Isnin, 4 Januari 2016

Apakah benar Nabi telah disusukan oleh Tsuwaibah hamba sahaya milik Abu Lahab dan kerananya Abu Lahab mendapat pelepasan azab?

Apakah benar Nabi telah disusukan oleh Tsuwaibah hamba sahaya milik Abu Lahab dan kerananya Abu Lahab mendapat pelepasan azab?

Jawapan dan Pencerahannya:

Penyusuan baginda (Diterjemahkan bahagian awal - sebelum "Perhatian" dari Sirah Nabawiyah Sahihah)

Sungguh benar bahawa baginda  telah disusukan oleh Tsuwaibah – bekas hamba milik Abu Lahab - [1]. Begitu juga adalah sesuatu yang tsabit bahawa bapa saudara baginda, Hamzah bin ‘Abdul Mutthollib adalah saudara susuan baginda  [2]

Manakala riwayat bahawa baginda telah disusukan oleh Haliemah As-Sa’diyah di perkampungan Bani Sa’ad, segala keberkahan yang diraihnya dengan  kehadiran  baginda , banyak  disebutkan  di  dalam  kitab-kitab As-Sierah, yang dahulu mahupun yang baru dan kitab yang pertama menyebutkannya adalah Sierah Ibn Ishaaq (w: 151H)[3].

Perhatian: Ada pihak yang mendakwa jika kita ingin mendapat syafa’at Nabi, contohilah Abu Lahab, yang menyambut kelahiran Nabi walaupun ia seorang kafir yang menentang Nabi kerana dengan kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi, ia merdekakan hambanya Tsuwaibah, sehingga kini ia mendapat syafaat. Kaum muslimin yang tidak sambut Maulid Nabi lebih buruk dari Abu Lahab dan tidak cintai Nabi serta tidak akan dapat syafaat.

Itulah kelancangan pihak yang menyatakan demikian, untuk menimbulkan rasa benci masyarakat umum terhadap pihak yang tidak menyambut dan tidak meraikan Maulid Nabi. Sungguh kata-kata itu terkena pada peribadi mulia ‘ulama’ yang hidup sebelum kemunculan perayaan Maulid, sebab mereka juga tidak pernah menyambut atau meraikan Maulid Nabi. Malah terkena pada golongan manusia termulia umat ini, selepas Nabi Muhammad iaitu para Sahabat dan para Imam zaman Salafussolih (sebelum 300Hijriyah)

Marilah kita amati kesimpulan al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalaaniy dalam hal ini (Fathul Baari: Jilid 11: 372-382 - Ta'lieq/ulasan tambahan oleh 'Abdur Rahman al-Barraak  hadits no: 5101):

  1. Orang kafir tidak dapat manfaat dari amalan baiknya (ada Khilaf).
  2. Bahagian tentang mimpi bahawa Abu Lahab mendapat keringanan siksaan kubur adalah mursal (riwayat lemah) dari kata-kata ‘Urwah.
  3. Riwayat ini yang zahirnya menggambarkan bahawa Tsuwaibah dimerdekakan ketika Nabi Muhammad lahir mencanggahi riwayat-riwayat yang menyebutkan bahawa sebenarnya Tsuwaibah dimerdekakan sejurus sebelum peristiwa Hijrah (ke Madinah) lama selepas kelahiran Nabi (53 tahun bezanya).
  4. Jika riwayat ini benar sekalipun, maka Mimpi tidak boleh dijadikan hujjah. (Fahamilah Ibn Hajar berpendapat mimpi tidak boleh jadi sandaran aqidah atau syari’at secara umum) apatah lagi kalau yang bermimpi itu bukan seorang Islam.
  5. Jika ia dari mimpi seorang muslim, maka jika benar sekalipun, maka ini adalah khas bagi Nabi.
  6. Lagipun amalan Abu Lahab itu amalan orang kafir, tiada ganjaran kerana ia memerdekakannya pun ia sebagai seorang musyrik bukan maksudnya beribadah kepada Allah.

Demikianlah komentar al-Hafiz Ibn Hajar (semoga Allah merahmati beliau). 

Marilah kita tanya diri kita dengan akal yang waras dan penilaian yang benar:
Apakah mengikuti Abu Lahab yang kafir lebih utama dari mengikuti Nabi?


Tidak pernah Nabi menyambut kelahiran baginda dengan memperingatinya atau meraikannya. Apakah kita patut mengikuti Abu Lahab dan meninggalkan ikutan para Sahabat dan Tabi‘ien serta Taabi’ut-Taabi’een antaranya Imam 4 Madzhab yang utama? Mereka semua tidak pernah meraikan atau memperingati Maulid malah tidak pernah kenal apa itu Perayaan Maulid.

Mereka membuktikan cinta mereka bukan musiman, bukan ingat Nabi ketika Maulid, tetapi membela agama dan ajaran Nabi dengan jiwa raga mereka, memastikan yang benar sahaja yang diperkatakan tentang baginda. 

Bahkan riwayat ini, yakni Abu Lahab memerdekakan Tsuwaibah ketika Nabi lahir adalah riwayat yang dipertikaikan dan yang  benar pasti adalahkisah penyusuan tersebut sahaja.

Berikut ini teks hadisnya, hadis no: 5101: Hadis yang sahih dengan sebutan sanadnya adalah bahawa Abu Salamah adalah saudara susuan Nabi yang telah sama-sama disusukan oleh Tsuwaibah, hamba sahaya Abu Lahab. Adapun riwayat ‘Urwah, maka ia disebutkan oleh Imam al-Bukhariy sebagai penjelasan lanjut, bukan hadis atau riwayat yang bersanad, malah“mu‘allaq” dan tidak dimaksudkan oleh al-Imam al-Bukhariy sebagai “hadis sahih” pilihan beliau yang dimuatkan dalam kitab beliau. 

Riwayat mu‘allaq adalah riwayat lemah, maka adalah satu kesalahan bagi pihak yang berhujjah bahawa ini (riwayat ‘Urwah) “Hadis Sahih al-Bukhariy” dan siapa yang menolaknya menjadi pihak yang menolak hadis! Anti Hadis, Ingkar Sunnah, Kafir! Demikian hujjahnya. (Padahal dalam masa yang sama, pihak yang membuat dakwaan ini, telah menolak hadis-hadis al-Bukhariy dan Muslim yang banyak berkenaan Allah di atas Arasy dan Tangan Allah sebagai sifat Dzat Allah, sedangkan hadis-hadis itu adalah sebenar-benarnya hadis Sahih!)


Imam al-Bukhariy menyebutkannya sebagai maklumat tambahan yang ada menyebutkan tentang kisah Nabi disusukan oleh Tsuwaibah…ia bermula dengan berakhirnya sebutan hadis 5101 yang bermula dengan



dan berakhir dengan

iaitu “Kata ‘Urwah” – 
Adapun syarah al-Hafiz Ibn Hajar yang telah saya ringkaskan (beberapa petikannya):
    


Selain itu, segala apa yang ‘Alawi Maliki sebutkan (Mafahim Yajibu an Tusahhah), kononnya riwayat banyak yang menjadi hujjah yang digunakan oleh Imam ‘Abdur Razzaaq dalam “Musonnaf”nya, al-Baihaqiy dalam “Dala-il an-Nubuwwah”nya dan lainnya, semuanya adalah penjelasan al-Hafiz Ibn Hajar dalam membincangkan lafaz-lafaz yang berbeza dalam riwayat-riwayat yang berbeza dan mana yang lebih kuat dan tepat, bukannya mereka itu berhujjah dengan riwayat mu‘allaq yang lemah ini, yang dengannya diambil sebagai sokongan “perayaan Maulid”, seolah-olah memahamkan bahawa para imam terdahulu ini “menyokong Maulid” padahal bagaimana mungkin al-Imam al-Baihaqiy ada sebut tentang Maulid kerana Perayaan Maulid belum ada pada zaman beliau yang wafat pada tahun 458H, apatah lagi Imam Abdur Razzaaq pengarang al-Musannaf yang jauh lebih awal daripada beliau. 

Itulah saya katakan, mengapa dipercayai dan dijadikan hujjah kesimpulan seorang yang terkenal di sisi ‘ulama’ sebagai seorang yang banyak buat “misquotes” atau “nukilan batil” lagi memberikan pemahaman menyimpang daripada apa yang sebenarnya dimaksudkan dan disimpulkan oleh ‘ulama’ terbilang, yang hidup pada zaman penuh fitnah ini, berbanding penjelasan ‘ulama’ zaman kegemilangan ilmu Islam. Allah Pengurnia Taufieq bagi yang ikhlas mencari kebenaran.  

Ini diambil daripada:

Hingga:




[1] Shohih Al-Bukhaariy (Fathul Baari: 9/143)
[2] Shohih Al-Bukhaariy (Fathul Baari: 9/140) dan Shohih Muslim dengan Syarah An-Nawawi: 10/23 dan 24
[3] Sierah Ibn Hisyaam: 1/149-153 dan Abu Ya’laa di dalam Al-Musnad. 

Ibn Hibbaan: Mawaariduz-Zhom-aan: 512-513, Ath-Thobraaniy: Al-Mu’jam Al-Kabier: 24/212-215, Abu Nu’aim: Dalaa-ilun Nubuwah: 1/193-196, Al-Buushoiriy: Ithaaf Al-Khairah: 4/368-370 dan di dalam isnaadnya ada Jahm bin Abi Al-Jahm daripada ‘Abdillah bin Ja’far atau daripada siapa yang sampaikan kepadanya daripada ‘Abdillah bin Ja’far – dengan keraguan. Jahm ini tidak dikenali/dii’tiraf (Miezaanul I’tidaal Adz-Dzahabi: 1/426) 

Tiada seorang ahli hadits pun yang menerima beliau sebagai tsiqah (dipercayai) selain Ibn Hibbaan yang menamakan beliau sebagai Jahm bin ‘Abdir Rahmaan, sedang beliau (Ibn Hibbaan) seorang ahli hadits yang masyhur dalam menerima para perawi yang tidak dikenali. (Ats-Tsiqaat: 4/114) ‘Abdullah bin Ja’far pula tidak menjelaskan pendengaran langsung beliau daripada Haliemah kecuali di sisi periwayatan Ath-Thobraaniy, akan tetapi beliau seorang Sahabat yang mana tidak terjejas riwayat mursal (terputus sanad)nya. Walaubagaimanapun, syak atau kecurigaan timbul pada sanad di antara Jahm dan ‘Abdullah bin Ja’far yang menjadikan sanadnya lemah secara khusus dan apatah lagi didapati beliau tidak menjelaskan pendengaran secara langsung di dalam sumber-sumber (kitab-kitab hadits dan riwayat) yang lain. Para penganalisa telah bersikap tidak tegas dalam hal menghukumkannya berderajat hasan biarpun ada kepincangan tersebut pada sanadnya. 

Kata Adz-Dzahabi: Hadsits ini berisnaad jaiyid (baik) (As-Sierah An-Nabawiyah: 8) Kata Al-Haafizh Ibn Katsier pula: Hadits ini telah diriwayatkan dengan jalan periwayatan yang banyak!! dan ia di antara hadits yang masyhur yang banyak disebut oleh para penulis dan pengkaji As-Siyar dan Al-Maghaazi (As-Sierah: 1/228) Ibn ‘Abdil Barr juga ada menyebutkan bahawa ia masyhur (Al-Istie’aab beserta Al-Ishoabah: 12/261)

Begitu juga terdapat banyak syawaahid (riwayat-riwayat sokongan) yang semuanya lemah dari hadits Ibn ‘Abbaas (Dalaa-il: Al-Baihaqiy: 1/139-145), Ibn ‘Asaakir: As-Sierah: 1/384-388 dan Al-Muttaham (yang ditolak riwayatnya kerana keperibadiannya yang disyaki ada berdusta) adalah Muhammad bin Zakariyaa Al-Ghullaabi dan yang di dalam Musnad juga ada Majaahiel(para perawi yang tidak dii’tiraf)

Kata Ibn ‘Asaakir: Hadits ini Gharieb Jiddan (sangat ganjil jalan periwayatannya) dan di dalamnya terkandung lafaz-lafaz yang pelik, jauh dari kebenaran serta Ya’quub bin Ja’far adalah seorang perawi yang tidak masyhur (tidak dii’tiraf) di dalam periwayatan dan yang terpelihara kebenarannya dari hadits Haliemah adalah apa yang telah disebutkan tadi daripada periwayatan ‘Abdullah bin Ja’far. Ia juga ada syawaahid (jalan periwayatan sokongan) daripada hadits Aslam Al-‘Adawi (Ibn Sa’ad: Ath-Thobaqaat: 1/151-152) tapi sayangnya ia dari jalan periwayatan Al-Waaqidiy dan beliau seorang yang matruuk (tidak diterima periwayatannya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan