBING/BIRI-BIRI GOLEK : RM1000.00
2 EKOR KAMBING GOLEK : RM1900.00 SAHAJA





*cas penghantaran bergantung kepada lokasi majlis*

HARGA TERMASUK :
2 EKOR KAMBING/BIRI-BIRI
SOS LADA HITAM
COLESLAW
JAGUNG/OTAK-OTAK
SERVIS


 




UNTUK TEMPAHAN

WHATSAPP/SMS/CALL KE NO : 
012-7123559 - AZHAN

PERKHIDMATAN KAMI MERANGKUMI :

SELURUH JAJAHAN TAKLUK JOHOR
SELURUH NEGERI MELAKA
SELURUH NEGERI SEMBILAN
SELANGOR & KL

*cas penghantaran bergantung kepada lokasi majlis*

Isnin, 1 Disember 2014

SANGKAR ARNAB D.I.Y

CARA MUDAH MEMBUAT SANGKAR ARNAB

Assalamu'alaikum...

Ramai yang bertanya kepada saya dimanakah mereka boleh membeli sangkar arnab denagn harga yang murah tetapi cantik. Jawapannya : Tiada.

Sangkar arnab bersaiz 2 kaki yang dijual di kedai-kedai haiwan atau di pasar-pasaraya adalah sekitar RM40 - RM100 bergantung kepada " cantik "...kualiti semua lebih kurang je...

Hari ini saya akan kongsikan bersama bagaimana cara menghasilkan sangkar yang murah tetapi sangat cantik...

" beauty is in the eyes of beholder" adalah digunapakai disini.

Langkah 1 :

Modal...mesti ada modal untuk membeli jaring melainkan anda memiliki kuasa ajaib - petik jari blink!!! barang ada depan mata.

Bermodalkan RM50 dan semangat yang berkobar-kobar, jaring bersaiz 1/2 inci x 1/2 inci dengan ketebalan 17 @ 18 gauge sepanjang 7 kaki dari jenis tahan karat made in China mestilah disediakan. 
( kat mana nak cari jgn tye saya...tye je kat bangla yg jaga petrol pump tu...mereka lebih arif. Sentap)

Langkah 2 :

Potong jaring kpd 3 bahagian :

A) 1 bahagian bersaiz  24 inci x 36 inci
B) 1 bahagian bersaiz 18 inci x 36 inci ( 2 keping )
C) 1 bahagian bersaiz  18 inci x  24 inci ( 2 keping )


Jadikan :
Bahagian (A) sebagai lantai
Bahagian (B & C) sebagai dinding kiri dan kanan

Ikat menggunakan cable tide bahagian lantai dan dinding-dindingnya.
Ukur setiap dindingnya kepada 14 inci atau 16 inci dan lipatkan supaya menjadi bentuk L
Dirikan dinding-dinding tersebut dan ikatkan dengan lebihan cable tide tadi dan kemaskan.
Selesai.

Pastikan anda membersihkan semula ruang kerja anda dan buang sampah ke tempat yang sepatutnya.

Sekian.



 

* bumbung sangkar boleh diperbuat dengan menggunakan papan lapis atau jaring....saya menggunakan papan lapis bagi menstabilkan suhu dalam sangkar.

Bagi kaki sangkar pula, anda boleh menggunakan batang paip PVC bersaiz sederhana yang disambung dengan menggunakan "L" dan "T" joint pvc....ianya bebas karat dan murah serta mudah untuk dibersihkan.

Jika berkemampuan, boleh lah mendapatkan sangkar bertingkat seperti dibawah ini :


HARGA BAGI SETIAP SET : RM300 SAHAJA

1 SET MENGANDUNGI :
12 BILIK
12 NIPPLE DRINKER
12 FEEDER
PLASTIC FLOORING
* TANGKI DIJUAL BERASINGAN ( RM50/UNIT + WATER HOSE )

SANGKAR INI JUGA BOLEH DIUBAH SUAI MENJADI 1 ATAU 2 TINGKAT


JUGA BOLEH DIUBAH SUAI DARI 12 BILIK MENJADI 9, 6 ATAU 3 BILIK

012-7123559
(WHATSAPP/MSG/CALL)
LOKASI : BATU PAHAT

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA





*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.


PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING

PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING

Walaupun  Penternakan Arnab Pedaging ini kelihatan seperti agak asing bagi masyarakat Malaysia, tetapi ia sebenarnya tidak bagi masyarakat Eropah khususnya dan Negara-negara maju amnya. Negara-negara seperti Itali, Perancis, German, Belgium, Kanada, Amerika Syarikat , Jepun, Singapura dan Afrika sudah sekian lama menjadikan daging arnab sebagai diet utama dalam menu pemakanan mereka.

Ini kerana menurut kajian Mardi sendiri, daging arnab mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan berbanding dengan daging-daging lain. Disamping rasanya yang enak, daging arnab juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah, tinggi protein dan sangat sesuai dijadikan pengganti kepada daging-daging lain seperti ayam dan lain-lain.

Dengan peningkatan permintaan makanan di seluruh dunia dan krisis bekalan makanan seperti lembu dan kambing, arnab di lihat sebagai satu alternative kepada masalah ini. Dengan kadar kelahiran yang cepat, kos penjagaan yang rendah dan harga pasaran yang tinggi, ia akan menjadi sumber bekalan makanan yang semakin diterima baik di Malaysia mahupun di Negara-negara lain.

Bagi memastikan daging yang dihasilkan bermutu tinggi. kami di Maidah Farming Sdn Bhd hanya menggunakan baka-baka arnab dari jenis terbaik untuk di biakkan dan di pasarkan seperti baka New Zealand, Californian, English Spot dan kacukan antara mereka. Baka-baka ini dipilih kerana saiz dan nisbah daging berbanding tulangnya yang tinggi, tahan serangan penyakit, mempunyai kadar kelahiran yang tinggi serta mampu mencapai berat ideal dalam jangka masa yang singkat.

Oleh kerana penjagaannya yang mudah, kos yang rendah dan suber makanan yang mudah didapati, kami melihat Penternakan Arnab Pedaging ini merupakan sebagai salah satu alternatif kepada yang menginginkan pendapatan sampingan terutamanya suri-suri rumahtangga atau golongan pesara.

Luas kawasan yang diperlukan untuk menternak 60 ekor induk ( 10 penjantan dan 50 betina ) adalah kira-kira 400 kaki persegi. Purata pengiraan adalah seperti berikut :

10 Penjantan
50 Betina

Purata Kelahiran ( sehingga boleh di tuai ) : 4 ekor
Kekerapan kelahiran Setahun : 6 kali

50 x 4 x 6 = 1200 ekor setahun
Purata Sebulan : 100 ekor
Kos Makanan : 4 kg sebulan / ekor
Harga Makanan : RM1.20 / kg
Tempoh Penggemukan ( selepas cerai susu ) : 2 bulan
Jumlah Kos Makanan/ekor : RM1.20 x 4 kg x 2 bulan = RM 9.60
Harga Jualan Runcit : RM25 - RM30/kg

* berat ideal adalah berat yg ampu dicapai sebelum sedia untuk di sembelih ( 1.8 - 2.2 kg )

*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.


Di Maidah Farming, kami menyediakan pekej ternakan ini dan kepada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung terus dengan kami melalui :

email : maidahfarm@gmail.com
Tel/whatsapp : 012-7123559

Peserta-peserta yang mengikuti projek/pekej ini juga akan di bekalkan dengan induk arnab dari baka-baka terbaik ini bagi mengawal mutu daging yang akan di hasilkan nanti. Set sangkar, bangsal, set ubatan dan kursus penternakan juga akan diberikan supaya peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang cara penjagaan yang betul.

Praktikal selama 2 minggu - 3 bulan juga ada disediakan di ladang kami di Johor. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang suasana ladang ternakan yang sebenar

Berikut ialah antara fakta berkaitan khasiat daging arnab :

Melalui buku : Penternakan Arnab (MARDI, 1995)

Kandungan daging arnab;
Tenaga=160kcal,
Crude Protein=18%,
Lemak=7.1%,
Air=71%,
Kolesterol=136mg/100gm,
Vit, mineral dan asid amino.

Dalam ertikata lain daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi, kaya dengan vitamin B12, kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid uriknya rendah, mempunyai kandungan air tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri.


Selain itu daging arnab juga di katakan dapat merawat dan mengubati :

- masalah pencernaan kerana ianya mudah hadam.
- penyakit tekanan darah tinggi dan gout.
- penyakit demam malaria.
- penyakit asma
- masalah kencing tidak lawas (dagingnya yang dibakar)
- retak batu pada kemaluan.
- dapat mengemaskan perut yang gendut.

Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak. Ia juga berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki dan sekiranya dimakan hempedunya oleh wanita ianya baik untuk kesuburan.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan daging-daging arnab yang telah siap di proses boleh lah berhubung terus dengan :

email : maidahfarm@gmail.com
Tel/whatsapp/msg : 012-7123559





Praktikal Penyembelihan dan Melapah




Anak-anak NZW berumur 2 minggu





Mengenali Punca Penyakit




Mengenali Punca Penyakit



Bilik Seminar / Kursus



Produk Maidah Food Industries


Praktikal oleh Para Peserta Kursus




Hasil Kerja Peserta Kursus




Ladang Penggemukan ( gambar hiasan )




Proses ' Dry Aging '




Induk NZW ( gambar hiasan )



MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA


TARIKH KURSUS SETERUSNYA :
6, 7 & 8 hb Jun 2015



*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.