Perjalanan hidup kita semasa kecil akan membentuk karekter kita di masa dewasa.
Orang kata Malaysia ini adalah Syurga Makanan...cakap je nak makan apa..segala jenis resepi dan masakan yang ada kat dunia ni boleh dikatakan ada kat Malaysia....nak makan capati tak perlu pergi India...nak makan mee bandung tak perlu sampai ke Indonesia....nak melantak Nasi Arab dalam khemah beraircond pegi je Sahara Tent...nak makan Pizza tak perlu berhabis beribu-ribu ringgit tambang kapalterbang untuk ke Itali..hanya perlu berasak-asak dan berebut parking je...lagi apa..? tomyam? sushi ? ( yuchkk )....nak makan exotic food mcm katak, serangga, ular, monyet semua pun ada kat sini...
Yang susah nak cari ialah makanan Asli Malaysia..huhuuu...
Contoh ? errmmm...sampai nak bagi contoh pun susah...sebab dah hampir pupus....
Kalau tanya aku, aku lebih suka lempeng kelapa yang dimakan bersama sambal ikan bilis pekat, pedas dan manis...dan kopi Dangan 434...fuuhhhhh atau makan ikan bakar sungai cicah air asam sama jantung pisang rebus dengan sambal belacan + ulam raja. Tak dapat ikan bakar sungai, dapat ikan patin tempoyak sungai Temerloh pun jadik la....nasi mau panas..pas tu campur majerin sikit...huhuuuu....
Itulah untungnya jadi rakyat Malaysia ni....bukan sahaja dapat menikmati makanan dari luar negara di dalam negara, malahan juga dapat merasai suasana luar negara di dalam negara...Chow Kit misalnya..huhuuu dan sekarang ada ura-ura pula untuk merasai suasana seperti di Bangladesh selepas disajikan dengan suasana Nepal, Afrika dan Las Vegas Timur Tengah
Ini geng-geng Sekolah Rendah Kebangsaan Peserian Batch 79-84...kitaorang mmg cool walaupun dah jadik bapak...daddy cool....dan kami kami-kami je berjalan dari KL sehingga ke Penang untuk MAKAN......sebenarnya makan-makan ni bukan priority kami pun...dan bukanlah destinasi itu matlamat kami...but the journey is....berjumpa dan bersembang kisah silam memang kebanggaan insan 40 series..huhuu
Walaupun kami ni semua berkerjaya....tapi bila sesekali dapat berkumpul macam ni memang best ditambah plak dengan makan-makan....kambing golek bagai.....dah mcm reunion plak.....Ni kalau Normala Dawar atau Azlin Ayub baca entry aku ni, mesti dia jeles..ahaksss....yang pompuan dengan topik perbualan tersendiri...yang lelaki pun ada topik dan perancangaan tersendiri...hihihihihihihihihihihhiiiiiiiiii
Tengokla kitaorang ni......mana ada boroi kan...? Jika dilihat dari ke'maskulin'an kami sekarang, korang mesti tak dapat bayangkan betapa gaya kami 30 tahun dahulu kan...?
Ni aku nak bagi kredit kat Classmate aku...Saudagar Aminudin Hadi diatas sumbangan fotogedik yang cantik
Sebenarnya aku nak bagi tau satu rahsia bahawa :
Makanan Yang Paling Sedap Adalah Makanan Yang Dimakan Ketika Lapar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan