Rabu, 24 Julai 2013

Arnab Mandul ? - Mengapa Arnab Susah Beranak dan Malas Mengawan

Arnab Mandul ?

Mengapa Arnab Susah Beranak dan Malas Mengawan



Salam kepada semua pencinta arnab seMalaysia...

Mungkin salah sorang dari kowang yang bela arnab pernah melalui situasi dimana arnab kowang malas mengawan...maksudnya si betina x mau mengawan walaupun telah di cuba berkali kali dengan jantan hensem lagi ganteng yg berbeza.

Macam2 dah di cuba...tuka pelet mahal..guna pelet power...bagi makan daun ginseng jawa...bagi tongkat ali cafe ais tabur dan mcm2 lagilah tapi still x menjadik. Sudahnya kowang giveup..jual kat org lain beli arnab baru...atau kalau lebih sadis, sembelih..makan TITIK.Hahahahahahahaa..
ARNAB YANG SIHAT MEMPUNYAI SIMPANAN LEMAK YANG SEDIKIT

Sabar...sabar...nanti dulu...mungkin ada sesuatu yang tak kene tentang diet arnab anda. Kebiasaannya arnab adalah subur sepanjang masa. Bermaksud arnab sedia mengawan pada bila2 masa sahaja. Jika sebaliknya berlaku, kena la periksa baik yang jantan atau yang betina.

Jantan :
Sangat subur bila mempunyai telur yang besar dan tegang serta berwarna kemerah2an.

Betina :
Sangat subur bila kemaluan kemerah-merahan dan sedikit basah/berlendir


Arnab akan menjadi kurang subur apabila terlalu banyak lemak terkumpul disekeliling salur peranakkan. Semasa mengawan "penetration" mungkin berlaku tetapi benih tidak sampai kepada telur betina untuk disenyawakan. Akibatnya arnab betina anda sangat susah bunting dan ada yang memanggilnya mandul. Lemak yang terlalu tebal juga akan menyukarkan siibu semasa proses melahirkan yang menyebabkan arnab tersangkut dan boleh membahayakan nyawa arnab tersebut.
OVERWEIGHT
Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan cara diet yang salah. Arnab yang sentiasa terkurung dan diberi makan secara berlebihan adalah lebih mudah terdedah kepada risiko ini berbanding arnab yang lepas bebas. Pemberian pelet yang kurang sesuai seperti pelet yang mengandungi kadar protien yang terlalu tinggi juga adalah tidak elok.

Bagi memastikan arnab anda kekal sihat, sebaiknya gunakanlah pelet yang sesuai dengan diet mereka ( arnab pedaging dan arnab hias mempunyai jenis pelet yang berbeza ).
HAY - TIMOTHY
Pemberian hay terutamanya timothy hay, orchard grass hay dan lain2 rumput adalah sagat baik untuk mengekalkan kesihatan arnab anda kerana kadar fiber yang tinggi didalamnya, sebaliknya Alfalfa Hay mempunyai kadar protien yang tinggi dan hanya sesuai diberi kepada ibu2 arnab yang menyusukan anak2nya.
LEMAK YANG TERLALU BANYAK AKAN MENYUKARKAN PROSES MENGAWAN, KEHAMILAN DAN KELAHIRAN

Walaubagaimanapun ini hanyalah pengalaman penulis sahaja. Arnab anda, Hak anda....

Fikir-fikirkan dan Selamat Beramal

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

Jumaat, 12 Julai 2013

Kadar Pemberian Makanan Kepada Arnab




Apakah diet asas bagi sekor arnab..?

Diet arnab sepatutnya dari pellet yang baik, fresh hay    ( timothy hay atau lain-lain grass hay seperti orchard grass atau Bermuda grass ), air bersih bertapis dan sayuran segar yang bebas dari racun makhluk perosak dari jenis tidak berair. Selain dari ini hanyalah makanan sampingan dan diberi dalam kuantiti yang sedikit sahaja.


Apakah pellet yang baik ?

Pelet yang baik adalah pellet segar yang memang dikhususkan untuk arnab mengandungi sekurang-
kurangnya 18 % fiber. Tidak di galakkan membeli pellet yang sudah lama kerana kadar khasiatnya sudah menurun. Sepatutnya setiap peket pellet yang di jual perlulah mempunyai “Tarikh Mengilang” supaya pembeli tidak tertipu dengan membeli stok yang sudah lama dan hampir luput tarikh.
Pemberian pellet harus dikurangkan sesuai dengan peningkatan umur arnab-arnab anda dan lebihkan memberi makan hay ( rumput kering ).


Apakah kepentingan hay dalam diet arnab anda ?

Hay adalah penting untuk memastikan kesihatan arnab anda sentiasa dalam keadaan  yang baik, memberikan serat dalam diet arnab anda juga dapat mengurangkan bahaya hairballs dan masalah usus tersumbat  serta lain-lain masalah pencernaan. 

Berapakah kuantiti makanan yang perlu diberikan kepada arnab anda ?

Umur 1 hari  hingga 3 minggu - susu ibu
Umur 3 hingga 4 minggu  -  susu ibu, daun alfalfa dan pelet
Umur 4 hingga 7 minggu - susu ibu, alfalfa hay dan pelet
Umur 7 minggu ke 7 bulan – pellet  dan hay tanpa had.
Alfalfa Hay

Oat Hay


Berapakah kuantiti makanan yang perlu diberi kepada arnab muda berusia 7 bulan hingga 1 tahun ?

Mula memberikan lebih timothy, orchard grass/hay, Bermuda hay , oat dan kurangkan pemberian alfalfa
Kurangkan pemberian pellet kepada 100 grams bagi arnab yang mempunyai berat badan bawah 3 kg.


Berapakah kuantiti makanan yang perlu bagi arnab dewasa yang matang? (1 hingga 5 tahun)

Timothy hay tanpa had, rumput kering dan lain-lain rumput termasuk oat, Brome, Bermuda, dan lain-lain
100 gram – 120 gram pellet  sehari bagi arnab yang mempunyai berat badan bawah 3 kg.


Timothy Hay

Bermuda Grass

Orchard Grass

Apakah kuantiti makanan yang perlu ?

Jika berat badan yang mencukupi kekalkan diet :
100 gram pellet sehari bagi berat badan 2 kg – 3 kg
120 – 150 gram pellet sehari bagi berat badan 3 kg – 4.5 kg

 Semakin berat arnab anda, semakin ia memerlukan lebih pellet bagi mengimbangi berat badannya. Jika berat badan menyusut tau arnab mengalami kekurangan berat badan ( underweight ) pemberian alfalfa hay boleh membantu bagi meningkatkan berat badannya kerana kandungan protein pada alfalfa yang tinggi.
Alfalfa Hay


Jika kurang memberi pellet :

Apabila anda memberi arnab anda pellet dalam kuantiti yang kecil, anda perlu menggantikan nilai pemakanan tersebut dengan meningkatkan sayur-sayuran. Selain itu, pelbagai hay perlu diberikan sepanjang hari.

* ini hanyalah merupakan asas pemberian makanan kepada arnab penulis . Setiap breeder dan pemilik arnab mempunyai cara dan kaedah yang berbeza dalam mengawal diet arnab mereka.
*bagi mendapatkan bekalan hay pada harga yang berpatutan, boleh lah menghubungi RVdM di talian 012-7123559

*bidang ternakan merupakan bidang yang agak rumit. Hasil yang diperolehi dari satu pengusaha kesatu pengusaha yang lain adalah berbeza disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran, pengalaman, pemakanan, penjagaan dan lain-lain faktor yang boleh mempengaruhi hasil. Adalah dinasihatkan supaya sebelum bermula peserta seharusnya mendapatkan khidmat nasihat dari agensi-agensi yang lebih pakar dan berpengalaman.




MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

Khamis, 11 Julai 2013

HARGA EMAS MULA MENINGKAT

HARGA EMAS MULA MENINGKAT 

Gambarajah menunjukkan paras harga emas yang melepasi garisan "suppport" kesan dari sentimen pelabur yang panik terhadap kejatuhan emas di pasaran dunia

 Spekulator Emas ( aku la tu..hahah ) sudah mula memasuki pasaran.....
Tadaaaa....tu dia!! ...pelabur2 lain mula mengikut jejak apabila menyedari harga emas sudah mula meningkat....

Pelajari teknik melabur dan memasuki pasaran dengan betul & tepat dengan mendalami
Analisa Teknikal.....

Kelas Analisa Teknikal ini di buka setiap hari secara "personal coaching". Tertakluk kepada terma dan syarat.

Hubungi : 012-7123559  FB : RabbitVillage d'Muar

" Act Against The Crowd "

Selasa, 2 Julai 2013

DEMAM KUNING - ATASI MELALUI AMALAN SUNNAH

DEMAM KUNING - ATASI MELALUI AMALAN SUNNAH

Sekadar Hiasan



Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.


Dipetik dr FB  : Azasbabymate Mimijumi

Sabtu, 22 Jun 2013

TIMOTHY DAN ALFALFA HAY UNTUK DI JUAL

TIMOTHY DAN ALFALFA HAY UNTUK DI JUAL


 STOK TIMOTHY DAN ALFALFA HAY KAMI



 JUALAN SECARA LOOSE DAN JUGA BALE



 ARNAB ANDA PASTI MENGEMARINYA



HIJAU DAN SEGAR, SANGAT BAIK UNTUK ARNAB,KAMBING,KUDA,RODENT DAN LAIN2

 RM20/2 KG


HARGA JUALAN :
RM20.00 FOR 2 KILOS PACK

5 KG ABOVE : ( CALL FOR BEST PRICE )



LOKASI JUALAN :
BANDAR BARU BANGI
PAGOH
BATU PAHAT

PENGHANTARAN :
BOLEH DI URUSKAN
RM50.00/5 KG TERMASUK POS KESELURUH SEMENANJUNG


HUBUNGI :
012-7123559
email 1 : azzkhan2@yahoo.com
email 2 :cheantoo@gmail.com
FB : RabbitVillage d'Muar


MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

SIAPA KATA SIMPAN EMAS MENGUNTUNGKAN...???




 " Knowledge is POWER"

SIAPA KATA SIMPAN EMAS MENGUNTUNGKAN...???

Jika ini yang dikatakan melabur dalam EMAS menguntungkan...lu pikir la sendiri (kata Nabil) hihihihi....
Iya..emas memang menguntungkan....menguntungkan penjual tetapi tidak kepada pembeli...kesian kerana sebahagian besar pembeli2 emas adalah dari kalangan mereka2 yang menelan bulat2 kata2 manis penjual2 emas. Semakin banyak mereka menjual..semakin banyak jugak la komisyen yang mereka dapat...maka berlumba2 lah syarikat2 lama mahupun baru mengeluarkan kepingan2 emas mereka sendiri....

BILA MASA TERBAIK UNTUK MEMBELI EMAS..?



Kesemua komoditi mempunyai kitaran naik turun yang tersendiri. Emas juga tidak dapat lari dari mengalami sessi penurunan yang dikenali sebagai corrective price ( pembetulan harga ).
Bagi mereka yang bercadang membeli atau menjual apa2 komoditi atau saham atau forex atau CPO atau lain2 diharapkan dapat membuat sedikit kajian dan analisa sebelum memasuki pasaran.
Peringkat2 pembetulan harga adalah berbeza dari satu komoditi dengan komoditi yang lain.
Teknik Analisa Teknikal ( Technical Analysis ) adalah satu kaedah analisa terbaik bagi memberi gambaran pergerakkan sesuatu komoditi di masa hadapan.





Jika berminat mempelajari Teknik Analisa Teknikal ini boleh lah berhubung terus dengan saya melalui call/sms/wassap/viber/fb/email seperti yang tertera di bawah. Terima Kasih.

012-7123559 - Azhan
FB : RabbitVillage d'Muar
Email 1: cheantoo@gmail.com
Email2 : azzkhan2@yahoo.com

Selasa, 11 Jun 2013

PEDIGREE ARNAB



PEDIGREE ARNAB

Ini adalah contoh salinan pedigree arnab...pedigree boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja tanpa didaftarkan dimana2 asalkan ianya cukup syarat2nya...
- Breeder yg membreedkan arnab tersebut
- cukup kuota 3 generasi
- Baka yg sama, xde campur2 dengan baka lain atau mixbreed
- mempunya data seperti nama arnab, jantina, tarikh lahir, no tattoo, berat (dikira setelah arnab tersebut berumur 6 bulan), warna, no.register (jika ada) & no.GC (jika ada)
- gaya menyampaian dan rekabentuk pedigree adalah mengikut kreativiti breeder yg mengeluarkan pedigree tersebut asalkan secara asasnya salasilah 3 generasi mudah difahami.

* Jika tidak mencukupi kuota 3 generasi, cukuplah sekadar merekod data2 tersebut sehinggalah cukup 3 generasi..kemudian baru la boleh dikeluarkan pedigree asalkan segala maklumat yg dilampirkan adalah tepat & betul..


Pedigree (kertas) sahaja tidak semestinya mempengaruhi kualiti. Pedigree adalah hanya rekod keturunan arnab. Ia adalah hanya satu langkah untuk menaiktaraf arnab anda. Arnab berdaftar(register) mempunyai kriteria yang ketat dan mesti memenuhi kriteria untuk didaftarkan.

Apakah yang dimaksudkan arnab arnab berdaftar? Hanya arnab berumur enam bulan keatas sahaja boleh didaftarkan. Pemilik arnab mestilah ahli American Rabbit Breeders Association(ARBA). Mesti disertai dengan 'tiga generasi lengkap (3rd Gen pedigree) serta 'Tattoo' di telinga, Berat dan jenis hendaklah dibawa kepada 'registrar' untuk di teliti. 'Registrar' akan meneliti arnab dan kriteria baka dengan terperinci berpandukan "Standard Of Perfection" dan mengesahkan arnab itu memenuhi semua ciri-ciri kualiti untuk sesuatu baka sebelum ia boleh didaftarkan. Apabila arnab didaftarkan, ia mestilah memenuhi semua aspek, ciri dan keperluan sesuatu baka tersebut. Arnab yang 'DQ' tidak boleh didaftarkan. Arnab berdaftar mempunyai nilai yang lebih besar daripada arnab yang tidak berdaftar(register).Nombor pendaftaran kemudian dimasukkan kedalam 'pedigree'. Kertas kerja rasmi akan dihantar oleh ARBA mengesahkan proses pendaftaran. ARBA akan membandingkan maklumat pada borang pendaftaran dengan pangkalan data mereka. Jika ada info yang tak setara, pendaftaran akan ditolak.

Diadaptasi dari Bonny Wagoner.



Apa ada pada 'pedigree'? Dalam sesuatu 'pedigree' kebiasaannya akan memperincikan nama, 'tatoo' telinga, berat, warna dan nombor 'GC' bersama-sama dengan 'anugerah' yang telah dimenangi oleh arnab dalam keturunan itu. Dengan cara ini, hanya arnab berdaftar sahaja boleh diberikan 'GC'. Arnab pertama(detail arnab permulaan) yang ditulis pada 'pedigree' ialah arnab kepunyaan kamu. Ia adalah piawaian biasa, kebiasaannya bermula dengan sama ada nama pembiak baka atau nama sesebuah 'rabbitry' tersebut. Mengapa nama pembiak atau nama rabbitry? Kerana pembiakbaka itulah yang 'menciptanya'. Nama pembiak baka atau nama rabbitry pada nama arnab tidak menentukan pemilikan. Sebaliknya, ia adalah 'kredit' kepada pembiakbaka tersebut. Wallahualam

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

SIJIL PENDAFTARAN ARNAB

SIJIL PENDAFTARAN ARNAB
Di bawah ialah satu contoh satu Sijil Pendaftaran Arnab

Pendaftaran adalah satu keistimewaan bagi anggota Amerika Rabbit Breeders Association (ARBA). Arnab mesti diperiksa oleh seorang ARBA Registrar untuk diisytiharkan arnab tersebut bebas daripada segala 'disqualified' mengikut spesifikasi (SOP) yg ditetapkan. (Ya , terdapat juga arnab yang kadang-kadang menang pada pertandingan arnab, tetapi boleh terlepas pandang ketika di meja pertunjukan.)
Registrar akan memeriksa semua 'Disqualified secara umum seperti maloclussion, tidak sesuai atau kuku putih pada arnab berwarna solid, 'Split Penis', bintik pada mata dan lain-lain serta yg telah diberitahu pada SOP pada setiap baka arnab.

Satu salasilah sekurang-kurangnya tiga generasi mesti ditunjukankan kepada Registrar, bersama dengan kad keahlian ARBA anda serta arnab tersebut hendaklah berumur sekurang-kurangnya 6 bulan. Kos mendaftar seekor arnab pada masa ini USD6.

Setelah seekor arnab didaftarkan, ia hanya boleh ditunjukkan oleh pemilik rekod. Jika arnab dijual, pendaftaran mesti ditukarkan ke pemilik baru sebelum Pertandingan Arnab . Ada satu bahagian kecil di belakang borang pendaftaran yang memberitahu anda bagaimana untuk memindahkan hak milik tersebut.

Seekor arnab mesti didaftarkan sebelum memohon 'Grand Champion Certificate'.

 

MAJULAH ARNAB UNTUK SEMUA

Rabu, 5 Jun 2013

DAGING KAMBING BAIK UNTUK JANTUNG

DAGING KAMBING BAIK UNTUK JANTUNG

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.



KOMPOSISI KHASIAT
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemaktak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

BAIK UNTUK JANTUNG
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.
Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.
Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

SUSU BERKHASIAT
Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria.
Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.

POTENSI PENTERNAKAN
Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.
Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.
Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.
Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.
Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.
Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.
Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.

Wallahu'alam..