Isnin, 12 Oktober 2015

Catatan #18 : Memori Indah - Bermain itu hak milik setiap kanak-kanak



Ok selesai cerita bab makan....nak tau lebih lanjut cerita makan-makan bukak blog makan-makan la kawan....ini blog arnab ( banyak la ko punye arnab...hahaha )

Haaaaa...korang kenal burung diatas tu? tengok atas yea...jangan tengok bawah..huhuuu

Itu adalah burung belatuk yea kawan-kawan...nama saintifiknya aku saje tak nak tulis..kalau tulis pun korang bukan tau nak sebut pun..huhuu Selain kenal burung diatas tu...korang pernah makan tak burung tu..? haaa tu la korang...asyik hidup dengan makanan segera je, cuba la belajar jadik liar sikit...aaaauummm

35 tahun yang lampau ( fuhhh melampau betul ) terselit lastik dipinggang atau bersilang di bahu merupakan satu kebanggaan anak-anak kampung macam aku...kami akan berjalan keliling kampung persis seorang hero dengan mata tajam mengerling kekiri kanan atas bawah depan belakang..jika ada sahaja kelibat melintas, atau pergerakkan dicelah-celah daun pokok getah ( masa ni kelapa sawit belum glamer ) maka dengan lagak seperti Vic Morro kami akan menunduk perlahan dan mencapai kerikil-kerikil...zapp..zapp..zappp....tiga empat das dilepaskan hampir serentak...ohhh tak mengenai sasaran....hahaha tidak apa-apa...yang pentingnya gaya bro...gaya mesti ada...huhuu

Kami tak ada kemudahan perhubungan whatsapp mcm sekarang...tapi janji temu kami semua tepat dan aktiviti kami hebat....lastik burung, lastik getah, mandi sungai,polis senteri, ..galah adang main sorok-sorok ibu ( ada yang menyorok terus balik rumah....lahabau betul )



Kat Johor ni sekolah 2 kali....sekolah pagi adalah sekolah rendah biasa...sbelah petang sekolah agama....waktu belajar memang kami main-main dan waktu main kami, memang kami main sungguh-sungguh sampai tak ingat nak balik rumah....makan kami pun ala kadar je...nasik dengan kicap pon dah ok...janji dapat main..huhuuu balik rumah untuk tukar baju dan tidur....



Pergi sekolah jarang berhantar dan tak selalu berambil....kami biasanya berkayuh ...4 -5 km itu main-main je bagi kami..peluh pun tak sempat keluar....periksa dapat nombor berapa pun kami tak kisah...kene rotan, cubit,kene tarik sideburn tu biasa...TAPI jangan sekali-kali kacau waktu bermain kami...kami sanggup mogok lapar tak nak makan ( tapi biasanya mak akan simpankan nasik sikit dan lauk dalam almari dapur - tq mak.. )


Pump Gun ni agak menyakitkan....permainan favourite masa sebelum memulakan sesi sekolah agama......habis sekolah, otw balik tu sempat terjun sungai dulu ( spender spare dah standby ) balik dengan muka innocent pegi dapur utk makan sebelum menerima ' signal ' keluar bermain....blah petang biasanya kami main bola...tiang gol pon guna selipar je..main mmg xde skill, lebih byk rembat kaki lawan dari rembat bola...kalau dahaga,  panjat je pokok kelapa siapa-siapa kat kampung ni...ambik sebijik dua kelapa muda buat minum...nanti raya mintak maap & pau duit raya sekali....


Ada yang kata bijik getah ni boleh makan...tapi aku tak pernah makan lagi...mana la tau kot orang saja nak pedajal..hahah...tapi bijik getah ni memang untuk pejadal orang....gosok kat lantai simen lama-lama sampai panas, lepas tu tekap kat leher atau mana-mana bahagian badan yang sempat...pastikan anda mampu memecut lari laju-laju selepas tu...hahaa









Sembang #17 : Makanan Yang Paling Sedap

Perjalanan hidup kita semasa kecil akan membentuk karekter kita di masa dewasa.


Orang kata Malaysia ini adalah Syurga Makanan...cakap je nak makan apa..segala jenis resepi dan masakan yang ada kat dunia ni boleh dikatakan ada kat Malaysia....nak makan capati tak perlu pergi India...nak makan mee bandung tak perlu sampai ke Indonesia....nak melantak Nasi Arab dalam khemah beraircond pegi je Sahara Tent...nak makan Pizza tak perlu berhabis beribu-ribu ringgit tambang kapalterbang untuk ke Itali..hanya perlu berasak-asak dan berebut parking je...lagi apa..? tomyam? sushi ? ( yuchkk )....nak makan exotic food mcm katak, serangga, ular, monyet semua pun ada kat sini...

Yang susah nak cari ialah makanan Asli Malaysia..huhuuu...
Contoh ? errmmm...sampai nak bagi contoh pun susah...sebab dah hampir pupus....

Kalau tanya aku, aku lebih suka lempeng kelapa yang dimakan bersama sambal ikan bilis pekat, pedas dan manis...dan kopi Dangan 434...fuuhhhhh atau makan ikan bakar sungai cicah air asam sama jantung pisang rebus dengan sambal belacan + ulam raja. Tak dapat ikan bakar sungai, dapat ikan patin tempoyak sungai Temerloh pun jadik la....nasi mau panas..pas tu campur majerin sikit...huhuuuu....

Itulah untungnya jadi rakyat Malaysia ni....bukan sahaja dapat menikmati makanan dari luar negara di dalam negara, malahan juga dapat merasai suasana luar negara di dalam negara...Chow Kit misalnya..huhuuu dan sekarang ada ura-ura pula untuk merasai suasana seperti di Bangladesh selepas disajikan dengan suasana Nepal, Afrika dan Las Vegas Timur Tengah 



Ini geng-geng Sekolah Rendah Kebangsaan Peserian Batch 79-84...kitaorang mmg cool walaupun dah jadik bapak...daddy cool....dan kami kami-kami je  berjalan dari KL sehingga ke Penang untuk MAKAN......sebenarnya makan-makan ni bukan priority kami pun...dan bukanlah destinasi itu matlamat kami...but the journey is....berjumpa dan bersembang kisah silam memang kebanggaan insan 40 series..huhuu


Walaupun kami ni semua berkerjaya....tapi bila sesekali dapat berkumpul macam ni memang best ditambah plak dengan makan-makan....kambing golek bagai.....dah mcm reunion plak.....Ni kalau Normala Dawar atau Azlin Ayub baca entry aku ni, mesti dia jeles..ahaksss....yang pompuan dengan topik perbualan tersendiri...yang lelaki pun ada topik dan perancangaan tersendiri...hihihihihihihihihihihhiiiiiiiiii


Tengokla kitaorang ni......mana ada boroi kan...? Jika dilihat dari ke'maskulin'an kami sekarang, korang mesti tak dapat bayangkan betapa gaya kami 30 tahun dahulu kan...?


Ni aku nak bagi kredit kat Classmate aku...Saudagar Aminudin Hadi diatas sumbangan fotogedik yang cantik


Sebenarnya aku nak bagi tau satu rahsia bahawa :


Makanan Yang Paling Sedap Adalah Makanan Yang Dimakan Ketika Lapar

Khamis, 8 Oktober 2015

Hikayat # 16 : Cerita Kedai Kopi

Cerita Kedai Kopi


(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat

Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis

Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I’m in the mood for love
Simply because you’re near me
Honey but when you’re near me
Well I’m in the mood yes
I’m in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk

Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit

Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley

Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia

Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah


#15 Catatan Orang Rajin : Mari Berkebun


MAIDAH FARMING SDN BHD

Assalamualaikum semua.....korang apa khabar yea..? lama x dengar berita... ;) Harap-harap korang semua sihat-sihat belaka lah hendaknya sebab kali ni aku nak bawak korang semua ronda-ronda ladang...korang mesti tau game Farmville tu kan...? haaa ni aku bawak korang masuk menyelami, mendalami dan memahami Farmville sebenar....

Ayuhh !!

Hari ini aku akan membawa korang melancong ke satu ladang kecil dan terpencil diberi nama Maidah Farming Sdn Bhd yang terletak di Daerah Pagoh Muar Johor. Ladang seluas 20 ekar ini telah di usahakan oleh dua orang muda sahabat yang berjiwa besar dan mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian dan penternakan. Pertanian utama yang dipilih untuk diusahan diladang ini ialah  jagung manis dan rumput napier, manakala bidang penternakan pula adalah Kambing, Arnab Pedaging dan Ayam Kampung.

Disini terdapat dua buah bangsal yang mampu menempatkan sehingga 1200 ekor kambing pada satu-satu masa manakala kawasan penternakan arnab pula mampu menempatkan sehingga 6000 ekor.


Sebenarnya atas faktor-faktor keselamatan dan bio security, ladang ini tidak dibuka kepada umum...jadi kalau korang berniat untuk melawat ladang ni, simpan je la...layan gambar sudahlah yea..huhuuuu




Dahulunya ladang ini mempunyai 6 orang pekerja termasuk dua orang muda sahabat tadi bagi menguruskan perjalanan operasi harian, tetapi kini hanya tinggal 1 orang sahaja yang menguruskan ladang dan 2 lagi menguruskan hal pemasaran dan pengembangan operasi. Bunyi macam tak logik bukan? haaa itulah realitinya....jika kaedah pengurusannya betul satu orang ini sudah memadai.

Jika korang pernah melawat atau mencari maklumat-maklumat tentang kaedah penternakan di luar negara terutamanya di Australia, korang mungkin akan lebih terkejut dari beruk bila mengetahui hanya 2 orang diperlukan untuk menguruskan 11 ribu ekar ladang dengan kapasiti 30 000 ekor kambing!!! haaaaaa...terperanjat tak...? kalau tak terperanjat, sahlah korang ni memang orang, bukan beruk..huhuu


Kaedah pembersihan dan pelupusan yang paling murah, cepat dan berkesan adalah dengan cara membakar. Alaaaa korang jangan eksen la nak cakap ini salah itu salah...pembersihan dan pelupusan cara moden menelan belanja sekitar RM5000 seekar, manakala dengan kaedah konvensional hanya memerlukan sebatang mancis......lihat sahaja bagaimana syarikat-syarikat perladangan Malaysia di Indonesia yang membekalkan karbon dioksida kepada jiran-jirannya setiap tahun tu,....pasti korang akan terhangguk-hangguk buat-buat faham.



Asap tebal masih di acceptable melalui pembakaran terkawal terutamanya pada musim kemarau....tanah akan menjadi subur selepas beberapa bulan dan akan mula ditanam dengan rumput bagi makanan ternakan serta lain-lain tanaman pertanian yang sesuai.





Kambing-kambing disini akan di lepaskan untuk meragut sekitar jam 12 tengahari di 10 plot yang disediakan dan dimasukkan semula kekandang pada lewat senja.




Sebahagian besar dari kambing-kambing ini adalah untuk dijual kepada para pelanggan untuk tujuan aqeqah pada harga RM1000 - RM1500 seekor mengikut gred, saiz dan jantina. Maaf, kami ladang ini tidak membekalkan kambing feral....



Sebahagian kawasan ladang ini digunakan untuk tanaman jagung manis. Buahnya kami jual kepada FAMA ( contract farming ) manakala batangnya kami jadikan silage dan disimpan untuk kegunaan masa malas kami akan datang terutama ketika kemarau atau musim hujan.


Tanaman jagung ni leceh sikit...tanah perlu di gembur, dibuat batas, ditabur kapur, boh taik ayam, boh baja bagai..pas tu nak kene siram hari-hari...rumput yang naik perlu diracun...agak rumit tetapi menyeronokkan....




Inilah rupa jagung manis yang kami bekalkan kepada FAMA...terbahagi kepada 2 grade....grade AA mahal sikit dari grade A...manakala grade B kami bagi kambing makan...huhuuu...untung la jadik kambing....bukan setakat dapat makan batang jagung, buah jagung pon dapat tao..


Batang dan daun jagung yang telah diracik dimampatkan kedalam tong kedap udara ini selepas di tambahkan dengan beberapa bahan untuk di jadikan silaj batang jagung.




Kini tibalah masa untuk berkenalan dengan 2 orang jejaka tampan yang dimaksudkan tadi.....boleh tengok dari jauh je..bahaya nak zoom...aura kuat nih...kang ada yang jatuh hati kerusi. 
Proud to be a Farmer !! acheewahhh

From left to right
Mr Harris, En Azhan
Umur sama
Best friend dari muda sampai tua....masa kat U pon dok sebilik sampai grad.....sorang belajar sampai oversea..sorang lagi tu malas belajar.
Ok cukup. Ni nak sembang pasal ladang bukan tuan ladang.







Rumah semaian ni sebenarnya takde la berfungsi sangat...untuk poyo-poyo je...kalau ikut buku, memang mcm ni la...last-last buat ikut pengalaman...simple...jimat masa, jimat tenaga dan hasil lebih tinggi.... pengalaman itu mendewasakan..phheewww.








Ladang ini terletak di puncak bukit....memang sayup la mata memandang tetapi agak panas ( mungkin sebab atas bukit - dekat dengan matahari...hahahaaaa )


Bagi memenuhi permintaan pelanggan, proses menyembelih dilakukan sepenuhnya disini. Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan kami hanya membekalkan kambing yang telah siap disembelih dan diproses....yang hidup nahii nahii.....so jangan nak bodek-bodek tawar menawar nak yang hidup..kang tak pasal-pasal ada yang dapat makan free...huhuuu




No Farm, No Food.....tepat sekali.....bagi merancakkan lagi perjalanan bizz kami, satu kedai warong kambing golek telah dibuka.....so pelanggan lama, pelanggan baru dan bakal pelanggan kami boleh la mendapatkan stok daging kambing, arnab dan ayam kampung disini....ini bukan kedai makan yea...ini dapur sahaja tempat kami menyediakan persiapan untuk event menggolek dan katering...

Tempahan Kambing Golek dan Katering boleh di buat dengan menghubungi :

012-7123559 - Azhan

Harga Kambing Golek bagi Full Package ialah :

Aqeqah : RM1300/ekor
Bukan Aqeqah : RM1000/ekor

Pekej termasuk :
Kambing golek on site
Sos Black Pepper
Coleslaw
Jagung / otak-otak
Servis
Penghantaran
Sijil ( bagi aqeqah )


Dulu warong ni di buka untuk pelanggan 'test food'....bukan free yea....satu set rm10...
Set Kambing
Set Arnab
Set Ayam Kampung
ada coleslaw, frenchfries, salad dan sos.



Nak tapau pon boleh.....kami juga menyediakan set kambing golek dan arnab panggang sejuk beku.....balik rumah tinggal panaskan balik je dalam microwave selama 5 minit dan sedia untuk di nikmati secara sendiri atau bersama keluarga...


Yang ini pula adalah arnab daging yang kami ternak dan kami bekalkan kepada kedai kami sendiri....dulu kami ada ambil dengan pengusaha lain, tapi dah stop. Full Stop.

Kami mempunyai kontrak untuk membekal daging arnab segar dan sejuk beku kepada beberapa Hotel dan Restoran dan kami bercadang untuk membesarkan lagi ladang arnab ini bagi menampung permintaan yang terus meningkat.



Penat dah menaip...nampaknya itulah sahaja coretan untuk kali ini....jumpa di lain entry...adiosss